Awie Ikrar Beri Khidmat Kepada Rakyat Tanpa Mengira Warna Politik

GUA MUSANG, 18 Ogos – Ketua Pemuda UMNO Kelantan Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani, yang memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri, berikrar untuk menjadi wakil rakyat kepada semua penduduk di kawasan itu tanpa mengira kaum dan perbezaan politik. Lebih mesra dengan panggilan ‘Awie,’ beliau berkata tanggungjawab itu pastinya akan digalas sebaik mungkin kerana telah dipilih sebagai […]

» Read more

Ada Cahaya Kemenangan Di DUN Nenggiri, Teruskan Tekad Pilih BN – Ahmad Maslan

GUA MUSANG, 16 Ogos – Esok rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri akan menunaikan tanggungjawab masing-masing pada hari mengundi.  Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan, menzahirkan keyakinan penuh bahawa calon Barisan Nasional (BN), Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani, berada di landasan kukuh untuk menawan Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Nenggiri. Menurut Timbalan Menteri Kerja Raya itu, momentum […]

» Read more

PRK Nenggiri: Pilih Awie, Janji Dicepati… Bukan ‘Dicapati’ – Puad

KUALA LUMPUR, 16 Ogos – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berharap rakyat di Nenggiri pada esok untuk memanfaatkan Pilihan Raya Kecil (PRK) dengan mengundi calon UMNO/Barisan Nasional (BN), Mohd Azmawi Fikri Abdul. Beliau percaya Mohd Azmawi yang lebih dikenali sebagai Awie seorang yang realistik dan akan menunaikan janji beliau kepada penduduk di kawasan ini. […]

» Read more

Pastikan Masa Depan Nenggiri Cerah Dengan Pilih Calon Tepat – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 16 Ogos – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan rakyat untuk memilih calon yang tepat pada Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri demi memastikan masa depan kawasan tersebut terjamin. Menerusi hantaran video di laman Facebooknya, beliau berkata UMNO/Barisan Nasional (BN) telah menawarkan calon yang komited, bersemangat dan ikhlas untuk memperjuangkan nasib […]

» Read more

Tengku Razaleigh Seru Penyatuan Melayu Di Gua Musang, Undi BN

GUA MUSANG, 16 Ogos – Pengarah Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri, Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah menyeru semua orang Melayu untuk bersatu dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi Dewan Undangan (DUN) Nenggiri. Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Gua Musang menegaskan pentingnya penyatuan orang Melayu dan memberi sokongan kepada Barisan Nasional (BN) untuk kemajuan bersama. “Kita turun padang […]

» Read more

PAU Bentuk ‘Mindset’ Akar Umbi, Gerak Kerja Bersepadu Depani Cabaran – Muhammad Adri

KUALA LUMPUR, 15 Ogos – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bukit Gantang, Muhammad Adri Adha Mohd berpandangan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2024 sebagai platform untuk membentuk mindset atau pemikiran akar umbi parti bagi memahami strategi yang akan dilaksanakan bagi memperkasa parti. Menurut beliau ia penting sebagai menetapkan hala tuju parti terutama bagi mendepani Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) akan datang. “Kita […]

» Read more

PAU 2024 Jadi Medan Lahirkan Anak Muda Berketerampilan – Muhammad

KUALA LUMPUR, 15 Ogos – Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2024 mampu menjadi medan untuk melahirkan anak-anak muda berketerampilan dalam menyuarakan pendapat demi perjuangan agama, bangsa dan tanah air (ABaTa). Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Tanjung, Muhammad Khairi berkata, beliau melihat PAU ini sebagai medium untuk para pemimpin mendekati akar umbi dan membina hubungan baik. “Saya sebagai akar umbi melihat […]

» Read more

PRK Nenggiri: Ku Li Janji Awie Akan Jadi Wakil Rakyat Terbaik

GUA MUSANG, 15 Ogos – Calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani mempunyai pengalaman luas dalam hal ehwal menjaga kebajikan penduduk, kata veteran UMNO Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah. Tengku Razaleigh yang juga Pengarah PRK DUN itu untuk BN berkata Mohd Azmawi Fikri sebelum ini telah melalui proses […]

» Read more

PAU Himpunan Orang Melayu Terbesar, Bawa Agenda Perjuangan Agama Dan Bangsa – Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR, 14 Ogos – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata Perhimpunan Agung UMNO (PAU) adalah perkumpulan orang Melayu yang terbesar dalam membawa pelbagai agenda mengangkat agama dan bangsa. Justeru kata beliau, PAU 2024 yang bakal dianjurkan bermula 21 Ogos ini perlu dimanfaatkan sebaiknya bagi meneruskan kesinambungan perjuangan kepada rakyat khususnya orang Melayu. “PAU adalah […]

» Read more

PAU2024: Raih ‘Mood’ Kemenangan PRK Nenggiri Untuk Bekal Ke Persidangan Parti – Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR, 13 Ogos – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz mengajak anggota jentera parti untuk meraih kemenangan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri sebagai ‘mood’ menjelangnya Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2024. Beliau yang juga Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri berkata sekiranya UMNO/Barisan Nasional (BN) memperoleh kemenangan dalam PRK tersebut […]

» Read more
1 297 298 299 300 301 606