Undi Awal PRK Ayer Kuning: Dr Ustaz Yusri Seru Pilih Calon BN

TAPAH, 21 April – Calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, Dr Ustaz Yusri Bakir menyeru para pengundi yang akan mengundi awal pada 22 April untuk memilih calon Barisan Nasional (BN). Ini kerana katanya, undi awal tersebut penting dalam menentukan siapa yang bakal mentadbir kawasan DUN Ayer Kuning selepas pilihan raya […]

» Read more

Rasional Mengundi, Pilih Wakil Rakyat Selari Kerajaan – Mahdzir

TAPAH, 21 April – Pengerusi Barisan Nasional (BN) Negeri Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid berharap pengundi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning untuk rasional pada Pilihan Raya Kecil (PKR) ini dengan memilih Barisan Nasional (BN). Beliau berkata ini kerana ia penting untuk sesebuah kawasan berada di bawah wakil rakyat kerajaan sebagai jambatan bagi membawa suara rakyat dan pembangunan di kawasan […]

» Read more

Manifesto Calon BN Realistik, Mampu Dilaksana Untuk Kesejahteraan Ayer Kuning

TAPAH, 21 April – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah menyifatkan manifesto calon Barisan Nasional (BN), Dr Ustaz Yusri Bakir seperti diumumkan semalam sebagai realistik. Menurut beliau ini kerana manifesto tersebut merupakan komitmen yang mampu untuk direalisasikan apatah lagi sebagai wakil rakyat yang mewakili kerajaan negeri dan Persekutuan. “Saya yakin perkara yang disebut dalam […]

» Read more

PRK: Pemuda Kedah Konsisten Laksana Gerak Kerja, Fokus Anak Muda

TAPAH, 21 April – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Kedah, Mohd Raqib Abu Hassan memaklumkan pihaknya konsisten dalam melaksana gerak kerja bagi membantu jentera tempatan sepanjang tempoh kempen bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning. Beliau berkata ia digerakkan oleh jentera daripada Kedah termasuk dalam kalangan Pemuda. “Pemuda UMNO Kedah terlibat daripada awal lagi kami lakukan […]

» Read more

DUN Pahang Zahir Ucapan Takziah Pemergian Pak Lah

KUANTAN, 21 April – Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang hari ini menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga Perdana Menteri kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi yang meninggal dunia Isnin lalu di Institut Jantung Negara (IJN). Ucapan itu disampaikan Speaker DUN Pahang, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin, yang menyatakan pentadbiran Allahyarham menyaksikan pelaksanaan pelbagai inisiatif penting termasuk konsep Islam Hadhari dan penubuhan […]

» Read more

Ahmad Maslan Yakin Calon BN Mampu Beri Khidmat Seperti Allahyarham Ishsam

TAPAH, 21 April – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan yakin bahawa calon Barisan Nasional (BN) untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning mampu memberikan perkhidmatan terbaik seperti Allahyarham Ishsam Shahruddin. Ini kerana katanya, sepanjang tempoh berkempen beliau mendengar banyak cerita baik tentang Allahyarham Ishsam mengenai kegigihan dan kesungguhan beliau melaksanakan […]

» Read more

Ayer Kuning Perlukan Kesinambungan Pembangunan Di Bawah Kerajaan – Nizar

TAPAH, 20 April – Ketua UMNO Bahagian Parit, Datuk Mohd Nizar Zakaria berharap pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning untuk memanfaatkan Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi memastikan kawasan ini dapat meneruskan kesinambungan pembangunan yang telah dibawa penyandang, Allahyarham Ishsam Shahruddin. Beliau berkata melalui calon yang diketengahkan Barisan Nasional (BN), Dr Ustaz Yusri Bakir agenda prihatin rakyat itu dapat […]

» Read more

PRK Ayer Kuning: Ini Bukan Masa Untuk Bereskperimen, Undi Calon BN – Onn Hafiz

TAPAH, 20 April – Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi mengingatkan rakyat di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning untuk tidak menjadikan Pilihan Raya Kecil (PRK) sebagai eksperimen. Beliau yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor menzahirkan rasa syukur apabila melihat sokongan masyarakat India di DUN Ayer Kuning terhadap Barisan Nasional (BN) amat memberangsangkan. “Syukurlah alhamdulilah pada […]

» Read more

Kerjasama Utuh Komponen BN, Sayap Beri Isyarat Kemenangan – Saravanan

TAPAH, 20 April – Ahli Parlimen Tapah, Datuk Seri M Saravanan percaya kerjasama yang utuh dalam kalangan parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) dalam mengharungi Pilihan Raya Kecil (PRK) Ayer Kuning akan membuahkan hasil untuk mengekalkan kerusi tradisi parti ini. Beliau yang juga Timbalan Presiden MIC berkata, memberikan lagi kelebihan apabila PRK ini turut sama mendapat sokongan daripada parti-parti dalam Kerajaan […]

» Read more

PRK Ayer Kuning: Orang Asli Nyata Komitmen Untuk Sokong BN

TAPAH, 20 April – Komuniti Orang Asli telah menyatakan komitmen untuk memberikan sokongan kepada Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning. Calon BN, Dr Ustaz Yusri Bakir memaklumkan beliau telah bertemu komuniti Orang Asli di beberapa buah kampung pada Sabtu. “Alhamdulilah saya telah pun berkempen di kawasan penempatan Orang Asli dan sambutannya […]

» Read more
1 44 45 46 47 48 133