Laman Berita Rasmi Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu atau UMNO
Panduan Borang Laporan Mesyuarat
Borang 9 (Peraturan 10) perlu dikemukakan oleh setiap Negeri/Bahagian/Cawangan yang telah berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) apabila selesai mengadakan mesyuarat tahunan.
Dokumen yang perlu dilampirkan bersama Borang 9 (Peraturan 10) ini ialah :
i. Borang 9 (Peraturan 10)
ii. Minit mesyuarat semasa
iii. Senarai AJK
iv. Penyata Kewangan
Laporan Borang 9 (peraturan 10) ini perlu dikemukakan kepada Ibu Pejabat dalam tempoh 60 hari daripada tarikh ianya bersidang.
Setiap borang perlu ditandatangani asal oleh pemegang jawatan utama Negeri/Bahagian/Cawangan.