UMNO Perlu Politik Solusi, Legasi dan Moderasi Demi Perkukuh Parti – Norliza

KUALA LUMPUR, 8 Julai – Naib Ketua Wanita UMNO Malaysia, Datuk Norliza Abdul Rahim menegaskan bahawa UMNO perlu memberi tumpuan kepada politik legasi, solusi dan moderasi sebagai pendekatan terbaik untuk mengukuhkan semula parti dan mengembalikan sokongan rakyat. Beliau berkata ini adalah selaras dengan saranan daripada Presiden UMNO yang juga Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi iaitu UMNO […]

» Read more

Pemuda UMNO Johor Teguh Bersama Presiden, Bawa Aspirasi Anak Muda Ke Dasar Negeri

JOHOR BAHRU, 8 Julai – Pemuda UMNO Johor menegaskan komitmen teguh mereka dalam mendukung kepimpinan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi dalam usaha membawa suara dan aspirasi anak muda ke pentas dasar negeri. Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda UMNO Johor, Ts Mohd Syes Mohamed berkata, fokus utama sayap pemuda parti adalah […]

» Read more

Hilang Kepercayaan Jadi Asbab 231 Ahli PPBM Sertai UMNO – Mohammad Daud

LARUT, 8 Julai – Tindakan 231 ahli PPBM menyertai UMNO menunjukkan bahawa mereka sudah hilang kepercayaan terhadap parti tersebut, kata Ketua UMNO Bahagian Larut, Datuk Mohammad Daud Mohd Yusoff. Jelasnya, ia turut menunjukkan bahawa mereka masih mempunyai kepercayaan terhadap UMNO dan mempunyai minat untuk meneruskan perjuangan bagi membela agama, bangsa serta tanah air. “Nampak sangatlah… di sini merupakan kubu Timbalan […]

» Read more

Tragedi Tenghilan: Noraini Idris Seru Tindakan Serius Tangani Isu Kesihatan Mental

TUARAN, 8 Julai – Ketua Wanita UMNO Sabah, Datuk Noraini Idris, melahirkan rasa dukacita dan kesedihan mendalam susulan insiden tragik yang meragut nyawa seorang guru wanita berusia 41 tahun di Tenghilan, baru-baru ini yang difahamkan diserang oleh abang kandungnya sendiri ekoran dipercayai mempunyai sejarah masalah kesihatan mental. Noraini dalam satu kenyataan berkata, kejadian menyayat hati itu bukan sahaja mengejutkan masyarakat, […]

» Read more

UMNO Perlu Perkukuh Politik Bandar Demi Tawan Hati Pengundi – Abdul Razak

KUALA LUMPUR, 8 Julai – Ketua UMNO Bahagian Kepong, Tpr Abdul Razak Abdul Rahman menegaskan bahawa UMNO mesti berani memperkukuhkan peranan dalam politik bandar  jika benar-benar ingin menawan semula hati rakyat menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang. Menurut beliau, kegagalan UMNO menembusi kawasan bandar akan mengakibatkan parti terus kehilangan peluang penting untuk mempengaruhi kelompok pengundi perantau iaitu mereka yang […]

» Read more

Cukai & Rakyat Malaysia… Satu Realiti

BEBERAPA hari selepas pelaksanaan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) ke atas sektor-sektor baharu bermula 1 julai 2025, ramai rakyat mula meluahkan rasa kecewa dan tidak puas hati. Walaupun pengumuman telah dibuat lebih awal, namun pelaksanaannya tetap menimbulkan keresahan. Ramai yang tertanya-tanya mengapa dalam keadaan ekonomi yang masih perlahan, kos sara hidup yang makin menghimpit, kerajaan memilih untuk mengenakan cukai tambahan […]

» Read more

Ahmad Zahid Ucap Takziah Kepada Keluarga Enam Beranak Maut Di Sungai Korok

KUALA LUMPUR, 8 Julai – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengucapkan takziah kepada keluarga enam beranak yang ditemukan maut di dalam sebuah kereta yang tenggelam dalam Sungai Korok di Jitra, Kedah hari ini. Ahmad Zahid berkata kejadian itu memberi kesan mendalam kepada seluruh rakyat Malaysia, lebih-lebih lagi apabila melibatkan seisi keluarga termasuk anak-anak kecil. “Pilu hati […]

» Read more

Prinsip Kebersamaan, Kesatuan Jadi Teras Perjuangan UMNO – Zambry

LUMUT, 7 Julai – Ketua UMNO Bahagian Lumut merangkap Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir menegaskan bahawa prinsip kebersamaan dan kesatuan pemimpin serta akar umbi menjadi teras kepada perjuangan parti. Ketika ditemui UMNO Online, beliau turut menekankan bahawa betapa peri pentingnya menjaga hubungan kerjasama yang telah dibina seperti di Negeri Perak dan peringkat Persekutuan. […]

» Read more

Isu Air Sabah Bukan Lagi Soal Pembangunan, Tetapi Soal Kemanusiaan

SANDAKAN, 7 Julai – “Ini bukan hanya soal pembangunan, tetapi juga soal kemanusiaan serta harga diri sebuah bandar yang sedang membangun,” tegas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Manila, Datuk Mokran Ingkat, susulan gangguan bekalan air bersih yang kembali menghimpit kehidupan penduduk di Taman Permata, Batu 8, Sandakan sejak lebih seminggu lalu. Beliau menyifatkan situasi ini sebagai satu isu yang […]

» Read more
1 43 44 45 46 47 4,589