655 Penghuni Ikuti Program Pemulihan Di Empat Sekolah Henry Gurney – Dr Shamsul Anuar

KUALA LUMPUR, 14 Ogos – Sebanyak 655 penghuni sedang mengikuti program pemulihan di empat Sekolah Henry Gurney di seluruh negara setakat 9 Julai 2025, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah. Empat sekolah tersebut menurut beliau ialah Sekolah Henry Gurney Telok Mas, Melaka (412 orang), Sekolah Henry Gurney Keningau, Sabah (92 orang), Sekolah Henry Gurney Puncak […]

» Read more

Keuntungan TNB, Kemajuan Projek 5G Tumpuan Sidang Dewan Rakyat

KUALA LUMPUR, 13 Ogos – Kadar keuntungan tahunan Tenaga Nasional Berhad (TNB) selepas kenaikan tarif elektrik serta kemajuan projek teknologi selular tanpa wayar generasi kelima (5G) menjadi antara tumpuan sidang Dewan Rakyat, hari ini. Menurut Aturan Urusan Mesyuarat di laman rasmi Parlimen, Lim Guan Eng (PH-Bagan) pada sesi soal jawab lisan meminta Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air menjelaskan jumlah […]

» Read more

Khaidirah Harap Parti Angkat Lebih Ramai Pemimpin Wanita

KUALA LUMPUR, 12 Ogos – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rim, Datuk Khaidirah Abu Zahar berharap agar UMNO/Barisan Nasional (BN) mengangkat dan memberi peluang kepada lebih ramai pemimpin wanita di dalam parti. Ini kerana katanya, jurang perbezaan pemimpin lelaki dan wanita adalah amat ketara pada ketika ini, jauh daripada angka kuota 30 peratus yang diperjuangkan sebelum ini. “Alhamdulilah, hampir masuk […]

» Read more

Dewan Rakyat: Langkah Kekang Buli Di IPT, Status Ombudsman Malaysia Antara Tumpuan

KUALA LUMPUR, 12 Ogos -Langkah mengekang buli di institut pendidikan tinggi (IPT) awam dan swasta serta hasil keputusan kerajaan berhubung status penubuhan Ombudsman Malaysia antara perkara yang akan dibangkitkan pada sidang Dewan Rakyat, hari ini. Menurut Aturan Urusan Mesyuarat di laman rasmi Parlimen, Afnan Hamimi Taib Azamudden (PN-Alor Setar) meminta Menteri Pendidikan Tinggi menyatakan langkah berkenaan pada Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri. […]

» Read more

Bring It On!’, Asyraf Wajdi Sedia Disaman Ibu Bapa Pelajar Dibuang MRSM Kerana Kes Buli

KUALA LUMPUR, 9 Ogos – Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki mendedahkan ada ibu bapa yang anak mereka dibuang dari Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) kerana kes buli mahu memfailkan saman terhadapnya dan agensi di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) itu. Mendedahkan demikian dalam hantaran terbaharu di Facebook hari ini, Asyraf Wajdi memberi reaksi […]

» Read more

Rais Adakan Lawatan Mengejut Lihat Aduan, Keselesaan Peniaga Pasar Alor Gajah

ALOR GAJAH, 7 Ogos – Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana Negeri Melaka, Datuk Rais Yasin, mengadakan lawatan mengejut ke Pasar Awam Alor Gajah hari ini bagi menilai sendiri keberkesanan kerja naik taraf yang telah dilaksanakan. Lawatan itu turut disertai beberapa wakil agensi berkaitan, yang bersama-sama meninjau fasiliti semasa serta mendengar aduan dan pandangan daripada para […]

» Read more

Semangat Kemerdekaan Perlu Dihayati, Serap Ke Jiwa Anak Muda

KUALA LUMPUR, 7 Ogos – Hari Kemerdekaan bukan sekadar dengan slogan yang dilaungkan saban tahun, sebaliknya ia adalah satu peristiwa besar yang harus diingati dan dihayati oleh seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira latar belakang. Ketua Penerangan Wanita UMNO Malaysia, Datuk Rosni Zahari berkata, kemerdekaan mempunyai makna yang lebih mendalam dan merangkumi pelbagai dimensi kehidupan termasuklah kebebasan jiwa, minda serta suasana […]

» Read more

Mekanisme Pemantauan Hasil Kutipan Pelarasan Tarif Air Antara Tumpuan Dewan Rakyat Hari Ini

KUALA LUMPUR, 7 Ogos – Mekanisme pemantauan dan audit ke atas hasil kutipan tambahan daripada pelarasan tarif air yang dijanjikan syarikat air negeri bagi tujuan pembaikan dan pembangunan infrastruktur bekalan air antara tumpuan persidangan Dewan Rakyat hari ini. Menurut Aturan Urusan Mesyuarat di portal Parlimen, persoalan itu dibangkitkan oleh Datuk Mohd Isam Mohd Isa (BN-Tampin) kepada Menteri Peralihan Tenaga dan […]

» Read more
1 135 136 137 138 139 310