Manifesto Perpaduan Suntik Semangat Calon PH-BN Terus Berjuang Pikat Hati Pengundi

BUTTERWORTH, 4 Ogos – Manifesto Perpaduan yang diketengahkan oleh Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang menjadi suntikan semangat buat calon-calon dua parti politik gergasi tanah air itu untuk terus berkempen meraih undi dan sokongan rakyat di negeri ini. Calon BN bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Dua Datuk Dr Shaikh Hussein Mydin berkata manifesto berkenaan membuatkan […]

» Read more

BN-PH Kelantan Bakal Isytihar Manifesto PRN Esok

KOTA BHARU, 4 Ogos – Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) Kelantan bakal mengisytiharkan manifesto mereka sempena Pilihan Raya Negeri (PRN), esok. Setiausaha BN Kelantan, Datuk Seri Dr Md Alwi Che Mad berkata, terdapat beberapa perkara menarik akan diumumkan dan beliau yakin ianya mampu memberi impak terhadap sokongan rakyat di Kelantan. “Sukacita saya maklumkan bahawa manifesto BN-PH akan siap […]

» Read more

Kerajaan Perpaduan Dapat Diwujudkan Atas Keserasian – Ahmad Zahid

RAWANG, 4 Ogos – Timbalan Perdana Menteri merangkap Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan bahawa Kerajaan Perpaduan dapat diwujudkan atas keserasian gabungan parti-parti di dalamnya. Katanya, kerajaan inilah yang akan menjadikan Malaysia lebih kuat sebagai sebuah negara dan perlu terus disokong. “Kerajaan Perpaduan akan terus mempertahankan agama Islam tanpa meggugat agama lain pun, kedudukan Raja-raja Melayu… dalam […]

» Read more

DUN Bayu: Bantu Belia, Anak Muda Tingkatkan Diri Dengan TVET Jadi Hasrat Ishak Mat

BALING, 4 Ogos – Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bayu Datuk Ishak Mat berhasrat mahu membantu belia dan anak muda di kawasan itu dengan menggalakkan mereka menceburi sistem Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) bagi meningkatkan kemahiran diri. Ujarnya, menjadi tanggungjawab bagi seorang pemimpin parti politik terutamanya wakil rakyat untuk mengambil serius perkara berkenaan […]

» Read more

Tiada Peraturan Halang Pesuruhjaya Suhakam Jadi Calon Untuk PRN

RAWANG, 4 Ogos – Tiada peraturan yang menghalang pencalonan Pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) Hasnal Rezua Merican Habib Merican bagi mewakili Barisan Nasional (BN) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor. Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau telah menyemak perkara berkenaan dengan para peguam berhubung pencalonan Hasnal […]

» Read more

Mohd Isa Yakin Penerimaan Rakyat, Sedia Terus Berkhidmat

SERENDAH, 3 Ogos – Calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Batang kali, Datuk Mohd Isa Abu Kasim yakin penerimaan masyarakat akan dapat memberi kesempatan untuk beliau kembali berkhidmat kepada rakyat tempatan. Katanya, sepanjang kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) yang telah memasuki hari keenam, beliau telah menenui seramai yang boleh pengundi dengan keluar seawal 5.30 pagi. “Alhamdulillah, nampaknya […]

» Read more

Usah Terlampau Yakin PN, Kami Wakili Anak Tempatan – Calon PH-BN Utara Selangor

SEKINCHAN, 3 Ogos – Calon Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) di utara Selangor optimis mampu menyumbang kemenangan kepada gabungan itu meskipun parti lawan menyuarakan keyakinan bakal mendominasi wilayah itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini. Calon BN bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Air Tawar Datuk Rizam Ismail berkata sebagai penyandang kerusi dan anak tempatan, beliau […]

» Read more

Tok Mat Dijangkiti Influenza, Rehat Tiga Hari Daripada Berkempen

KUALA LUMPUR, 3 Ogos – Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan dijangkiti virus influenza dan diarahkan oleh doktornya untuk berehat dalam tempoh dua hingga tiga hari. Menerusi satu hantaran video di laman Facebooknya, Mohamad, yang juga calon dan penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di Negeri Sembilan, turut memohon maaf kepada pengundi dan […]

» Read more

Agihan Kerusi PRN, Gerak Kerja Terjemah Kesepakatan Kerajaan Perpaduan – Ahmad Zahid

KAJANG, 2 Ogos – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan bahawa Kerajaan Perpaduan telah diterjemahkan malah dibuktikan melalui kesepakatan dalam pembahagian kerusi dan gerak kerja dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) kini. Katanya, Kerajaan Perpaduan ini telah menukar perasaan benci kepada sayang. “Dalam keadaan yang begitu atas kesepakatan dan keserasian antara parti-parti dalam Kerajaan Perpaduan sebagaimana kerusi Dusun […]

» Read more

PRN: Satu Undi Untuk BN-PH, Satu Kemajuan Untuk Anak Cucu Kita – Sharif Musa

KUALA LUMPUR, 2 Ogos – Satu undi untuk Barisan Nasional (BN) – Pakatan Harapan (PH) bermakna satu kemajuan untuk anak-cucu kita berbanding satu undi untuk calon Perikatan Nasional (PN) yang membawa satu kemunduran untuk anak-cucu kita. Demikian perbandingan yang diangkat oleh Ketua UMNO Bahagian Lahad Datu, Sharif Musa Sharif Mabul berikutan Pilihan Raya Negeri (PRN) yang membabitkan enam negeri iaitu […]

» Read more
1 94 95 96 97 98 158