PRK Ayer Kuning: Kekalkan Konsistensi Kemenangan BN Di Beberapa PRK – Mohd Sharkar

TAPAH, 16 April – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsuddin menyeru seluruh pendukung parti untuk bekerja sekerasnya bagi mengekalkan konsistensi kemenangan Barisan Nasional (BN) di Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning. Ujarnya, cabaran utama yang sedang dihadapi oleh parti ialah untuk memastikan seramai mungkin pengundi keluar mengundi dan memberi mandat […]

» Baca lanjut

Ketua Menteri Melaka Tidak Terlibat Dengan Penahanan Bekas Timbalan Yang Di-Pertua Dewan Negara

MELAKA, 16 April 2025 – Kerajaan Negeri Melaka hari ini menafikan sebarang kaitan Ketua Menterinya, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh dengan penahanan bekas Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara, Datuk Seri Dr Mohamad Ali Mohamad oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Pejabat Ketua Menteri Melaka, pentadbiran negeri menegaskan bahawa Ketua Menteri tidak mempunyai sebarang kaitan […]

» Baca lanjut

Amal Politik Matang, Tiada Masalah Dengan Calon Lawan – Dr Ustaz Yusri

TAPAH, 16 April – Calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, Dr Ustaz Mohamad Yusri Bakir memaklumkan beliau sentiasa mengamalkan konsep politik matang pada kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) ini. Beliau yang juga Setiausaha UMNO Bahagian Tapah berkata ini kerana tiada isu melibatkan dirinya dan calon Perikatan Nasional (PN) apatah lagi beberapa kali mereka bertembung ketika masing-masing […]

» Baca lanjut

Kerjasama UMNO – PH Sabah: Strategi Politik Bukan Sekadar Gimik – Suhaimi

KOTA KINABALU, 16 April – Kenyataan Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin berhubung kerjasama antara UMNO Sabah dan Pakatan Harapan (PH) menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 telah mencetuskan pelbagai reaksi, termasuk dalam kalangan ahli parti sendiri. Ketua Penerangan UMNO Sabah merangkap Ahli Parlimen Libaran, Datuk Suhaimi Nasir menjelaskan bahawa kenyataan tersebut bukan satu lawak atau gurauan […]

» Baca lanjut

Isu Poster PN: Dr Asyraf Seru Semua Pihak Budayakan Politik Matang, Sederhana

TAPAH, 16 April – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menyeru semua pihak untuk membudayakan politik matang dan sederhana terutamanya pada musim berkempen sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning. Ujarnya, tempoh kempen sepatutnya dijalankan dengan penuh berhikmah tanpa memperlekehkan, meremehkan ataupun merendahkan calon mahupun pihak lawan. “Ini bukan kali pertama, di Nenggiri […]

» Baca lanjut

Presiden China Xi Jinping Disambut Penuh Istiadat di Istana Negara

KUALA LUMPUR, 16 April – Malaysia hari ini menyambut ketibaan Presiden China Xi Jinping dalam satu Istiadat Sambutan Negara yang penuh adat istiadat di Istana Negara sempena lawatan rasmi beliau ke negara ini. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan bahawa beliau turut menghadiri istiadat tersebut bersama-sama Perdana Menteri dan para Jemaah Menteri yang lain bagi mengiringi […]

» Baca lanjut
1 66 67 68 69 70 4,459