Pahang Taja Makan Tengah Hari Untuk Calon SPM 2024

KUANTAN, 2 Jan – Kerajaan Pahang mengambil inisiatif menaja makan tengah hari kepada calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 yang menduduki ujian bertulis kecuali yang tinggal di asrama, bermula hari ini hingga 6 Feb depan. Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata usaha berkenaan sebagai tanda sokongan kerajaan negeri kepada anak-anak Pahang yang sedang berjuang demi masa depan […]

» Read more

Kerajaan Johor Teguh Bersama Palestin, Salur Bantuan Kemanusiaan – Fared

JOHOR BAHRU, 29 Dis – Sebanyak RM2 juta disumbangkan kerajaan Johor kepada rakyat Palestin menerusi Misi Bantuan Kasih Johor-Palestin. Exco Hal Ehwal Islam negeri, Mohd Fared Mohd Khalid berkata, persediaan misi kemanusian berkenaan disusun dengan begitu rapi bagi memastikan sumbangan dapat diterima rakyat Palestin. Beliau berkata, pembungkusan dan persiapan akhir penghantaran bantuan terbabit sedang disiapkan di Easy Log Air Cargo, […]

» Read more

Melaka Bentang Belanjawan 2025 Berjumlah RM585.7 Juta

MELAKA, 27 Dis- Kerajaan negeri membentangkan Belanjawan 2025 berjumlah RM585.7 juta pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka hari ini. Ketua Menterinya Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata anggaran Perbelanjaan Mengurus adalah sebanyak RM497.7 juta manakala anggaran Perbelanjaan Pembangunan pula sebanyak RM88 juta. “Anggaran hasil kerajaan negeri pula sebanyak RM498 juta membabitkan Hasil Cukai (RM177.3 juta), Hasil Bukan Cukai (RM279.7 […]

» Read more

Mohd Shahar Akan Pastikan Setiap Isu Yang Dibangkitkan Mendapat Perhatian Serius

KUALA LUMPUR, 26 Dis – Ahli Parlimen Paya Besar merangkap Ketua UMNO bahagian Datuk Mohd Shahar Abdullah mengetengahkan pelbagai isu, aduan dan perkara berbangkit melibatkan kawasan itu dalam satu mesyuarat yang dihadirinya. “Saya akan memastikan bahawa setiap isu yang dibangkitkan mendapat perhatian serius daripada agensi dan jabatan yang berkaitan. “Mesyuarat seperti ini merupakan salah satu platform penting untuk memastikan suara […]

» Read more

Kerajaan Negeri Perak Berusaha Pastikan Hak Dan Kepentingan Masyarakat Orang Asli Terpelihara

IPOH, 23 Dis – Exco Kerajaan Negeri Perak Datuk Mohd Zolkafly Harun hari ini menyambut baik kehadiran Penghulu-Penghulu Orang Asli di pejabatnya di sini bagi membincangkan isu-isu kritikal berkaitan hal ehwal masyarakat Orang Asli. Ujar Pengerusi Jawatankuasa Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan Negeri Perak itu, pertemuan tersebut juga untuk mencari penyelesaian terbaik bagi memastikan hak […]

» Read more

Pelbagai Langkah Susulan Jayakan SEGiM, Manfaatkan Industri Gig Di Negara Ini – Sharkar

KUALA LUMPUR, 19 Dis – Pengerusi Sekretariat Kesatuan Sekerja & GiG Ekonomi UMNO Malaysia, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin berkata komitmen kerajaan dalam menjayakan penubuhan Suruhanjaya Gig Ekonomi Malaysia (SEGiM) diharap dapat membantu mereka yang terlibat dalam industri berkenaan. Menurut beliau pelbagai langkah susulan yang diambil oleh pihak kerajaan termasuklah semalam melibatkan perjumpaan bersama pihak Kementerian Digital membuktikan keseriusan bagi […]

» Read more

Malaysia Sumbang USD5 Juta Kepada Rakyat Palestin

PUTRAJAYA, 18 Dis – Malaysia hari ini menyampaikan sumbangan USD5 juta (kira-kira RM22.34 juta) kepada rakyat Palestin menerusi inisiatif kerajaan Jordan, bagi meringankan penderitaan mereka yang berdepan krisis kemanusiaan di Gaza. Sumbangan itu disampaikan Menteri Luar Mohamad Hasan kepada Duta Besar Jordan Dr Ismael Maddallah Suliman Maaytah di Wisma Putra. Mohamad berkata, sumbangan itu merupakan hasil derma rakyat Malaysia bawah […]

» Read more

Tatakelola Yang Baik Tunjang Pentadbiran Cekap Dan Berkesan – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 16 Dis – Timbalan Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi percaya tatakelola yang baik merupakan tunjang kepada pentadbiran yang cekap dan berkesan. Ujar Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu, ia bukan sahaja penting untuk memastikan kepercayaan rakyat terhadap institusi kerajaan, tetapi juga untuk meningkatkan daya saing negara di peringkat antarabangsa. “Saya percaya, melalui […]

» Read more

Sidang Kemuncak Malaysia-China 2024 Dapat Sokongan Padu Daripada Organisasi Utama – Reezal

KUALA LUMPUR, 16 Dis – Sidang Kemuncak Malaysia-China 2024 (MCS 2024), yang akan berlangsung di sini dari 17-19 Dis mendapat sokongan padu daripada penaja dan rakan strategik utama. Sokongan ini telah membantu meletakkan MCS 2024, anjuran Qube Integrated Malaysia Sdn Bhd dengan kerjasama Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE), sebagai platform utama untuk menggalak perdagangan, pelaburan dan inovasi. Pengerusi MATRADE, […]

» Read more

Dewan Rakyat Selesai Mesyuarat Ketiga, Lulus 26 RUU Termasuk Belanjawan 2025

KUALA LUMPUR, 13 Dis – Selepas 35 hari bersidang, Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen ke-15 menutup tirainya semalam, dengan 26 rang undang-undang termasuk Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2025 diluluskan. Belanjawan 2025 dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 18 Oktober lepas melibatkan peruntukan terbesar dalam sejarah negara sebanyak RM421 bilion, dibahas pada peringkat dasar dan jawatankuasa hampir tujuh […]

» Read more
1 101 102 103 104 105 283