Ahmad Zahid Selamat Tiba Di China, Kukuhkan Hubungan Diplomatik 50 Tahun

KUALA LUMPUR, 23 Mei – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengadakan lawatan rasmi ke China dari semalam hingga 1 Jun ini atas jemputan Naib Perdana Menteri China Ding Xuexiang. Bersempena dengan 50 tahun sambutan hubungan diplomatik yang erat antara Malaysia dan China pada tahun ini, semalam beliau berlepas ke Negara Tembok Besar China dalam usaha memperkukuhkan lagi […]

» Read more

Ahmad Zahid Lawat China Dari 22 Mei – 1 Jun

PUTRAJAYA, 21 Mei – Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi akan mengadakan lawatan rasmi ke China dari 22 Mei hingga 1 Jun atas jemputan Naib Perdana Menteri China Ding Xuexiang. Dalam satu kenyataan pada Selasa, Kementerian Luar (Wisma Putra) mengumumkan bahawa ini adalah lawatan rasmi pertama Ahmad Zahid ke China sejak beliau […]

» Read more

Ab Rauf Tegaskan Kecekapan, Ketelusan Tadbir Urus Jadi Tanda Aras Pengurusan Organisasi

KUALA LUMPUR, 20 Mei – Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh menegaskan beberapa perkara penting yang perlu diberi perhatian oleh agensi di bawah kerajaan negeri bagi meningkatkan prestasi dan kecekapan. Ujar Ab Rauf yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Melaka, ini sekaligus menjadikan kecekapan dan ketelusan tadbir urus sebagai ‘bench mark’ atau tanda aras kepada pengurusan organisasi. […]

» Read more

Malaysia-Kyrgyz Sokong Aktif Pertukaran Pengalaman Pendidikan – Dr Zambry

KUALA LUMPUR, 17 Mei – Malaysia dan Kyrgyz akan menyokong secara aktif pertukaran pengalaman pendidikan termasuklah program pertukaran pelajar, program bersama bagi sarjana dan doktor falsafah, lawatan akademik serta projek-projek penyelidikan secara kolaboratif. Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, beliau telah mengadakan pertemuan dengan Menteri Pendidikan dan Sains Kyrgyz, PYT Dogdurkul Kendirbaeva ketika menyertai delegasi Malaysia […]

» Read more

ADUN Lantikan Mampu Bawa Suara Majoriti, Minoriti Rakyat Pahang – Syed Ibrahim

KUALA LUMPUR, 16 Mei – Lantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) baharu bersifat keperluan dalam membantu Kerajaan Negeri Pahang untuk membawa suara rakyat sama ada minoriti ataupun majoriti, kata ADUN Kerdau, Datuk Seri Syed Ibrahim Syed Ahmad. Menurut beliau, ia juga membantu kerajaan negeri agar agenda membantu rakyat dilakukan dengan lebih berkesan dan menyeluruh. “Sebenarnya keperluan melantik Ahli Dewan sememangnya […]

» Read more

Penyampaian Maklumat Amat Penting Untuk Kefahaman Rakyat – Ir Hasni

KUALA LUMPUR, 14 Mei – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Benut, Datuk Seri Ir Hasni Mohammad berpandangan penyampaian maklumat yang betul kepada rakyat berhubung perkara-perkara kos sara hidup dan sebagainya amat penting agar mereka mendapat penjelasan sebaiknya. Dalam sesi Perbahasan Atas Rundingan Menjunjung Kasih Titah Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor pada Mesyuarat Pertama Penggal Persidangan Ke-15 Dewan Undangan Negeri  […]

» Read more

Program Pembangunan Peneroka (PPP) Di Negeri Sembilan Jana Pendapatan Tambahan

SEREMBAN, 9 Mei – Exco Kanan Kerajaan Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata Program Pembangunan Peneroka (PPP) di bawah FELDA bertujuan untuk memberikan pendapatan tambahan kepada peneroka dan menjamin keselamatan makanan negara yang melibatkan sebanyak 112,638 orang peneroka di 317 rancangan seluruh Malaysia. Menurut beliau untuk rekod, terdapat 587 Projek Plasma (Individu) dan 4 Projek Badan/Koperasi yang dijalankan di […]

» Read more

Konten Palsu Dihasilkan Hanya Untuk Manipulasi Kefahaman Rakyat – Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR, 8 Mei – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berharap rakyat untuk tidak mudah terpengaruh dengan konten-konten sensasi di media sosial yang dihasilkan pihak tidak bertanggungjawab. Beliau yang juga Timbalan Menteri Kerja Raya berkata rakyat perlu rasional dalam menilai konten media sosial dan menyemak fakta tersebut di saluran yang betul kerana konten palsu dihasilkan […]

» Read more

Majlis Ulama Asia Main Peranan Penting Pupuk Kesederhanaan – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 8 Mei – Majlis Ulama Asia memainkan peranan penting dalam menggalakkan kesederhanaan dengan menawarkan tafsiran seimbang terhadap teks agama, menyokong toleransi dan membimbing umatnya ke arah jalan tengah yang mengelakkan ekstremisme sambil menekankan keseimbangan spiritual. Dalam ucapan khas di persidangan Majlis Ulama Asia 2024 hari ini, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, majlis itu […]

» Read more

Senegal Berminat Pelajari Kepakaran Pengurusan Haji Malaysia, Zakat Dan Waqaf – Mohamad

KUALA LUMPUR, 8 Mei – Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan pertemuan beliau bersama Presiden Republik Senegal, Bassirou Diomaye Diakhar Faye bersempena rangka lawatan kerja ke Dakar. Mohamad yang juga Timbalan Presiden UMNO, menerusi satu hantaran Facebook berkata, pertemuan tersebut dimanfaatkan untuk bertukar-tukar pandangan bagi mengeratkan lagi kerjasama sedia ada di samping meneroka bidang kerjasama baharu pada masa hadapan. […]

» Read more
1 111 112 113 114 115 280