Jalur Gemilang Lambang Maruah Negara, Jangan Pandang Remeh – Azmawi Fikri

KUALA LUMPUR, 24 Ogos – Pergerakan Pemuda UMNO Kelantan menegaskan bahawa isu berkaitan Jalur Gemilang tidak boleh sekali-kali dipandang ringan. Ketuanya, Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani berkata, Jalur Gemilang bukan sekadar sehelai kain berwarna merah, putih, biru dan kuning sebaliknya ia adalah simbol kedaulatan negara, maruah bangsa, dan penyatuan rakyat Malaysia. “Generasi muda khususnya, perlu sedar bahawa menghormati bendera negara […]

» Read more

Klinik Gigi Diarah Tutup 30 Hari, Pengajaran Jangan Lagi Pasang Bendera Terbalik

KUALA LUMPUR, 22 Ogos – Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Johor menyambut baik langkah Majlis Perbandaran Pontian (MPPn) yang mengambil tindakan undang-undang ke atas sebuah klinik gigi di Pontian baru-baru ini yang telah memasang bendera secara terbalik. Ketuanya, Noor Azleen Ambros berkata tindakan MPPn ini wajar dijadikan suatu pengajaran penting bagi memastikan bendera Malaysia sentiasa dipasang dengan sempurna, lebih-lebih lagi ketika […]

» Read more

Bendera Terbalik: Isu Maruah Negara, Bukan Sekadar Kecuaian

SAYA memerhati dengan penuh kegusaran terhadap trend baharu dalam wacana politik negara. Setiap kali berlaku insiden Jalur Gemilang dipasang secara terbalik, bukannya lahir suara bersama mengecam tindakan biadab itu, sebaliknya muncul pula suara-suara ahli politik yang cuba mengecilkan isu ini. Lebih membimbangkan, pemimpin yang tampil mempertahankan maruah bendera negara pula dijadikan sasaran serangan, diperlakukan seolah-olah keterlaluan dalam mempertahankan simbol kedaulatan […]

» Read more

Dr Akmal Mengaku Tidak Bersalah Timbulkan Kegusaran Awam

BUKIT MERTAJAM, 22 Ogos – Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat atas pertuduhan mengeluarkan kenyataan yang didakwa mendatangkan kegusaran awam. Beliau membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Nurul Rasyidah Mohd Akit selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya. “Saya faham dan tidak mengaku bersalah. Saya mohon dibicarakan,” kata Dr Muhamad Akmal […]

» Read more

Pendakwaan Dr. Akmal: Ujian Demokrasi dan Cabaran Naratif Politik

KETUA Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh, bakal didakwa di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam hari ini atas pertuduhan mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan berhubung kenyataan di media sosial yang didakwa boleh mengganggu ketenteraman awam. Pendakwaan ini bukan sekadar satu proses undang-undang. Ia membawa bersama pelbagai implikasi terhadap landskap politik negara, kredibiliti institusi perundangan, dan hala tuju naratif perjuangan […]

» Read more

‘Benarlah Kata Orang, Perjuangan Ini Tidak Pernah Mudah’ – Nurul Amal

KUALA LUMPUR, 21 Ogos – Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO sebagai wadah perjuangan anak muda dalam membawa agenda agama, bangsa dan negara, kata Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Datuk Nurul Amal Mohd Fauzi. Katanya, kedua-dua sayap ini memainkan peranan penting bagi menyampaikan aspirasi parti sekaligus mendukung perjuangan dibawa kepimpinan terdahulu. “Pemuda dan Puteri adalah wajah orang muda dalam parti. Apa […]

» Read more

Kerajaan Johor Tolak Budaya Buli…Hentikan Buli – Aznan Tamin

KUALA LUMPUR, 21 Ogos – Kerajaan Negeri Johor menentang sekeras-kerasnya isu buli dalam kalangan masyarakat, sama ada di sekolah, tempat kerja mahupun di alam maya. Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Johor, Aznan Tamin berkata, pihaknya telah menggerakkan kempen secara serius ke seluruh negeri bagi memastikan mesej pencegahan buli dapat disampaikan kepada semua lapisan masyarakat. “Kami pimpinan Kerajaan Negeri Johor menentang […]

» Read more

Bidas MUDA: Budaya Johor Adalah Bekerja, Bukan Bermain Persepsi

KUALA LUMPUR, 20 Ogos – Budaya Johor adalah bekerja bukan sekadar bermain persepsi dan politik sempit, kata Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Johor, Ts Mohd Syes Mohamed, membidas Parti MUDA. Menerusi satu kenyataan, beliau memaklumkan bahawa Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Johor menyokong penuh usaha kerajaan negeri menubuhkan Jawatankuasa Khas Anti-Buli Negeri Johor. “Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Johor menjunjung titah […]

» Read more

Sabah Perlu Fokus Perpaduan, Bukan Medan Alih Isu Politik – Dr Anil Sandhu

KUALA LUMPUR, 20 Ogos – Sabah tidak harus dijadikan medan untuk politik alih isu lebih-lebih lagi hal yang berpunca dari luar negeri ini, kata Bendahari Pemuda UMNO Negeri Sabah, Datuk Seri Dr Anil Sandhu. Menerusi satu kenyataannya, Anil Sandhu berkata semua pemimpin ada tanggungjawab lebih besar, menjaga kestabilan politik dan mengutamakan rakyat. “Barisan Nasional (BN) khususnya Pemuda, kekal komited untuk […]

» Read more
1 264 265 266 267 268 605