Isu Kos Sara Hidup, Pelaksanaan MLFF Dan Tarif Timbal Balik Antara Tumpuan Dewan Rakyat

KUALA LUMPUR, 6 Ogos – Usaha kerajaan menurunkan kos sara hidup rakyat, pelaksanaan Multi Lane Free Flow (MLFF) serta isu tarif timbal balik Amerika Syarikat kepada Malaysia antara tumpuan persidangan Dewan Rakyat hari ini. Menurut Aturan Urusan Mesyuarat di laman sesawang Parlimen, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (PN-Bukit Gantang) pada sesi soal jawab meminta Menteri Perdagangan Dalam […]

» Read more

KKDW Perkukuh Sinergi PBK-LKW Demi Masa Depan Desa – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 5 Ogos – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan bahawa Mesyuarat Perancangan dan Pembangunan Secara Bersepadu antara Pihak Berkuasa Koridor (PBK) dan Lembaga Kemajuan Wilayah (LKW) yang diadakan hari ini membuktikan komitmen kerajaan memperkukuh kerjasama antara perancang wilayah dan pelaksana akar umbi dalam merencana masa depan luar bandar. Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa […]

» Read more

Isu Sindiket ‘Fly’ Di KLIA, Peruntukan Urus Banjir Antara Tumpuan Dewan Rakyat Hari Ini

KUALA LUMPUR, 4 Ogos – Langkah penyelesaian isu rasuah dan penyelewengan secara menyeluruh melibatkan Imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) susulan pendedahan kes sindiket Fly dan U-turn antara tumpuan sidang Dewan Rakyat hari ini. Menurut Aturan Urusan Mesyuarat di portal Parlimen, persoalan itu dibangkitkan oleh Lee Chean Chung (PH-Petaling Jaya) kepada Menteri Dalam Negeri pada sesi soal jawab […]

» Read more

Bung Gesa Tambah Baik Sistem Kesihatan Awam Sabah

KUALA LUMPUR, 1 Ogos – Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin mendesak kerajaan negeri untuk menyediakan pelan tindakan khusus bagi menambah baik kemudahan kuarters, akses jalan ke fasiliti kesihatan pedalaman, serta kelengkapan asas di klinik dan hospital daerah. Beliau yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan berkata ini kerana pengabaian terhadap kemudahan tersebut bukan sekadar menjejaskan moral dan motivasi petugas […]

» Read more

LKYEF: Bukti Kecemerlangan Kepimpinan Onn Hafiz Teraju Johor

LABIS, 31 Julai – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tenang Haslinda Salleh dan seluruh warga kawasannya merakamkan ucapan tahniah kepada Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi atas penganugerahan Lee Kuan Yee Exchange Fellowship (LKYEF). Ujar Ketua Wanita UMNO Bahagian Labis itu, Onn Hafiz merupakan tokoh pertama dari Johor dan tokoh kesembilan dari Malaysia serta penerima ke-82 sejak penubuhannya pada […]

» Read more

Kajian Semakan Pindaan Akta Orang Asli 1954 Sedang Dilaksanakan – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 31 Julai – Kerajaan sedang dalam tindakan untuk meminda Akta Orang Asli 1954 [Akta 134] yang tidak pernah dipinda sejak ia berkuat kuasa pada tahun 1954. Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, semakan pindaan akta tersebut dilaksanakan untuk memperhalusi peruntukan semasa secara menyeluruh. “Untuk makluman, kerajaan sedang dalam […]

» Read more

Kerjasama Strategik Johor-Singapura Diperkasa Demi Pembangunan Inklusif, Lestari – MB Johor

KUALA LUMPUR, 30 Julai – Menteri Besar Johor, Datuk Seri Onn Hafiz Ghazi menegaskan bahawa kerjasama strategik antara Johor, Malaysia dan Singapura mesti terus diperkukuhkan demi memastikan agenda pembangunan yang inklusif, adil dan lestari dapat direalisasikan, agar tiada sesiapa pun yang tertinggal daripada arus kemajuan. Beliau berkata demikian sempena hari pertama lawatan rasminya ke Singapura sebagai penerima ke-82 Lee Kuan […]

» Read more
1 88 89 90 91 92 287