Demi Maruah Dan Kesinambungan, UMNO Akan Calon Semula Mohamad Hasan – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 16 Nov – UMNO akan mencalonkan semula Timbalan Presidennya, Datuk Seri Mohamad Hasan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau. Demikian kata Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang memaklumkan menerusi akaun Twitternya hari ini. Katanya, keputusan Mahkamah Tinggi Seremban untuk membatalkan kemenangan Mohamad di DUN Rantau dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) […]

» Read more

Yang Langau Dah Terbang, Biarlah Ahli UMNO Yang Setia Jadi ‘Garam’ – Mohamad

MELAKA, 11 Nov – Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata pimpinan dan ahli parti yang terus berada di dalam UMNO hari ini umpama garam yang akan menjadi pengubat kepada parti dalam mendepani cabaran dan seterusnya bangkit untuk menghadapi Pilihan Raya Umum akan datang. “Orang tua-tua khabarkan, yang ada di depan kita hari ini  adalah semua garam UMNO yang […]

» Read more

UMNO Tempat Orang Melayu Berteduh Bukan Barang Untuk Jual Beli – Ab Rauf

MELAKA, 11 Nov – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata UMNO bukan barang jual beli sebaliknya merupakan tempat untuk orang Melayu berteduh yang akan terus dimartabatkan. “Dari Chenor pergi ke Deli, di pasar seberang ayam berlaga, UMNO bukan barang jual beli, bukan barang buat berniaga. “Apabila kita hilang kerajaan baru kita terasa betapa hebatnya UMNO. […]

» Read more

UMNO Johor Beri Jaminan Terus Bersama Zahid Pikul Tanggungjawab Berdepan Cabaran

JOHOR BAHRU, 10 Nov – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Ir Hasni Mohamad berkata UMNO negeri mengharapkan agar Presiden parti, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi meneruskan tugas dan melaksanakan tanggungjawab sebagai peneraju parti. “Teruskanlah memimpin UMNO ini dan bawalah parti ini untuk berhadapan dengan sesiapa juga. “Membujur lalu melintang pun berlalu. Kita teruskan perjuangan ini”, katanya. Beliau berkata demikian […]

» Read more

UMNO Persoal Kenapa Isu ICERD Timbul Sekarang?

KUALA LUMPUR, 10 Nov – UMNO bertegas meminta Kerajaan Pakatan Harapan (PH) menolak Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) walaupun Dap dan beberapa pimpinan Melayu dalam Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan PKR menyokongnya. Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata keputusan Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO semalam yang dengan tegasnya menolak ICERD seperti disebut […]

» Read more

Bersama UMNO Johor

Johor Bahru, 10 hb November—Presiden UMNO Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi bersama sebahagian Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO merakamkan kenangan ketika selesai mengadakan pertemuan khas dengan Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor di Bangunan UMNO Johor hari ini.- Foto: MediaUMNO

» Read more
1 76 77 78 79 80 282