Kejayaan BN Cerminan Sokongan Kukuh Di Perak – Dr Zambry

BAGAN DATUK, 28 April – Kejayaan Barisan Nasional (BN) menandakan satu lagi keyakinan rakyat khususnya di negeri Perak dan juga di Pilihan Raya Kecil (PRK) Ayer Kuning serta semua pihak khususnya Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang mengetuai jentera keseluruhannya dan dibantu oleh ‘Friends of BN’ dan Pakatan Harapan (PH). Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Dr Zambry […]

» Read more

Pilih Dr Ustaz Yusri, Kuatkan Kedudukan BN Dalam Kerajaan Perak – Ruzaini

TAPAH, 25 April – Ketua UMNO Bahagian Padang Besar, Datuk Ruzaini Rais menyeru agar pengundi khususnya bangsa Melayu/Islam di Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning memberikan sokongan kepada calon Barisan Nasional (BN) bagi mengukuhkan kedudukan kerajaan pimpinan Datuk Seri Saarani Mohamad di Perak. Beliau menegaskan bahawa dakwaan Perikatan Nasional (PN) kononnya kerajaan Perak kini didominasi oleh […]

» Read more

MB Perak Seru Rakyat Ayer Kuning Pilih BN, Tolak PN Pencetus Perpecahan

TAPAH, 25 April – Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad memberikan jaminan bahawa kerajaan negeri kekal stabil dan tidak tergugat dengan sebarang cubaan untuk mengganggu kestabilan sedia ada. Beliau menegaskan bahawa kestabilan politik penting untuk menarik pelaburan serta mewujudkan peluang pekerjaan kepada rakyat negeri ini. “Jika menang di sini, ia akan beri gambaran jelas kepada pelabur bahawa Perak adalah […]

» Read more

PRK: Dekati Golongan Sasar… Puteri UMNO Anjur Malam Santai Anak Muda

TAPAH, 20 April – Pergerakan Puteri UMNO Malaysia telah menganjurkan program Malam Santai Anak Muda untuk mendekati golongan tersebut terutamanya dalam menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning. Diadakan di Kompleks Sukan Tapah, pusat daerah mengundi (PDM) Tapah Road, majlis tersebut turut dimeriahkan dengan kehadiran Projek Next Gen-z di bawah seliaan Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, […]

» Read more

‘Pengarah PRK Import Dari Kedah, PN Perak Tiada Pemimpin Kredibel?’ – Sollehin

TAPAH, 17 April – Ketua UMNO Bahagian Bukit Gantang, Mohammad Sollehin Mohamad Tajie menempelak pembangkang, Perikatan Nasional (PN) Perak apabila melantik ketua pilihan raya parti itu yang ‘diimport’ dari Kedah. Katanya, ia sekaligus memperlihatkan tiada dalam kalangan kepimpinan PN mempunyai kredibiliti sehingga melantik pemimpin negeri lain mengemudi PRK ini. “Pengarah pilihan raya daripada PN sudahlah ‘diimport’ dari Kedah. Saya hendak […]

» Read more

Projek Di DUN Ayer Kuning Lulus Sebelum PRK – MB Perak

IPOH, 16 April – Projek pembangunan dan infrastruktur yang sedang berjalan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning diluluskan sebelum Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN itu diadakan, kata Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad. Beliau berkata sebagai contoh, kelulusan bagi projek penyuraian trafik di pekan Tapah telah dilakukan ketika Allahyarham Ishsam Shahruddin masih menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri […]

» Read more

ADUN Gunung Semanggol Digantung Enam Bulan Dari Persidangan DUN Perak

IPOH, 16 April – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gunung Semanggol Razman Zakaria digantung selama enam bulan dari menghadiri Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak berkuat kuasa hari ini kerana mengeluarkan kenyataan bebaur perkauman dan hasutan pada 2 Dis lepas. Keputusan itu dibuat setelah Razman yang juga Ketua Pembangkang dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN pada 4 Dis. Usul […]

» Read more

‘Ketua Pembangkang DUN Perak Tunjuklah Kematangan Politik’

KUALA LUMPUR, 11 April – Ketua UMNO Bahagian Bukit Gantang, Sollehin Mohamad Tajie membidas ketua pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak yang memainkan sentimen umur calon menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning. Menerusi kenyataan yang dikongsi di Facebook, beliau berkata sebagai ketua pembangkang, Razman Zakaria sewajarnya menunjukkan sisi kemantangannya dalam berpolitik. “Ini ketua pembangkang negeri […]

» Read more
1 12 13 14 15 16 217