Persidangan Tahunan UMNO Tonjol Semangat Perpaduan Cawangan – Sharif Musa

LAHAD DATU, 19 April – UMNO Bahagian Lahad Datu terus menunjukkan kekuatan dan perpaduan apabila berjaya menganjurkan Persidangan Tahunan Cawangan-Cawangan secara berkelompok yang menghimpunkan lima buah cawangan di sini. Majlis ini telah dirasmikan oleh Ketuanya, Sharif Musa Sharif Mabul, yang menyatakan rasa syukur serta penghargaan terhadap kehadiran para ahli lantaran komitmen luar biasa dalam menjayakan program tersebut. “Alhamdulillah! Semangat juang […]

» Baca lanjut

Calon BN Ayer Kuning Akan Bawa Inspirasi Baharu – Saarani

TAPAH, 19 April – Manifesto calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning akan dibentangkan selewat-lewatnya minggu depan. Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, Jawatankuasa Induk BN akan bermesyuarat esok untuk memuktamadkan manifesto berkenaan. “Manifesto peringkat negeri itu ‘state’ buat tapi ‘off course’ sebagai calon yang insya-Allah akan dipilih sebagai YB […]

» Baca lanjut

Bendera Parti Banjiri DUN Ayer Kuning, Semarak Semangat Demokrasi

TAPAH, 19 April – Kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, kini memasuki hari kelapan dengan persekitan kawasan DUN terbabit mula berubah wajah. Jalan-jalan utama, simpang strategik, dan kawasan kampung dipenuhi dengan bendera warna biru dan merah yang mewakili parti-parti yang bertanding, mencerminkan semangat demokrasi yang hangat dan meriah. Bendera dari parti Barisan Nasional (BN), Perikatan […]

» Baca lanjut

Orang Asli Di Sungai Kroh Ikrar Beri Sokongan Kepada BN – Rozabil

TAPAH, 19 April – Siri kempen sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning diteruskan pada hari ketujuh dengan pelbagai pendekatan dilakukan bagi menyampaikan aspirasi Barisan Nasional (BN). Ini termasuk menyantuni masyarakat Orang Asli yang bertempat di RKT Sungai Kroh Dalam oleh Perhubungan UMNO Negeri Perlis dan UMNO Bahagian Kuala Kangsar yang berperanan sebagai negeri dan bahagian […]

» Baca lanjut

UMNO Johor Desak Tindakan Tegas Terhadap Akhbar Hina Bendera

JOHOR BAHRU, 19 April – Bulan sabit dalam bendera Jalur Gemilang melambangkan agama Islam sebagai agama Persekutuan, dan warna kuningnya sebagai simbol kedaulatan Raja-raja Melayu, demikian tegasnya Ketua Penerangan UMNO Negeri Johor, Datuk Md Jais Sarday. Ujarnya, bendera itu sendiri melambangkan kedaulatan sesebuah negara, ia bukan sekadar untuk digantung pada tiang supaya berkibar, tetapi sebagai bukti kesetiaan kepada tanah air […]

» Baca lanjut

Wanita UMNO Terus Fokus Ziarah Kasih, Santuni Pengundi – Rosni

TAPAH, 19 April – Setiausaha Wanita UMNO Malaysia, Datuk Rosni Sohar memaklumkan beliau yakin dengan sokongan pengundi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning pada Pilihan Raya Kecil (PRK). Beliau yang juga Ahli Dewan Negara berkata ini kerana ia berdasarkan reaksi ditunjukkan pengundi ketika menerima kehadiran jentera Wanita UMNO pada ziarah yang dilakukan. “Daripada perkiraan kami bilangan yang menyokong Barisan Nasional […]

» Baca lanjut

Tidak Semua Parti Politik Mampu Bertahan Lama – Dr Salleh Said

KOTA BELUD, 19 April – Bendahari UMNO Sabah merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Usukan, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak menegaskan bahawa tidak semua parti politik mampu bertahan lama dalam landskap politik negara, terutama di Sabah yang menyaksikan pertukaran dinamik kuasa dan sokongan rakyat. Menurut beliau, parti politik seharusnya menjadi platform untuk membawa perubahan sama ada melalui pembentukan kerajaan, […]

» Baca lanjut

PRK: Undi BN, Pastikan Kesinambungan Pembangunan DUN Ayer Kuning – Dr Ustaz Yusri Bakir

TAPAH, 18 April – Pengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning diseru untuk mengundi Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) ini untuk memastikan kesinambungan pembangunan dapat diteruskan. Calon BN, Dr Ustaz Yusri Bakir berkata, pendidikan kepada anak muda juga menjadi aspek tumpuan parti mengikut dimensi terkini terutamanya bidang kemahiran melibatkan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional […]

» Baca lanjut

Kempen PRK: Utamakan Kerja Rumah Ke Rumah… Adakan Ziarah Kasih – Ahmad Maslan

TAPAH, 18 April – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan menyeru agar semua pusat daerah mengundi (PDM) mengutamakan kerja rumah ke rumah sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning. Beliau yang juga Timbalan Menteri Kerja Raya berkata, kerja rumah ke rumah tersebut boleh dijalankan melalui program Ziarah Kasih dan Ziarah Mesra. […]

» Baca lanjut
1 59 60 61 62 63 4,458