Pasca-PAU 2024: Misi ‘Merdekakan’ UMNO Dari Kekalahan – Tengku Haphiz

KUALA LUMPUR, 31 Ogos – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Terengganu, Tengku Haphiz Tengku Putera beranggapan bahawa Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2024 yang melabuhkan tirainya pada Sabtu lalu membawa misi untuk ‘memerdekakan’ UMNO dari belenggu kekalahan. Ini kerana katanya, kemenangan UMNO/Barisan Nasional (BN) di Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri menjadi semangat untuk ahli dan akar […]

» Read more

Ahmad Zahid Ucap Selamat Ulang Tahun Ke-74 Kepada Wanita UMNO

KUALA LUMPUR, 27 Ogos – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengucapkan selamat menyambut ulang tahun ke-74 buat Wanita UMNO. Menerusi hantaran di Facebook, Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu berkata Wanita UMNO yang ditubuhkan pada 25 Ogos 1949 telah menjadi nadi perjuangan UMNO dalam memartabatkan agama, bangsa dan negara. “Sepanjang 74 tahun ini, kita telah menyaksikan […]

» Read more

Pembahas KULN Sebak, Tidak Akan Lupa Dukungan Berterusan UMNO

KUALA LUMPUR, 25 Ogos – Semalam Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2024 telah melabuhkan tirainya dengan acara tahunan persidangan parti Melayu terbesar ini berlangsung dengan jayanya. Pembahas Kelab UMNO Luar Negara (KULN), Azizi Abdullah tidak dapat menahan sebak ketika berucap mewakili kelab berkenaan pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2024 apabila mengenangkan harapan kedua ibu bapanya untuk melihat anak-anak mereka terus cemerlang. […]

» Read more

UMNO Berpeluang Untuk Kembali Berada Di Takhta Dominan – Mohammad Sollehin

KUALA LUMPUR, 25 Ogos – Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda UMNO, Mohammad Sollehin Mohamad Tajie berpendapat bahawa UMNO mempunyai peluang untuk kembali berada di takhta dominan. Ujarnya, UMNO ini adalah parti perjuangan dan semua pihak bertanggungjawab untuk membangunkannya semula sekiranya menerima kekalahan pada siri pilihan raya akan datang. “Ada yang menyatakan kegusaran andai Pilihan Raya Umum (PRU) yang akan datang UMNO […]

» Read more

UMNO Perlu Kesinambungan Sokongan Generasi Baharu – Azalina

KUALA LUMPUR, 25 Ogos – UMNO sebagai sebuah parti Melayu terbesar memerlukan kesinambungan melalui sokongan daripada generasi baharu, kata Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Datuk Seri Azalina Othman Said. Kata beliau, kesinambungan tersebut penting bagi memastikan kemenangan pada pilihan raya seterusnya kekal relevan dalam memenuhi cita rasa orang Melayu. “Kita harus menerima bahawa sebagai parti politik yang besar keahliannya, kesinambungan itu […]

» Read more

Parti, Agama Perkara Berbeza… UMNO Bertanggungjawab Jelaskan Kekeliruan – Wan Rosdy

KUALA LUMPUR, 25 Ogos – UMNO bertanggungjawab untuk menjelaskan kekeliruan di kalangan orang Melayu-Islam bahawa parti dan agama merupakan dua perkara yang berbeza. Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, pihak lawan terutamanya Pas/Perikatan Nasional (PN) acapkali memainkan isu 3R (agama, bangsa dan raja) untuk menyuntik kebencian rakyat terhadap UMNO. “UMNO perlu bertanggungjawab bagi menjelaskan kekeliruan di […]

» Read more

Presiden Seru Ahli UMNO Perkukuhkan Parti, Baiki Kelemahan Di Semua Peringkat

KUALA LUMPUR, 24 Ogos – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyeru ahli UMNO harus memperkukuhkan parti di semua peringkat dan bersama berusaha memperbaiki kelemahan. Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri menekankan bahawa parti harus melakukan perubahan dan menyantuni semua pengundi malah tidak ketinggalan juga mesti menguasai teknologi dalam komunikasi politik. “Perubahan dan pendekatan mesti dilakukan terutamanya dalam […]

» Read more

Solidariti Perwakilan UMNO Sabah, Matlamat Menang PRN – Bung Moktar

KUALA LUMPUR, 24 Ogos – Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin sekali lagi meluahkan harapan dan ikrar kepada akar umbi negeri ini bagi melaksanakan gerak kerja terbaik menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah kelak. Beliau berkata kemenangan tersebut penting bagi memastikan UMNO/Barisan Nasional (BN) dominan sekaligus dapat mentadbir negeri ini. “Jadi matlamat kita cuma satu BN perlu menang […]

» Read more

Cadang Naik Had Umur Puteri, Kerjasama Tarik Anak Muda Sertai UMNO – Hasyyati

KUALA LUMPUR, 24 Ogos – Exco Puteri Malaysia, Siti Nor Hasyyati Abd Rahman memohon agar had umur Pergerakan Puteri untuk dinaikkan daripada 35 tahun kepada 40 tahun. Beliau berkata ini kerana keberadaan mereka dalam parti bukan semata-mata kerana jawatan namun ingin berbakti dan memastikan kelangsungan sayap Puteri UMNO. “Apakah signifikannya rayuan kami ini wahai ayahanda-ayahanda dan bonda-bonda sekalian? Bayangkan, sebahagian […]

» Read more

Bibi Sharliza Harap Ahli UMNO Rapatkan Saf, Ambil Hikmah PRU Lalu

KUALA LUMPUR, 23 Ogos – Ketua Wanita UMNO Negeri Sembilan, Puan Sri Bibi Sharliza Mohd Khalid berharap anggota parti termasuklah para pemimpin untuk merapatkan semula saf. Beliau yang juga Ketua Wanita UMNO Bahagian Kuala Pilah berkata, kekalahan UMNO/Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 dan 15 menjadi hikmah kepada parti. “Parti ini banyak berjasa kepada semua yang berada […]

» Read more
1 106 107 108 109 110 595