Tuduhan Terhadap Polis Kelantan Tidak Wajar, Berunsur Politik – Azmawi Fikri

GUA MUSANG, 24 April – Ahli Dewan Undangan Nenggiri, Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani tampil menjelaskan bahawa tuduhan terhadap Ketua Polis Negeri Kelantan, CP Datuk Mohd Yusoff Mamat dan Timbalan Ketua Polis Negara DIG Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay berhubung isu sosial di Kelantan adalah tidak wajar dan tidak berasas. Menurutnya, beliau sendiri menjadi saksi ketika mendengar perbahasan Titah […]

» Read more

PRK: Pilih BN Untuk Bawa Suara Rakyat, Bijaklah Buat Pilihan – Dr Masliha

KUALA LUMPUR, 24 April – Exco Wanita UMNO Malaysia, Dr Masliha Harun menyeru pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning membuat pilihan dengan bijak demi kemajuan dan kesejahteraan bersama dengan memilih Barisan Nasional (BN) sebagai wadah suara rakyat. Ini kerana katanya, gabungan Perikatan Nasional (PN) yang diketuai oleh Pas dan Bersatu kini dilihat retak menanti belah, khususnya di negeri Perak. […]

» Read more

PRK: Manifesto Pembangunan Mudah Dilaksana Jika Pilih Calon BN – Ahmad Maslan

TAPAH, 24 April – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan menegaskan bahawa manifesto calon Barisan Nasional (BN), Ustaz Yusri Bakir untuk membawa agenda pembangunan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning mudah dilaksanakan sekiranya beliau diberi mandat pada Pilihan Raya Kecil (PRK) ini. Beliau yang juga Ketua Sekretariat War Room berkata, agenda tersebut akan lebih […]

» Read more

Lapor SPR Jika Ada Pelanggaran Peraturan Pilihan Raya – Saarani

TAPAH, 24 April – Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) boleh mengemukakan laporan rasmi kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sekiranya berlaku penyalahgunaan jentera kerajaan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning. Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata sebarang dakwaan melibatkan pelanggaran peraturan pilihan raya perlu dibuat ke saluran yang betul supaya siasatan dapat […]

» Read more

PRK Penentu Masa Hadapan Pembangunan Warga Ayer Kuning

TAPAH, 23 April – Naib Ketua UMNO Bahagian Tapah, Safri Mohamad Salih menyeru pengundi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning untuk menunaikan tanggungjawab pada 26 April ini. Beliau berkata ini kerana ia sebagai penentu kepada pembangunan kawasan untuk manfaat masa hadapan yang lebih baik. “Menyeru semua masyarakat yang di kawasan DUN Ayer Kuning ini untuk keluar beramai-ramai pada tarikh 26 […]

» Read more

Manifesto Calon BN Bukti Prihatin Segenap Kelompok Masyarakat – Mohamad Alamin

TAPAH, 23 April – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Datuk Mohamad Alamin berpandangan manifesto dibawa calon Barisan Nasional (BN), Dr Ustaz Yusri Bakir sebagai menepati keperluan rakyat di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning. Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Kimanis berkata, ini kerana ia menyentuh pelbagai kelompok rakyat termasuk masyarakat warga emas, wanita dan Orang Asli yang juga […]

» Read more

Ahmad Jazlan Bidas Tuduhan ADUN Melor Terhadap Polis, Dakwa Bermotif Politik

KUALA LUMPUR, 23 April – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan, Datuk Seri Ahmad Jazlan Yaakub membidas kenyataan Ahil Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melor Wan Rohaimi Wan Daud yang mengeluarkan kenyataan terhadap Ketua Polis Negeri Kelantan, CP Datuk Mohd Yusoff Mamat dan Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay. Tegasnya, dakwaan terbabit secara melulu dan tidak […]

» Read more

BN Guna Masa Kempen Terus Santuni Pengundi

TAPAH, 23 April – Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan memaklumkan gerak kerja mendekati saki baki pengundi diteruskan menjelang hari-hari terakhir berkempen. Beliau yang juga Timbalan Presiden UMNO, berkata ia termasuk pengundi yang berada di luar kawasan dan Negeri Perak. “Rata-rata kempen dijalankan yang sudah masuk minggu kedua diurus dengan baik, jentera bergerak dengan baik. “Kajian sikap […]

» Read more
1 94 95 96 97 98 219