Pembubaran Parlimen Jalan Terbaik, ‘Kestabilan Dan Kemakmuran’ Manifesto PRU15 – Ahmad Maslan

  KUALA LUMPUR, 10 Okt – UMNO berpendirian pembubaran Parlimen adalah merupakan jalan terbaik memandangkan wakil parti-parti yang membentuk kerajaan campuran sebelum ini makin jelas tidak memperlihatkan solidariti terhadap Perdana Menteri dalam mentadbir negara. Demikian keputusan hasil Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang dipengerusikan oleh Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang berlangsung di Ibu Pejabat UMNO, Menara […]

» Read more

PM Umum Parlimen Bubar Hari Ini Bagi Beri Laluan PRU15

KUALA LUMPUR, 10 Okt  – Parlimen dibubarkan hari ini bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) diadakan. Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pembubaran itu di Bangunan Perdana Putra pada 3 petang hari ini, satu pengumuman yang dinanti-nantikan banyak pihak selepas desas-desus mengenainya bertiup kencang sejak akhir September. Ismail Sabri memaklumkan beliau telah menghadap dan mendapat […]

» Read more

Pasukan Perundangan Beri Komitmen Tinggi Pada BN – Zambry

KUALA LUMPUR, 10 Okt – Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir yakin dengan kemampuan pasukan perundangan BN bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). Beliau yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO turut mengharapkan agar pasukan perundangan terus beri komitmen dan pengalaman lalu dapat mematangkan lagi pasukan ini. “Saya berkeyakinan penuh dengan kemampuan pasukan perundangan […]

» Read more

Manifesto Bukan Kitab Suci, Belenggu PH Depani PRU15

KUALA LUMPUR, 9 Okt – Ketua UMNO Bahagian Shah Alam, Datuk Azhari Shaari berpandangan Pakatan Harapan (PH) bimbang sekiranya Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) diadakan pada masa terdekat. Katanya ini kerana mengikut maklumat yang diperolehi mereka, parti itu akan tewas dengan teruk akibat rakyat masih ingat tentang penipuan manifesto bukan kitab suci mereka. “Hakikatnya tahun lepas Pilihan Raya Negeri (PRN) […]

» Read more

Petisyen Ciptaan Rafizi Gagal, Tak Dapat Sambutan Waima Ahli PH/PKR Sendiri

KUALA LUMPUR, 7 Okt – Ketua UMNO Bahagian Shah Alam, Datuk Azhari Shaari berpandangan tujuan utama Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli mewujudkan petisyen membantah Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) sebagai salah satu cara hendak melihat data, jumlah sokongan dan sentimen rakyat terhadap dirinya sendiri, PKR dan Pakatan Harapan (PH). Namun katanya, mengikut data terkini petisyen tersebut sehingga ke hari ini […]

» Read more

Rakyat Mahu Negara Stabil… PRU15 Perlu Dilaksana Demi Masa Depan – Abdul Aziz

KUALA LUMPUR, 6 Okt – Ketua Pemuda UMNO Negeri Sabah, Ir Abdul Aziz Julkarnain berpandangan Pilihan Raya Umum (PRU) 15 perlu diadakan dengan kadar segera kerana rakyat mahukan kestabilan negara. Katanya, ini jelas dilihat apabila rakyat yang mahukan kestabilan menyokong UMNO/Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor. “Sekarang ini pembangkang merasa gentar melihat rakyat memberikan sokongan […]

» Read more

Kuota Calon 30%, Wanita Terus Lipat Gandakan Usaha Demi Kejayaan BN – Hisham Suhaily

KUALA LUMPUR, 6 Okt – Wanita UMNO bukan sahaja memyambut baik keputusan pimpinan parti berhubung kuota 30 peratus calon Wanita pada Pilihan Raya Umum(PRU) akan datang malah akan terus melipatgandakan lagi usaha untuk membantu parti mencapai kemenangan kelak. Exconya Hisham Suhaily Othman berkata Wanita yang sentiasa berkhidmat untuk parti tidak akan berpeluk tubuh semata-mata malah akan terus bergerak ke depan […]

» Read more

30 Peratus Calon, Realiti BN Mengarusperdanakan Wanita – Haryaty

KUALA LUMPUR, 6 Okt – Ketua Wanita UMNO Bahagian Kota Melaka Datuk Haryaty Hamdzah menzahirkan penghargaan kepada Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi serta kepimpinan Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO yang bersedia memberikan 30 peratus calon Wanita mewakili Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15. Sehubungan itu beliau berkata akhirnya impian mendapatkan kuota 30 peratus […]

» Read more

PH Tak Bubar DUN Jika PRU15 Diadakan Bukti Tidak Sedia Hadapi BN – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 6 Okt – Keputusan kepimpinan tiga negeri pimpinan Pakatan Harapan (PH) tidak akan membubarkan dewan undangan negeri (DUN) jika Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) diadakan dalam masa terdekat lebih menunjukkan ketidaksediaan pembangkang berdepan PRU dan menghadapi BN. Demikian respons Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang menganggap sekarang pembangkang semakin hilang sokongan massa. Sebenarnya kata beliau […]

» Read more

PRU15: Cabaran Perang Oleh PPBM Harus Disahut – Dr Masliha

KUALA LUMPUR, 5 Okt – Exco Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Dr Masliha Harun menganggap kenyataan Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin mencetuskan perang dengan UMNO/Barisan Nasional (BN) perlu disahut. Ini kerana katanya, tujuan asal parti itu adalah untuk menjatuhkan UMNO/BN atas sifat dendam kesumat yang masih berbekas. “Kita tahu Perikatan Nasional (PN) yang mana pengerusinya adalah Tan Sri Muhyiddin Yassin […]

» Read more
1 159 160 161 162 163 269