Rakyat Pahang Jangan Terpedaya Dengan Mainan Persepsi Wakil Rakyat Pas

KUALA LUMPUR, 4 Julai – Ketua Pemuda UMNO Negeri Pahang Mohd Kamil Ibrahim menasihati rakyat negeri itu agar tidak mudah terpengaruh dengan mainan persepsi yang sering dibawa oleh Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada Pas. Menurut beliau, Pas kini dilihat hanya mencetuskan polemik politik tanpa mampu menandingi pencapaian dan kebajikan yang telah dilaksanakan oleh Barisan Nasional (BN) […]

» Read more

Jangan Politikkan Isu Ambalat, Libatkan Sabah Dalam Rundingan – Bung Moktar

KOTA KINABALU, 4 Julai – Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin menegaskan bahawa isu Ambalat tidak wajar dijadikan bahan politik berlebihan sehingga menimbulkan kekeliruan rakyat. Beliau yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan berkata tidak wajar mengheret isu sempadan maritim ini ke gelanggang sentimen politik tempatan, kerana ia hanya akan membuka ruang polemik tanpa menyumbang kepada penyelesaian sebenar. “Pendekatan diplomasi […]

» Read more

Perkemaskan Saf, Kuatkan Tekad – Nazifuddin

KUALA LUMPUR, 4 Julai – Exco Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Mohd Nazifuddin Mohd Najib meluahkan rasa terharu dengan sambutan hangat serta semangat luar biasa yang ditunjukkan oleh barisan Pemuda UMNO Terengganu. Dalam satu hantaran di Facebook, beliau menzahirkan penghargaan atas komitmen anak-anak muda UMNO bukan sahaja hadir secara fizikal, tetapi menunjukkan kesiapsiagaan untuk bangkit dan menyusun gerak kerja dengan lebih […]

» Read more

Pensijilan Halal Bukan Sahaja Keperluan Syariah, Tetapi Kelebihan Komersial

KUALA LUMPUR, 4 Julai – Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor, Datuk Mohd Jafni Md Shukor menyatakan komitmen penuh dalam menjayakan Pelan Kemajuan Halal Negeri Johor. Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Permai berkata khususnya dalam aspek pemudahcara kepada peniaga-peniaga yang beroperasi di bawah seliaan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk memperoleh pensijilan halal. “Saya percaya, pensijilan […]

» Read more

“Umpama Sebuah Syarikat, Rakan Kongsi Perlu Melihat Untung Rugi” – Veteran UMNO

KUALA LUMPUR, 4 Julai – Veteran UMNO menyambut baik keputusan Majlis Kerja Tertinggi UMNO (MKT) yang akan melaksanakan kajian separuh penggal Kerajaan Perpaduan bagi melihat prestasi pencapaian. Dalam satu kenyataan, Veteran UMNO berpandangan kajian tersebut sebagai penting kerana kedudukan parti merupakan sebahagian daripada kerajaan. “Umpama sebuah syarikat, rakan kongsi perlu melihat untung rugi syarikat yang dikongsinya bersama. “Kalau untung maka […]

» Read more

Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat Melaka Beri Impak Positif – ADUN Sg Rambai

JASIN, 4 Julai – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Rambai Siti Faizah Abdul Azis berkata Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) yang diilhamkan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh adalah satu inisiatif kerajaan negeri yang banyak memberi impak positif. Kata Siti Faizah yang juga Ketua Wanita UMNO Bahagian Jasin, program sedemikian memberi peluang kepada wakil rakyat kawasan […]

» Read more
1 60 61 62 63 64 4,599