Usaha Berterusan Dekati Anak Muda Melalui Media Sosial – Ismail Lassim

KUALA PILAH, 6 Ogos – Usaha berterusan perlu dilakukan oleh UMNO untuk mendekati anak muda terutamanya melalui medium media sosial yang semakin meluas. Ketua UMNO Bahagian Kuala Pilah, Datuk Ismail Lassim berkata, media sosial kini menjadi jambatan penghubung di antara pemimpin dan rakyat khususnya golongan muda. “Anak-anak muda yang menjadi pengundi ini memang bertambah setiap hari. Jadi, usaha berterusan memang […]

» Read more

KKDW Perkukuh Sinergi PBK-LKW Demi Masa Depan Desa – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 5 Ogos – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan bahawa Mesyuarat Perancangan dan Pembangunan Secara Bersepadu antara Pihak Berkuasa Koridor (PBK) dan Lembaga Kemajuan Wilayah (LKW) yang diadakan hari ini membuktikan komitmen kerajaan memperkukuh kerjasama antara perancang wilayah dan pelaksana akar umbi dalam merencana masa depan luar bandar. Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa […]

» Read more

Negeri Sembilan Stabil, Tenteram Bersama Kerajaan Perpaduan – Ismail Lassim

KUALA PILAH, 5 Ogos – Negeri Sembilan berada dalam keadaan yang stabil dan tenteram di bawah pentadbiran Kerajaan Perpaduan, kata Ketua UMNO Bahagian Kuala Pilah, Datuk Ismail Lasim. Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senaling berkata, Kerajaan Negeri Sembilan tidak pernah gagal untuk mengambil berat mengenai apa sahaja permasalahan dihadapi oleh rakyat dan mendengar segala cadangan dikemukakan. “Pada […]

» Read more

Isu Sindiket ‘Fly’ Di KLIA, Peruntukan Urus Banjir Antara Tumpuan Dewan Rakyat Hari Ini

KUALA LUMPUR, 4 Ogos – Langkah penyelesaian isu rasuah dan penyelewengan secara menyeluruh melibatkan Imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) susulan pendedahan kes sindiket Fly dan U-turn antara tumpuan sidang Dewan Rakyat hari ini. Menurut Aturan Urusan Mesyuarat di portal Parlimen, persoalan itu dibangkitkan oleh Lee Chean Chung (PH-Petaling Jaya) kepada Menteri Dalam Negeri pada sesi soal jawab […]

» Read more

Bersama Kuatkan Parti, Terajui Kekuatan Bangsa Di Pusat Pentadbiran – Ab Rauf

KUALA PILAH, 3 Ogos – Seluruh pejuang dan pendukung UMNO/Barisan Nasional (BN) perlu berganding bahu untuk menguatkan semula parti agar ia dapat menerajui kekuatan bangsa di pusat pentadbiran. Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, sejarah telah membuktikan bahawa UMNO adalah sebuah parti yang hebat kerana ia melahirkan pemimpin untuk meneruskan legasi mentadbir negara. “Kita […]

» Read more

RMK13: Khaled Nordin Sambut Baik Penekanan Terhadap Keselamatan Negara

PUTRAJAYA, 1 Ogos – Menteri Pertahanan merangkap Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menyambut baik pembentangan Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13) oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bertemakan “Melakar Semula Pembangunan” di Dewan Rakyat, semalam. Menurut beliau, tumpuan khusus yang diberikan kepada aspek keselamatan di bawah Tumpuan 8: Meningkatkan Mutu Kehidupan Rakyat, jelas mencerminkan keprihatinan Kerajaan MADANI […]

» Read more

BBC Sambut Baik RMK13, Akan Main Peranan Aktif

KUALA LUMPUR, 31 Julai – Kelab Penyokong Kerajaan Madani (Backbenchers Club – BBC) menyambut baik pembentangan Rancangan Malaysia ke-13 dan akan memainkan peranan aktif untuk memastikan pelaksanaannya berjalan lancar. Pengerusinya, Datuk Shahar Abdullah menerusi satu kenyataan berkata, RMK13 menjadi manifestasi kepada komitmen Kerajaan dalam merealisasikan aspirasi Ekonomi Madani untuk meningkatkan darjat rakyat dan menstruktur semula ekonomi negara. “BBC menyambut baik […]

» Read more

Pembentangan RMK13 Tumpuan Dewan Rakyat Hari Ini

KUALA LUMPUR, 31 Julai – Tumpuan persidangan Dewan Rakyat hari ini terarah kepada pembentangan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, satu hala tuju yang bakal memacu rancangan pembangunan lima tahun negara bagi tempoh 2026 hingga 2030. Menurut Aturan Urusan Mesyuarat di laman rasmi Parlimen, Anwar yang juga Menteri Kewangan dijadual membentangkan RMK13 pada 12 tengah […]

» Read more

Merakyatkan Pentadbiran, WRUR Duyong Catat Rekod Lebih 10,000 Penyertaan

MELAKA, 28 Julai – Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Duyong mencatatkan rekod baharu dengan lebih 10,000 penduduk hadir menyertai 174 program sepanjang 14 hari penganjurannya. Ketua Menterinya, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, kejayaan besar program ini menunjukkan pendekatan merakyatkan pentadbiran yang dibawa kerajaan negeri semakin diterima masyarakat. “Saya cukup gembira dengan sambutan hebat […]

» Read more
1 136 137 138 139 140 310