Perhimpunan Agung UMNO 2025 Ditunda 26 Hingga 29 Nov – Dr Asyraf

KUALA LUMPUR, 30 Jun – Perhimpunan Agung UMNO 2025 yang sebelum ini ditetapkan pada 20 hingga 23 Ogos ditunda kepada tarikh baru iaitu 26 hingga 29 November. Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dalam satu kenyataan berkata tarikh baru berkenaan mengambil kira persiapan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah. “Tarikh Perhimpunan Agung UMNO 2025 telah dipersetujui untuk ditunda kepada […]

» Read more

Jangan Leka, Perkuat Kesatuan Hati Perkukuh UMNO – Dr Zambry

LIPIS, 28 Jun – UMNO perlu terus teguh dalam perjuangan dengan memperkukuh kesatuan hati di kalangan ahlinya, demikian tegas Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir. Beliau yang juga Menteri Pengajian Tinggi berkata, perpaduan dan keikhlasan dalam perjuangan menjadi kunci kekuatan UMNO sejak dahulu lagi maka ia perlu terus dipelihara demi masa depan bangsa serta negara. […]

» Read more

Yayasan Perak Komited Bina Masa Hadapan Anak Negeri Lebih Gemilang – Saarani

KUALA LUMPUR, 26 Jun – Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata kerajaan negeri melalui Yayasan Perak komited membina masa hadapan generasi akan datang dengan lebih gemilang. Dalam satu hantaran di laman Facebook, Saarani telah mempengerusikan Mesyuarat Anggota Yayasan Perak (MAYA) Bil 2/2025 di Pejabat Menteri Besar, Ipoh, Rabu petang. “Mesyuarat ini memberi tumpuan kepada pelaporan kemajuan program sedia […]

» Read more

Dinamika Pemikiran Anak Muda Penentu Masa Depan UMNO

GERIK, 23 Jun – UMNO perlu menerima hakikat generasi muda kini tidak lagi boleh dibuai dengan nostalgia mengenai jasa parti dalam memerdekakan seterusnya membina, membangunkan dan memajukan negara. Ujar Naib Presiden UMNO merangkap Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani, dinamika pemikiran anak muda yang mendapat nikmat kemajuan dan pendidikan secukupnya serta semakin kritis menjadi penentu kelangsungan masa […]

» Read more

UMNO Kalabakan Kukuhkan Komitmen Melalui Persidangan Menjelang PRN Sabah

KALABAKAN, 16 Jun – UMNO Bahagian Kalabakan terus memperkukuh persediaan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 apabila Majlis Perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian P.191 Kalabakan berlangsung dengan penuh semangat dan komitmen. Ketuanya, Samasuddin Yusof, menyifatkan majlis ini bukan sekadar penyampaian laporan tahunan, tetapi medan memperbaharui iltizam perjuangan, menilai pencapaian, dan menyusun strategi lebih agresif untuk memastikan UMNO kekal relevan […]

» Read more
1 10 11 12 13 14 217