Ahmad Zahid Miliki Rekod Cemerlang Dalam Kerajaan Dan Korporat – Nasrun

KUALA LUMPUR, 24 Julai – Cadangan yang dibawa oleh 13 Bahagian Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan agar Jabatan Wilayah Persekutuan yang kini terletak di bawah pentadbiran Jabatan Perdana Menteri, diletakkan secara langsung di bawah tanggungjawab Timbalan Perdana Menteri merangkap Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Ketua Penerangan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Muhammad Nasrun Nasaruddin berkata sokongan dan cadangan tersebut […]

» Read more

Malam Maal Hijrah Di Gemencheh, Program Sentuhan Rohani

KUALA LUMPUR, 23 Julai – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gemencheh, Suhaimizan Bizar meluahkan kesyukuran dengan penganjuran Sambutan Maal Hijrah DUN Gemencheh 1447H yang dilaksanakan baru-baru ini. Beliau yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Tampin berkata menambahkan lagi kemeriahan apabila sambutan yang diadakan di Dataran Mini Kampung Tengah menerima kehadiran luar biasa. “Paling saya rasa bangga suasananya meriah, tenang, penuh […]

» Read more

Terokai AI Mendepani Landskap Politik Yang Semakin Mencabar – Sollehin

KUALA LUMPUR, 23 Julai – Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda UMNO, Mohammad Sollehin Mohamad Tajie menyifatkan teknologi termasuk kecerdasan buatan (AI) perlu diterokai sebaiknya dalam mendepani landskap politik yang semakin mencabar. Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Bukit Gantang berkata ini kerana medium tersebut perlu dimanfaat sebaiknya dalam menghadapi pilihan raya akan datang. “AI ini merupakan teknologi yang saya rasa sangat […]

» Read more

Anak Muda Kinabatangan Perlu Dilibatkan Dalam Arus Ekonomi Hijau Negara

KINABATANGAN, 22 Julai – Pemuda UMNO Kinabatangan menyuarakan gesaan agar anak muda di kawasan itu diberikan perhatian serius dalam pelaksanaan agenda ekonomi hijau negara, selaras dengan Pelan Peralihan Tenaga Nasional (NETR) yang kini menjadi fokus utama kerajaan. Menurut Ketuanya, Mohd Kurniawan Naim Moktar, walaupun Kinabatangan kaya dengan sumber semula jadi dan biodiversiti, anak muda di daerah itu masih belum mendapat […]

» Read more

Anak Muda Mahu Politik Penyelesaian, Bukan Retorik Atau Perpecahan

KUALA LUMPUR, 21 Julai – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kuala Nerus, Hafiz Aziz menyifatkan anak muda ketika ini hanya mahukan pemimpin yang komited bekerja demi rakyat. Beliau berkata ini kerana mereka mahukan politik yang membawa penyelesaian dan kemajuan, bukan retorik atau perpecahan. “Hari ini majoriti pengundi di Malaysia adalah golongan muda. Mereka bukan sahaja celik teknologi, tapi juga celik […]

» Read more

Bukan Lagi Tempoh Bertahan, Gempur Lawan Politik – Razif

KUALA NERUS, 19 Julai – Ketua UMNO Bahagian Kuala Nerus, Datuk Seri Dr Ahmad Razif Abd Rahman menyeru jentera parti khususnya kelompok muda untuk menguasai media baharu. Beliau yang juga bekas Menteri Besar Terengganu berkata, ini kerana ia sebagai medium penting kepada politik masa kini terutama menjelang Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16). “Orang-orang muda yang mesra kepada media… mesra kepada […]

» Read more

Jangan Cuba Bina Naratif Politik Separuh Masak – Syarul Adam

KUALA LUMPUR, 18 Julai – Kenyataan ARMADA Johor Bahru dilihat tidak lebih daripada cubaan untuk membina naratif politik separuh masak, berasaskan manipulasi statistik dan sentimen kosong. Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Johor Bahru, Syarul Adam Rahmatullah berkata, kenyataan tersebut memperlihatkan kekeliruan kronik antara angka pertumbuhan ekonomi dengan agenda kemajuan menyeluruh. “Kami memandang serius kenyataan dikeluarkan oleh ARMADA BERSATU Johor […]

» Read more

Pesta Gay Di Kelantan: Satu Penghinaan Terhadap Serambi Mekah – Saifullah Ali

KUALA LUMPUR, 18 Julai – Anak-anak muda Kelantan kini terpalit aib disebabkan pesta gay yang menjatuhkan maruah peribadi, malah turut mencalar nama baik seluruh generasi muda negeri ini, kata Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Muhammad Saifullah Ali. Ini kerana katanya, ia menimbulkan persoalan besar terhadap keberkesanan dakwah, penguatkuasaan moral, dan ketegasan kerajaan negeri dalam menangani gejala maksiat yang makin berleluasa. […]

» Read more

Titah Adendum YDPA Mesti Dilaksanakan Tanpa Dolak-dalik Atau Alasan Politik

KUALA LUMPUR, 16 Julai – Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Mohammad Sollehin Mohamad Tajie menegaskan bahawa Titah Adendum oleh Yang di-Pertuan Agong (YDPA) mesti dilaksanakan tanpa dolak-dalik atau alasan politik. Katanya ini kerana sebarang keengganan adalah lambang penderhakaan kepada institusi Raja-Raja Melayu. “Pemuda UMNO akan terus menjadi benteng mempertahankan kedaulatan Raja, keluhuran Perlembagaan, dan prinsip negara berdaulat. “Kita tidak […]

» Read more
1 267 268 269 270 271 605