Hubungan Malaysia-Rusia Diperkukuh Melalui Kerjasama Kemanusiaan Dan Bencana

KUALA LUMPUR, 20 Jun – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan bahawa hubungan antara Malaysia dan Rusia terus diperkukuh melalui kerjasama strategik dalam bidang pengurusan bencana dan bantuan kemanusiaan. Beliau berkata demikian selepas menghadiri majlis makan malam rasmi bersama delegasi Kementerian Hal Ehwal Kecemasan Rusia (EMERCOM) yang diketuai oleh Kolonel Jeneral Alexander Kurenkov, semalam. “Pertemuan ini […]

» Read more

Pemuda UMNO Dan BN Bersolidariti Bersama MCA Pertahan Kebebasan Bersuara

KUALA LUMPUR, 19 Jun – Pemuda UMNO dan Barisan Nasional (BN) menyatakan sokongan padu terhadap Pemuda MCA dalam mempertahankan hak kebebasan bersuara, susulan siasatan pihak polis terhadap Ketua Pemuda MCA Pahang, Wong Siew Mun. Dalam satu kenyataan, Setiausaha Pemuda UMNO Malaysia merangkap Pemuda BN, Hafiz Ariffin, menegaskan bahawa tindakan pihak berkuasa memanggil Wong untuk memberi keterangan berhubung video beliau menyuarakan […]

» Read more

UMNO Sabah Tolak Sentimen Kenegerian – Jamal Nerubi

PAPAR, 19 Jun 2025 – Ketua UMNO Bahagian Papar, Datuk Jamal Nerubi menegaskan bahawa UMNO merupakan sebuah parti kebangsaan yang dipimpin oleh anak jati Sabah di negeri itu, sekali gus menolak tanggapan bahawa parti itu didominasi oleh pemimpin dari Semenanjung. Beliau berkata, semua Ketua UMNO Bahagian di Sabah adalah rakyat tempatan, dan perkara itu membuktikan bahawa UMNO Sabah dikendalikan oleh […]

» Read more

Koperasi Tentera Umum Dividen 7.1 Peratus

KUALA LUMPUR, 19 Jun – Koperasi Angkatan Tentera Malaysia Berhad (Koperasi Tentera) hari ini mengumumkan agihan dividen 7.1 peratus kepada 155,678 anggotanya membabitkan pembayaran berjumlah RM125.3 juta, susulan prestasi cemerlang yang dicapai pada tahun kewangan lepas. Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, pencapaian itu, membuktikan keupayaan Koperasi Tentera sebagai antara koperasi paling kukuh di negara ini, berlandaskan sokongan […]

» Read more

SST Terhadap Barangan Import Termasuk Buah-buahan Mungkin Disemak Semula

BANGI, 19 Jun – Kerajaan akan meneliti semula pelaksanaan semakan dan peluasan skop Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) ke atas beberapa barangan import terpilih termasuk buah-buahan seperti epal dan limau Mandarin, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Beliau berkata buah-buahan tersebut tidak dihasilkan secara domestik, sebaliknya diimport sepenuhnya dari negara luar, justeru wajar dipertimbangkan semula sebelum […]

» Read more

Dr Akmal Mohon Kembalikan GEG Demi Generasi Akan Datang

KUALA LUMPUR, 19 Jun – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh berharap kerajaan dapat mengembalikan semula cadangan usul berkaitan Generasi Penamat Rokok (GEG) di Dewan Rakyat. Menurut beliau ini kerana penjualan cecair vape secara terbuka adalah kesan daripada kerajaan yang mengeluarkan vape daripada Akta Racun. “Sebab itu dari dahulu kita konsisten untuk bawa GEG (generational end […]

» Read more

Melaka Komited Kukuh Kedudukan Sebagai Hab Utama Perindustrian

KUALA LUMPUR, 19 Jun – Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh menyatakan komitmen untuk mengukuhkan kedudukan negeri itu sebagai hab utama perindustrian termasuk dalam bidang automotif dan semikonduktor. Menurut beliau ia dilaksanakan dengan gabungan kepakaran Possehl Electronics dan komitmen Melaka terhadap kelestarian, dengan berusaha memanfaatkan kepakaran Possehl untuk merangsang inovasi dan pertumbuhan jangka panjang. “Bagi merealisasikan visi ini, […]

» Read more

Malaysia, Rusia Dijangka Tandatangan Kerjasama Pengurusan Bencana

PUTRAJAYA, 19 Jun – Malaysia dan Rusia dijangka menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) mengenai kerjasama dalam pengurusan bencana pada tahun tahun ini. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata MoU itu akan berfungsi sebagai rangka kerja praktikal untuk latihan bersama, pertukaran pengetahuan dan respons kecemasan yang diselaraskan. “Sebagai Pengerusi ASEAN tahun ini, Malaysia kekal komited kepada kepimpinan serantau […]

» Read more

ADUN Lenggeng Terima Aduan Rakyat, Buka Ruang Dengar Dan Bertindak

KUALA LUMPUR, 19 Jun – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lenggeng, Datuk Mohd Asna Amin berbesar hati menerima kehadiran rakyat di pusat khidmatnya pada semalam. Beliau yang juga Naib Ketua UMNO Bahagian Seremban berkata ia bagi memastikan permasalahan di kawasan dikendalikan sebaiknya melalui aduan diberi rakyat. Dilaksanakan sejak awal pagi, ia memfokuskan kepada Panchor Jaya bagi mendapatkan aduan terperinci dan […]

» Read more

GST Lebih Telus, Kurangkan Risiko Ketirisan Dan Aktiviti Ekonomi Bayangan – UMNO Kedah

ALOR SETAR, 19 Jun – Ketua Penerangan UMNO Negeri Kedah Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin berpandangan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) bukan sahaja meningkatkan kecekapan kutipan hasil negara, malah turut mengurangkan risiko ketirisan dan aktiviti ekonomi bayangan. Jurucakap UMNO Negeri Kedah itu berpandangan mekanisme GST adalah jauh lebih menyeluruh, telus dan mampan berbanding sistem Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang […]

» Read more
1 37 38 39 40 41 2,734