Pergilah… Tapi Jangan Hina Parti Yang Pernah Angkat Darjat Kamu

KUALA LUMPUR, 8 Ogos – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kapar Mohd Affifi Mohd Aris berkata tiada sesiapa boleh menghalang untuk mana-mana individu termasuk bekas pimpinan meninggalkan UMNO. Tetapi bidasnya, adalah tidak wajar mereka bertindak memperlekehkan atau memburukkan parti inilah yang pernah mengangkat darjat dan kedudukan mereka. “Kamu nak lompat ke. Kamu nak tinggalkan perjuangan ke. Kamu nak berhenti keahlian […]

» Read more

Jalur Gemilang Lambang Maruah Dan Kedaulatan Negara

KUALA LUMPUR, 8 Ogos – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Terengganu, Tengku Haphiz Tengku Putera menempelak tindakan dan insiden Jalur Gemilang dipasang terbalik, sambil menyifatkan tindakan undang-undang perlu dikenakan sebagai pengajaran. Beliau yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Hulu Terengganu berkata ia penting bagi membentuk warganegara supaya menghormati lambang negara. “Pemuda UMNO Terengganu berpendapat, Jalur Gemilang bukan bahan jenaka politik. “Ia […]

» Read more

Cukup-cukuplah Bermain Api Politik… Hentikan Provokasi

KUALA LUMPUR, 7 Ogos – Cukup-cukuplah bermain api politik, sekarang masanya untuk bekerja demi rakyat Sabah dan Malaysia, tegasnya Bendahari Pemuda UMNO Sabah, Datuk Seri Dr. Anil Sandhu. Ini kerana katanya, UMNO Sabah mempunyai kuasa autonomi dan pimpinan tertinggi parti di negeri ini adalah Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin. “Kami di peringkat Pemuda UMNO Sabah kekal taat […]

» Read more

Isu Jalur Gemilang: Tolak Keras Cubaan Pihak Pesong Perhatian Rakyat

KUALA LUMPUR, 7 Ogos – Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia menolak keras cubaan mana-mana pihak untuk memesongkan perhatian rakyat dengan serangan bersifat politik sempit terhadap isu Jalur Gemilang. Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Seri Fariz Hazurin Ismail berkata, bendera Malaysia bukan sekadar kain ataupun alat propaganda politik. “Kenyataan yang menuduh Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh bersikap […]

» Read more

KPM Perlu Tegas Tangani Isu Pasang Bendera Terbalik – Dr Akmal

KUALA LUMPUR, 5 Ogos – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh mendesak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk bertindak tegas dengan isu bendera Jalur Gemilang yang dipasang terbalik di sebuah sekolah. Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Jasin berkata siasatan wajar perlu dilakukan bagi mengenal pasti kecuaian tersebut. “KPM perlu mengambil perkara ini dengan serius agar ia […]

» Read more

Azmawi Pertikai Pendekatan DUN Kelantan, Soalan Pembangkang Demi Rakyat

BESUT, 4 Ogos – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nenggiri, Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani mempersoalkan pendekatan yang diambil oleh pihak Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan dalam menangani soalan yang dikemukakan oleh wakil rakyat pembangkang. Menurutnya, pendekatan semasa perlu diubah memandangkan soalan yang diajukan oleh ADUN pembangkang adalah suara rakyat yang mahu penjelasan serta ketelusan daripada kerajaan negeri. “Saya merasakan […]

» Read more

Pertumbuhan Ekonomi Sabah… Rakyat Masih Tersisih Di Sebalik Angka Maju

KOTA KINABALU, 1 Ogos – Ketua Pemuda UMNO Negeri Sabah, Sufian Abd Karim membangkitkan kebimbangan berhubung jurang ketara antara pertumbuhan ekonomi makro Sabah dengan realiti kehidupan rakyat di peringkat akar umbi. Beliau mengulas pengumuman kerajaan negeri mengenai output ekonomi Sabah yang mencecah RM84.3 bilion serta nilai perdagangan yang melepasi RM100 bilion selama tiga tahun berturut-turut, namun menegaskan bahawa pencapaian itu […]

» Read more

Dr Akmal Tegur Politik Sempit, Seru Pemimpin Amal Politik Matang Dan Beradab

KUALA LUMPUR, 29 Julai – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh berpandangan pemimpin politik perlu matang dalam melemparkan kritikan kepada pihak yang mempunyai pandangan berbeza. Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau juga mengkritik gaya politik sempit yang bersifat perpecahan dan emosi melampau kerana ia hanya akan menyebabkan rakyat muak dan hilang kepercayaan terhadap ahli […]

» Read more

Sabah Perlu Kepimpinan Berprinsip, Bukan Berselindung Di Sebalik Konsensus Palsu

KOTA KINABALU, 28 Julai – Sabah berhak kepada kepimpinan yang berprinsip, jujur, dan berani berpakat secara telus iaitu bukan yang gemar berpaling tadah dan berselindung di sebalik topeng konsensus palsu. Demikian tegas Bendahari Pergerakan Pemuda UMNO, Mohd Kurniawan Naim Moktar dalam satu kenyataan, hari ini. Menurutnya, rakyat tidak lagi boleh berdiam diri apabila keputusan-keputusan besar dibuat tanpa sebarang rundingan terbuka […]

» Read more

Kerajaan Negeri Perak Tiada Hala Tuju? Itu Zaman MB Bersatu – Sollehin

BUKIT GANTANG, 26 Julai – Ketua UMNO Bahagian Buki Gantang Mohammad Sollehin Mohamad Tajie membidas kenyataan Srikandi Bersatu Perak yang berkata kerajaan negeri sekarang ini tiada hala tuju. Tegas Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia itu, seharusnya sayap parti Bersatu itu membaca laporan kewangan negeri Perak dan melihat pelbagai pelan yang telah dilaksanakan oleh Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad. […]

» Read more
1 266 267 268 269 270 605