PRK: Jangan Benarkan ‘Angin Luar’ Masuk Ke Ayer Kuning – Ahmad Zahid

TAPAH, 25 April – Pengerusi Barisan Nasional (BN) yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berharap pengundi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning tidak akan membenarkan ‘angin luar’ masuk ke kawasan mereka pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning. Beliau yang Timbalan Perdana Menteri berkata ini kerana pada hari pengundian esok mereka perlu […]

» Read more

PRK Ayer Kuning: Dr Ustaz Yusri Doa Perjalanan Pulang Pengundi Luar

TAPAH, 24 April – Calon Barisan Nasional (BN), Dr Ustaz Yusri Bakir berharap pengundi luar yang bakal pulang ke kampung halaman, Ayer Kuning untuk berhati-hati di jalan raya. Beliau malah mendoakan perjalanan mereka dipermudahkan bagi menunaikan tanggungjawab sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning. “Kepada pengundi luar harapan saya dan BN agar mereka dapat pulang untuk […]

» Read more

PRK: Kepercayaan, Keyakinan Rakyat Kepada BN Masih Menebal – Abdul Rahman

TAPAH, 24 April – Kepercayaan dan keyakinan rakyat kepada UMNO/Barisan Nasional (BN) masih menebal maka ia memudahkan calon, Dr Ustaz Yusri Bakir untuk menang pada Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning. Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata, komitmen yang telah diberikan oleh Allahyarham Ishsam Shahruddin ketika menjadi Ahli Dewan […]

» Read more

‘Rakyat Tahu Pas Parti Penunggang Agama’ – Abdul Razak

TAPAH, 24 April – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Abdul Razak Abdul Rahman menyifatkan Pas sebagai penunggang agama, bagi membidas kenyataan daripada pemimpin parti itu. Katanya di tambah lagi apabila kenyataan tersebut menyentuh ibadah haji yang merupakan salah satu daripada rukun Islam. “Lebih penting dan tepat sekali, kita pun tahu mereka penunggang agama. Itu sahaja jawapannya. “… yang […]

» Read more

‘Undi Dr Ustaz Yusri Tanpa Ragu-ragu’ – Noraini

TAPAH, 24 April – Wanita UMNO Malaysia terus menyantuni pengundi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning sehingga saat akhir kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) yang bakal berakhir esok. Ketuanya, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata ia penting bagi memastikan setiap pelosok rakyat di kawasan ini didekati bagi menyampaikan aspirasi parti. “Wanita UMNO memang bekerja keras kerana mahukan calon BN menang. […]

» Read more

PRK Ayer Kuning: Undi BN, Beri Jaminan Untuk Masa Hadapan – Jailani

TAPAH, 24 April – Rakyat di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning diseru untuk memberikan undi kepada Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) ini demi jaminan masa hadapan mereka. Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Jailani Johari memaklumkan bahawa beliau dapat melihat masyarakat di DUN Ayer Kuning mengenali dan menerima baik calon yang diketengahkan BN […]

» Read more

PRK: Manifesto Pembangunan Mudah Dilaksana Jika Pilih Calon BN – Ahmad Maslan

TAPAH, 24 April – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan menegaskan bahawa manifesto calon Barisan Nasional (BN), Ustaz Yusri Bakir untuk membawa agenda pembangunan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning mudah dilaksanakan sekiranya beliau diberi mandat pada Pilihan Raya Kecil (PRK) ini. Beliau yang juga Ketua Sekretariat War Room berkata, agenda tersebut akan lebih […]

» Read more

PRK Penentu Masa Hadapan Pembangunan Warga Ayer Kuning

TAPAH, 23 April – Naib Ketua UMNO Bahagian Tapah, Safri Mohamad Salih menyeru pengundi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning untuk menunaikan tanggungjawab pada 26 April ini. Beliau berkata ini kerana ia sebagai penentu kepada pembangunan kawasan untuk manfaat masa hadapan yang lebih baik. “Menyeru semua masyarakat yang di kawasan DUN Ayer Kuning ini untuk keluar beramai-ramai pada tarikh 26 […]

» Read more

PRK: Dr Ustaz Yusri Lipat Ganda Usaha Kempen Raih Sokongan Pengundi

TAPAH, 23 April – Calon Barisan Nasional (BN) untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, Dr Ustaz Yusri Bakir memaklumkan bahawa saat-saat akhir berkempen akan digunakan sebaiknya bagi memenangi hati para pengundi. Ujarnya, peratusan undi awal yang melebihi 93 peratus semalam merupakan satu pencapaian baik dan beliau berharap ianya memihak kepada BN. “Kita ada lagi […]

» Read more

Dr Zambry Percaya Sokongan Pengundi Cina Terhadap Dr Ustaz Yusri

TAPAH, 23 April – Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir menyifatkan sokongan pengundi Cina pada tahap terbaik pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning. Beliau berkata ini kerana ia berdasarkan respon diberikan mereka pada siri kempen yang turut sama menfokuskan masyarakat Cina, semalam. “Kita melihat semangat yang ditunjukkan mereka begitu mantap […]

» Read more
1 42 43 44 45 46 133