KKR Pantau Rapi Projek Pan Borneo, Pastikan Disiap Ikut Jadual

KUALA LUMPUR, 18 Ogos – Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan memaklumkan pelaksanaan projek Lebuhraya Pan Borneo (LPB) Sabah dengan anggaran jarak keseluruhan 706 kilometer dibahagikan kepada 35 Pakej Kerja. Beliau yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO berkata bagi kawasan Parlimen Sipitang, dua Pakej Kerja yang terlibat ialah Pakej Kerja 1 (WP01) iaitu Sindumin ke Melalia sejauh […]

» Read more

Pemuda BN Sabah Fokus Politik Mandiri, Sokong Pendirian Bung Moktar

KOTA KINABALU, 18 Ogos – Pemuda Barisan Nasional (BN) Sabah menegaskan komitmen untuk memperjuangkan politik mandiri di negeri ini dengan menyokong penuh pendirian Pengerusi UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin, menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17. Ketua Penerangan Pemuda BN Sabah, Effendy Salamon berkata, kenyataan Bung Moktar bahawa “sekarang kita lawan dulu” jelas mencerminkan tekad UMNO-BN untuk bertanding […]

» Read more

FRIM Laksana Kajian Perlombongan REE Secara Berfasa – Johari

KUALA LUMPUR, 18 Ogos – Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) sedang melaksanakan aktiviti perlombongan unsur nadir bumi (REE) secara bertanggungjawab di kawasan Hutan Simpan Kekal (HSK), kata Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Datuk Seri Johari Abdul Ghani. Beliau yang juga Naib Presiden UMNO berkata kajian ini bertujuan menyediakan asas saintifik dan teknikal bagi pertimbangan dasar berkaitan larangan perlombongan di […]

» Read more

Wanita UMNO Sabah Teruskan Solidariti Keadilan Untuk Adik Zara

SIPITANG, 18 Ogos – Ketua Wanita UMNO Sabah, Datuk Noraini Idris menzahirkan rasa pilu dan terus bersolidariti bersama keluarga Allahyarhamah Adik Zara Qairina agar keadilan dapat ditegakkan. Terdahulu beliau telah menziarahi pusara Allahyarhamah Adik Zara Qairina di Tanah Perkuburan Kampung Masapol, Sipitang, baru-baru ini. Noraini berkata, sebagai seorang ibu, beliau turut merasai pedihnya kehilangan itu dan memahami betapa berat ujian […]

» Read more

Bantuan Mahasiswa Anak Johor, Komitmen Kerajaan Utamakan Pendidikan – Mohd Jafni

JOHOR BAHRU, 18 Ogos – Kerajaan Negeri Johor terus memperkukuhkan komitmen dalam memastikan anak-anak Johor tidak tercicir daripada mengejar ilmu, sejajar dengan agenda ‘Maju Johor’ yang menekankan pendidikan sebagai teras utama pembangunan negeri. Malam tadi, Majlis Penyerahan Bantuan Mahasiswa Anak Johor 2025 bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Permai, Senai dan Bukit Batu telah berlangsung yang melibatkan seramai 275 mahasiswa […]

» Read more

Gerak Kerja Dipertingkat, Fokus Depani PRU16 – Mohamad

SEREMBAN, 18 Ogos – Timbalan Presiden UMNO yang juga Ketua UMNO Bahagian Rembau, Datuk Seri Mohamad Hasan menyeru akar umbi bahagian pada ketika ini memberi tumpuan kepada gerak kerja mendepani Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16). Mohamad yang juga Ahli Parlimen Rembau, berkata persiapan awal tersebut penting bagi mendekati pelbagai lapisan masyarakat di kawasan tersebut. “Pasca mesyuarat bahagian ini adalah memperkukuh […]

» Read more

Program Semarak Kasih Santai Sukan Kukuhkan Silaturahim Antara Pemimpin Dan Rakyat Beaufort

BEAUFORT, 18 Ogos – Suasana penuh ceria dan harmoni mewarnai Program Semarak Kasih Santai Sukan Pemimpin Bersama Rakyat yang berlangsung di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Kota Klias semalam. Ketua UMNO Bahagian Beaufort merangkap Pengerusi Barisan Nasional (BN) di sini, Datuk Awang Aslee Lakat, berkata program seperti ini bukan sahaja mampu mengeratkan hubungan silaturahim antara pemimpin dan rakyat, malah turut menjadi […]

» Read more

Semarak Jiwa Merdeka 3.0: Pengerang Jadi Lambang Perpaduan & Patriotisme – Azalina

PENGERANG, 18 Ogos – Menteri Undang-undang dan Reformasi Institusi merangkap Ketua Penerangan UMNO, Datuk Seri Azalina Othman Said hadir bersama ribuan warga setempat dalam Karnival Semarak Jiwa Merdeka 3.0 Parlimen Pengerang 2025 yang berlangsung penuh meriah di Dewan Bayu Damai, semalam. Dengan bertemakan Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni, acara tersebut menjadi medan penyatuan masyarakat pelbagai kaum di Pengerang dalam suasana penuh […]

» Read more

Titah Adendum Sah, Perlu Dilaksanakan Segera

SAYA menyokong kenyataan Datuk Seri Mohamad Hasan, Timbalan Presiden UMNO semalam bahawa keputusan Mahkamah Persekutuan dengan jelas menunjukkan Titah Adendum terhadap Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak bagi menjalani baki hukuman penjara di rumah itu wujud dan sewajarnya tidak perlu lagi ke Mahkamah Tinggi, hanya perlu dilaksanakan segera. Keputusan Mahkamah Persekutuan yang jelas mengesahkan kewujudan Titah Adendum berhubung perkara […]

» Read more

Penyeludupan Daging Khinzir, Status Lebuh Raya Pan Borneo, Antara Tumpuan Dewan Rakyat Hari Ini

KUALA LUMPUR, 18 Ogos – Isu penyeludupan daging khinzir, status pembinaan Lebuhraya Pan Borneo (LPB) serta trend peletakan jawatan doktor dan jururawat di fasiliti kesihatan awam antara tumpuan sidang Dewan Rakyat hari ini. Menurut Aturan Urusan Mesyuarat di portal Parlimen, Sim Tze Tzin (PH-Bayan Baru) pada sesi soal jawab lisan membangkitkan persoalan kepada Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan mengenai tindakan […]

» Read more
1 4 5 6 7 8 4,632