PRN Sabah: Belum Masanya Umum Calon `Poster Boy’ – Pengerusi BN

JEMPOL, 1 Mei – Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata belum masanya untuk menentukan calon ‘poster boy’ bagi mana-mana negeri sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) atau Pilihan Raya Negeri (PRN) diumumkan. Timbalan Perdana Menteri itu berkata hasil perjumpaan dengan kepimpinan UMNO Sabah semalam, beliau telah memberikan garis panduan untuk parti di negeri berkenaan menghadapi PRN. […]

» Read more

ADUN Juasseh Tekankan Pentingnya Pemerkasaan Wanita Dan Kanak-Kanak

SEREMBAN, 30 April – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Juasseh, Puan Sri Bibi Sharliza Mohd Khalid menekankan kepentingan pemerkasaan wanita dan kanak-kanak dalam pembangunan Negeri Sembilan serta peningkatan akses kepada perkhidmatan kesihatan rakyat, khususnya di kawasan luar bandar. Dalam sesi perbahasan sempena Persidangan Pertama, Penggal Ketiga, Dewan Undangan Negeri Negeri Sembilan ke-15 pada Isnin, beliau berkata program pemberdayaan wanita harus […]

» Read more

ADUN Jeram Padang Mohon Naik Taraf Jalan Raya Luar Bandar, Sokong Projek Lebuhraya Madani

SEREMBAN, 29 April – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeram Padang, Datuk Mohd Zaidy Abdul Kadir, memohon Kerajaan Negeri Sembilan agar memberikan keutamaan kepada pembangunan dan penaiktarafan infrastruktur jalan raya, khususnya di kawasan luar bandar, dalam usaha menyokong sasaran negeri untuk mencapai kutipan hasil negeri RM1 bilion menjelang tahun 2030. Ketika membahaskan Titah Ucapan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan dalam […]

» Read more

Usaha Tingkatkan Akses Perolehan Beras Tempatan Diperluas – Jalaluddin

SEREMBAN, 28 April – Exco Kanan Kerajaan Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata kerajaan negeri akan terus memberi tumpuan kepada usaha meningkatkan akses perolehan beras tempatan melalui inisiatif penjualan Beras Perpatih menerusi Jualan Nismilan Prihatin. Menurut beliau program jualan ini diadakan pada setiap pagi Jumaat di lapan kawasan Parlimen secara bergilir, dengan purata jualan sebanyak 300 kampit beras (5kg) […]

» Read more

Sidang DUN Platfrom Kemuka Pandangan, Teliti Dasar Tingkatkan Kesejahteraan Rakyat

SEREMBAN, 28 April – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeram Padang Datuk Mohd Zaidy Abdul Kadir berkata persidangan di Dewan Undangan Negeri (DUN) merupakan platform penting untuk wakil rakyat sama ada di pihak kerajaan mahupun pembangkang. Mohd Zaidy menyeru semua untuk bersama-sama berbahas, mengemukakan pandangan dan meneliti segala dasar serta inisiatif yang bertujuan meningkatkan kesejahteraan rakyat. “Sebagaimana pepatah Melayu menyebut […]

» Read more

Isu Ladang Babi: Pas Ikhlas Atau Hanya Main Sentimen Pengundi? – Iqbal Jamal

TAPAH, 25 April – Pengarah Komunikasi Strategik Negeri Perak (StratComm Perak), Muhamad Iqbal Jamal Jamaludin mempersoalkan adakah Pas benar-benar ikhlas membangkitkan isu kandang babi di Perak atau sekadar bermain sentimen untuk mempengaruhi pengundi Melayu di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning. Ini kerana katanya, isu tersebut dibangkitkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Manjoi, Mohd Hafez Sabri ketika sidang […]

» Read more

Dekati Semua Lapisan Masyarakat, Kukuhkan Khidmat Kepada Rakyat – Mohd Isam

KUALA LUMPUR, 28 Mac – Ketua UMNO Bahagian Tampin Datuk Mohd Isam Mohd Isa bersyukur dapat mengadakan pertemuan bersama jawatankuasa UMNO di setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam kawasannya. “Dalam pertemuan ini saya menekankan pentingnya UMNO Bahagian Tampin mendekati semua lapisan masyarakat tanpa mengira ideologi parti, dengan tujuan memperkukuh perjuangan dan khidmat kepada rakyat. ‘Saya menegaskan bahawa kekuatan UMNO terletak […]

» Read more

Santuni Yang Memerlukan… Pak Mus Raikan Anak Yatim, Asnaf dan Ibu Tunggal

KUALA LUMPUR, 20 Mac – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Palong, Datuk Mustapha Nagoor atau dikenali sebagai Pak Mus telah menyantuni mereka yang memerlukan dengan menganjurkan Majlis Meraikan Anak Yatim, Asnaf dan Ibu Tunggal Generasi Ke-2 pada Selasa di Palong. Menerusi hantaran di laman Facebooknya beliau memaklumkan bahawa lebih 300 penerima bantuan telah hadir untuk menerima sumbangan bagi meringankan beban […]

» Read more
1 88 89 90 91 92 176