Tetap Setiakawan

Seremban, 22 Jun–Calon Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan bersalaman dengan Naib Presiden yang menjalankan tugas Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada Majlis Sambutan Aidilfitri dan Sesi Pengenalan Calon – calon Pemilihan UMNO 2018 – 2021 anjuran Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan di D’ Tempat Country Club, Bandar Sri Sendayan di sini hari ini. Turut kelihatan […]

» Read more

Ramah Mesra Bersama Perwakilan

Seremban, 22 Jun–Naib Presiden yang menjalankan tugas Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersalaman dengan para perwakilan ketika hadir pada Majlis Sambutan Aidilfitri dan Sesi Pengenalan Calon – calon Pemilihan UMNO 2018 – 2021 anjuran Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan di D’ Tempat Country Club, Bandar Sri Sendayan di sini hari ini. – Foto : MediaUMNO

» Read more

Sampaikan Saguhati Hari Raya

REMBAU 10 Jun –Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan Datuk Seri bersama ahli Koperasi Warisan Kampung Pasir Linsum N. Sembilan Berhad selepas menyampaikan saguhati Hari Raya koperasi kepada ahli-ahli di Kg Pasir Linsum petang tadi.

» Read more

Amanah Yang Perlu Diteruskan

SENAWANG 20 Mei — Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan beramah mesra dengan Jawatankuasa Bahagian dan Jawatankuasa 4 peringkat serta pemimpin-pemimpin 130 cawangan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu Bahagian Rembau serta perasmian Berkelompok Persidangan Tahunan Cawangan 2018 di Cattleya Hall, Senawang. Foto–FB Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hasan

» Read more

Bangkit Kembali Bina Parti Dari Keruntuhan, Aplikasi Mesyuarat Cawangan Suntik Semangat

KUALA LUMPUR, 17 Mei – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan menyeru agar semua ahli UMNO untuk bersama-sama kekal bersatu meneruskan perjuangan bagi terus memartabatkan maruah agama, bangsa dan tanah air. Jelas beliau, hanya orang yang benar-benar sayangkan UMO akan faham apa perjuangan UMNO dan akan terus kekal dalam parti keramat ini walaupun UMNO tewas dalam […]

» Read more

Terus Bangkit

Kuala Lumpur, 16 Mei–Pemangku Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berbincang bersama Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan sebelum memulakan mesyuarat bersama pengurusan UMNO Negeri Sembilan di Menara Dato’ Onn, PWTC petang ini. – Foto : MediaUMNO

» Read more

BN Akan Jadi Pembangkang Berwibawa – Mohamad

SEREMBAN, 13 Mei – Barisan Nasional (BN) tidak akan melemparkan fitnah dan tohmahan terhadap kerajaan negeri baharu pimpinan Pakatan Harapan (PH) tetapi sebaliknya akan menjadi pembangkang yang berwibawa dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) akan datang. Pengerusi BN Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata ini bagi memastikan rakyat terus mendapat kebaikan daripada dasar-dasar yang dilaksanakan oleh pentadbiran baharu kerajaan […]

» Read more

Ketepikan Soal Titik Bengik, Fokus Perkuat Kesatuan – Ahmad Zahid

TUMPAT, 12 Julai – Timbalan Perdana Menteri merangkap Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyeru seluruh kepimpinan dan akar umbi untuk mengenepikan soal titik bengik serta memberi fokus bagi memperkuatkan kesatuan di kalangan ahli. Ujarnya, UMNO optimis untuk menebus semula kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) di kawasan tersebut pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-16. “Allah sudah […]

» Read more

Bijak Susun Strategi Berdepan Realiti Politik Baharu – Ahmad Zahid

GOPENG, 7 Julai – Presiden UMNO merangkap Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan semua pihak termasuklah para pemimpin dan akar umbi agar perlu bijak menyusun strategi untuk berdepan dengan realiti politik baharu. Jelasnya, UMNO/Barisan Nasional (BN) bakal bertanding secara solo dan menggunakan lambang dacing pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-16 namun tidak akan meninggalkan rakan-rakan komponen […]

» Read more
1 85 86 87 88 89 176