Malaysia Sumbang USD5 Juta Kepada Rakyat Palestin

PUTRAJAYA, 18 Dis – Malaysia hari ini menyampaikan sumbangan USD5 juta (kira-kira RM22.34 juta) kepada rakyat Palestin menerusi inisiatif kerajaan Jordan, bagi meringankan penderitaan mereka yang berdepan krisis kemanusiaan di Gaza. Sumbangan itu disampaikan Menteri Luar Mohamad Hasan kepada Duta Besar Jordan Dr Ismael Maddallah Suliman Maaytah di Wisma Putra. Mohamad berkata, sumbangan itu merupakan hasil derma rakyat Malaysia bawah […]

» Read more

Tatakelola Yang Baik Tunjang Pentadbiran Cekap Dan Berkesan – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 16 Dis – Timbalan Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi percaya tatakelola yang baik merupakan tunjang kepada pentadbiran yang cekap dan berkesan. Ujar Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu, ia bukan sahaja penting untuk memastikan kepercayaan rakyat terhadap institusi kerajaan, tetapi juga untuk meningkatkan daya saing negara di peringkat antarabangsa. “Saya percaya, melalui […]

» Read more

Sidang Kemuncak Malaysia-China 2024 Dapat Sokongan Padu Daripada Organisasi Utama – Reezal

KUALA LUMPUR, 16 Dis – Sidang Kemuncak Malaysia-China 2024 (MCS 2024), yang akan berlangsung di sini dari 17-19 Dis mendapat sokongan padu daripada penaja dan rakan strategik utama. Sokongan ini telah membantu meletakkan MCS 2024, anjuran Qube Integrated Malaysia Sdn Bhd dengan kerjasama Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE), sebagai platform utama untuk menggalak perdagangan, pelaburan dan inovasi. Pengerusi MATRADE, […]

» Read more

Dewan Rakyat Selesai Mesyuarat Ketiga, Lulus 26 RUU Termasuk Belanjawan 2025

KUALA LUMPUR, 13 Dis – Selepas 35 hari bersidang, Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen ke-15 menutup tirainya semalam, dengan 26 rang undang-undang termasuk Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2025 diluluskan. Belanjawan 2025 dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 18 Oktober lepas melibatkan peruntukan terbesar dalam sejarah negara sebanyak RM421 bilion, dibahas pada peringkat dasar dan jawatankuasa hampir tujuh […]

» Read more

Bentang Laporan RCI Batu Puteh Di Dewan Rakyat Bukti Kerajaan Telus – Azalina

KUALA LUMPUR, 12 Dis – Pembentangan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi Mengkaji Pengendalian Perkara Berkaitan dengan Kes Kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan di Dewan Rakyat membuktikan ketelusan Kerajaan Madani. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said ketika menggulung sesi perbahasan usul itu berkata, ia bagi membolehkan kerajaan mengambil cadangan […]

» Read more

Kewangan Islam Dan Hala Tuju Industri Halal di Malaysia Terus Diperkasakan

KUALA LUMPUR, 12 Dis – Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Kewangan Dan Ekonomi (JKPK), Datuk Mohd Shahar Abdullah berkata pembentangan penyata dan sesi penerangan semalam, merupakan inisiatif yang diharapkan dapat membantu memperkasakan perkembangan kewangan Islam dan hala tuju industri Halal di Malaysia, seterusnya meningkatkan daya saing negara pada peringkat antarabangsa. Menurut beliau dalam usaha untuk terus memacu hala tuju industri Halal […]

» Read more

Kerajaan Peruntuk RM463 Juta Tangani Kesesakan, Tingkat Keselamatan Jalan Raya – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 11 Dis – Kerajaan mengambil langkah proaktif dengan memperuntukkan sebanyak RM463 juta untuk menambah baik sistem pengangkutan awam dan menangani kesesakan jalan raya, selaras dengan persiapan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025 dan Tahun Melawat Malaysia 2026. Keputusan ini dibuat dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Keselamatan dan Kesesakan Jalan Raya (JKMKKJR) yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri […]

» Read more

Kerajaan Madani Serius Tangani Isu Buli Yang Kian Membarah – Azalina Othman

KUALA LUMPUR, 11 Dis – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said mencadangkan supaya Rang Undang-Undang Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) (No.2) 2024 yang bertujuan memenangi isu buli dalam talian dan luar talian secara komprehensif. Azalina yang juga Ketua Penerangan UMNO Malaysia berkata pindaan ini adalah langkah penting yang diambil oleh Kerajaan Madani untuk […]

» Read more

Menteri Luar Mohamad Adakan Lawatan Rasmi Ke Arab Saudi Bermula Selasa

PUTRAJAYA, 9 Dis – Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan akan mengadakan lawatan rasmi ke Arab Saudi dari 10 hingga 14 Dis untuk menghadiri mesyuarat pertama Majlis Penyelarasan Arab Saudi-Malaysia (SMCC). Mohamad akan mempengerusikan mesyuarat itu bersama rakan rakan sejawatnya dari Arab Saudi, Putera Faisal bin Farhan Al-Saud, menurut Kementerian Luar Negeri dalam satu kenyataan. SMCC merupakan mekanisme dua hala […]

» Read more

BN Kedah Sokong Usaha Untuk Kembali ‘Menjenamakan’ Parti

ALOR SETAR, 8 Dis – Barisan Nasional (BN) Negeri Kedah menyambut baik usaha dan amanat Pengerusi BN, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang telah menggariskan “road map” baharu bersama pakej “penjenamaan” bagi parti itu. Ketua Penerangan UMNO Kedah yang juga Jurucakap Khas BN Negeri Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin berkata, pendekatan tersebut dianggap sebagai jalan terbaik pada masa […]

» Read more
1 105 106 107 108 109 286