Persidangan UMNO … Najib Ajak Teruskan Agenda Perkasakan Parti, Bela Rakyat

KUALA LUMPUR, 14 Julai – Timbalan Ketua UMNO Sri Gading, Datuk Mohd Najib Samuri menggesa seluruh jentera parti di semua peringkat untuk mempergiat gerak kerja secara menyeluruh bagi memastikan impak lebih besar dalam mendepani cabaran politik semasa. Menurut beliau mesyuarat bahagian terbabit yang selesai minggu lalu dengan suntikan kata-kata serta pelbagai lontaran daripada para perwakilan khususnya kepimpinan tertinggi parti sudah […]

» Read more

Johor Terus Komited Perkasa Sistem Kesihatan Yang Cekap – Onn Hafiz

KUALA LUMPUR, 14 Julai – Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi memaklumkan pihaknya mengambil serius berkenaan hospital-hospital utama di Johor Bahru yang kini berdepan krisis kekurangan tenaga kerja kesihatan. Rentetan daripada itu beliau dan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan negeri Ling Tian Soon berkesempatan melakukan tinjauan ke Hospital Sultan Ismail (HSI), Johor Bahru yang merupakan hospital pakar terbesar kedua […]

» Read more

UMNO Sabah Tolak Fitnah, Teruskan Bersatu Laksana Perjuangan

KOTA KINABALU, 14 Julai – Penduduk Lamag diseru agar tidak mudah terpengaruh dengan fitnah dan dakyah luar yang cuba menafikan pembangunan yang sedang rancak dijalankan di kawasan ini. Seruan itu disuarakan oleh Pengarah Pilihan Raya UMNO Sabah, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak dalam satu majlis bersama rakyat di Kampung Nusa Jaya., Lamag yang turut dihadiri pemimpin utama UMNO Sabah. […]

» Read more

Ahmad Zahid Mula Lawatan Kerja Ke New Zealand, Perkukuh Hubungan Dua Hala

KUALA LUMPUR, 14 Julai – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini memulakan lawatan kerja beliau ke New Zealand. Beliau yang juga Presiden UMNO berkata lawatan kerja ini merupakan kesinambungan usaha strategik Malaysia dalam memperkukuh hubungan dua hala bersama New Zealand yang telah terjalin sejak 1957. “Hari ini bermula secara rasmi lawatan kerja saya selama lima […]

» Read more

Puteri UMNO Sambut Baik Pengesahan Adendum, Harap Najib Jalani Hukuman Di Rumah

KUALA LUMPUR, 14 Julai 2025 – Pergerakan Puteri UMNO Malaysia menyambut baik pengesahan berhubung kewujudan dokumen adendum yang dititahkan oleh Yang di-Pertuan Agong ke-16 seperti yang disahkan oleh Peguam Negara baru-baru ini. Dalam kenyataan medianya, Puteri UMNO menyatakan bahawa pelaksanaan titah berkenaan tidak perlu lagi dilengahkan bagi memastikan keadilan diberikan kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Menurut kenyataan […]

» Read more

UMNO Bangkit Semula, Kembali Dominan PRU Akan Datang – Noraini Ahmad

TAIPING, 14 Julai – Ketua Wanita UMNO Malaysia, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad menyeru seluruh ahli parti agar melipatgandakan semangat dan gerak kerja bagi memastikan UMNO dan Barisan Nasional (BN) kembali menjadi kuasa dominan dalam pilihan raya akan datang. Noraini yang juga Timbalan Menteri Wanita dan Keluarga Masyarakat berkata, meskipun parti telah beberapa kali melalui kejatuhan, UMNO tetap mampu bangkit […]

» Read more

UMNO Negeri Kelantan Gesa Titah Adendum Dilaksana Segera

KUALA LUMPUR, 14 Julai – UMNO Negeri Kelantan menggesa agar kerajaan melaksanakan Titah Adendum berkaitan isu bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dengan segera, kata Ketua Penerangan UMNO Negeri Kelantan, Datuk Zawawi Othman. Ini kerana katanya, kewujudan Titah Adendum tersebut telah diperakui dan disahkan oleh Jabatan Peguam Negara meskipun sebelum ini ia disifatkan sebagai ‘hearsay’. “Alhamdulillah syukur ke hadrat […]

» Read more

UMNO Main Peranan Pembinaan Negara – Mahdzir Khalid

PENGERANG, 14 Julai – Kesederhanaan perjuangan UMNO yang tidak berpaksikan kepada ekstremis membolehkan parti itu bukan sahaja kekal ke hari ini malah memainkan peranan penting dalam pembinaan negara. Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata UMNO yang lahir di Johor pada 11 Mei 1946 merupakan detik bersejarah permulaan perjuangan orang Melayu yang kini sudah melebihi 79 tahun. […]

» Read more

Pemuda UMNO Gesa Titah Adendum Dilaksana, Tolak Pertikaian

KUALA LUMPUR, 14 Julai – Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia menyifatkan pengakuan oleh Peguam Negara berhubung kewujudan Titah Adendum oleh Yang di-Pertuan Agong sebagai sesuatu yang amat mengejutkan, lebih-lebih lagi selepas pelbagai polemik dan penafian yang timbul sebelum ini. Ketuanya, Dr. Akmal Saleh berkata, Pemuda UMNO menyambut baik pengakuan tersebut dan menegaskan bahawa titah berkenaan wajar segera dilaksanakan tanpa sebarang alasan […]

» Read more

Jangan Takut, Ahli UMNO Mesti Agresif Tolak Mainan Persepsi Pihak Lawan

PENDANG, 13 Julai – Ahli parti mesti agresif mempertahankan parti daripada sebarang cemuhan pihak lawan, tegas Naib Presiden UMNO Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail. Kata Wan Rosdy yang juga Menteri Besar Pahang, ahli jangan takut melawan setiap mainan persepsi dan sentimen yang ditimbulkan oleh mereka. Menurutnya lagi, negeri Pahang pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu turut menerima tempias apabila […]

» Read more
1 3 4 5 6 7 2,729