ASEAN Pertimbang Naik Taraf Turkiye Kepada Rakan Dialog Penuh – Mohamad

KUALA LUMPUR, 11 Julai – ASEAN sedang mempertimbangkan untuk menaik taraf hubungan dengan Turkiye daripada rakan dialog sektoral kepada rakan dialog penuh dalam masa terdekat, kata Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan. Beliau berkata sebagai rakan dialog sektoral Turkiye telah memainkan peranan yang baik dalam pelbagai bidang termasuk teknologi, keselamatan, pertahanan, pertanian serta menawarkan biasiswa kepada pelajar dari negara-negara ASEAN. […]

» Read more

Pemerkasaan TVET Pertanian Di Segamat Beri Manfaat Masyarakat Setempat – Zahari

KUALA LUMPUR, 11 Julai – Ketua UMNO Segamat Datuk Zahari Sarip berkata usul pendidikan yang dibawa serta diluluskan oleh UMNO bahagian berkenaan dalam persidangannya berkaitan TVET pertanian akan memberi limpahan manfaat yang cukup besar kepada masyarakat setempat. Menurut beliau dengan kelebihan bentuk muka bumi dan kekuatan infrastruktur pendidikan ianya sudah pasti akan memudahkan lagi usaha kerajaan bagi menjayakan TVET pertanian […]

» Read more

UMNO Rakam Takziah, Bapa Dr Akmal Meninggal Dunia

KUALA LUMPUR, 11 Julai – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersama kepimpinan serta ahli-ahli UMNO mengucapkan takziah kepada keluarga Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Dr Mohd Akmal Saleh atas pemergian ayahandanya pagi ini. Terdahulu Dr Akmal menerusi hantaran dalam laman Facebooknya memaklumnya, bapanya iaitu Cikgu Saleh Lempah telah kembali ke rahmatullah pada jam 910 pagi ini. “Insya-Allah jenazah […]

» Read more

UMNO Syukur Titah Addendum Disahkan, Rayu Pelaksanaan Penahanan Rumah Najib

KUALA LUMPUR, 11 Julai – UMNO merafak setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT atas pengesahan kewujudan Titah Addendum oleh Peguam Negara semalam, yang memperakui arahan bagi pelaksanaan penahanan di rumah terhadap bekas Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak. Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, perkembangan tersebut mengesahkan kewujudan titah berkaitan tahanan rumah […]

» Read more

Ahmad Zahid Ucap Takziah Atas Pemergian Ketua Wanita UMNO Kuala Langat

KUALA LUMPUR, 11 Julai – Timbalan Perdana Menteri merangkap Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarhamah Rozana Kamarulzaman, Ketua Wanita UMNO Bahagian Kuala Langat yang telah menghembuskan nafas terakhir sekitar jam 1.47 pagi tadi. Menurut beliau, pemergian Allahyarhamah yang lebih dikenali sebagai Ojane merupakan satu kehilangan besar bukan sahaja kepada ahli keluarga dan […]

» Read more

ASEAN Perkukuh Kesiapsiagaan Hadapi Masa Depan – Mohamad Hasan

KUALA LUMPUR, 11 Julai – ASEAN sedang bersedia menghadapi masa depan yang mencerminkan komitmen blok serantau itu terhadap keterangkuman yang lebih luas dan berdaya tahan, khususnya menerusi Visi Komuniti ASEAN 2045. Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, meskipun dalam ketidaktentuan iklim global, ASEAN tidak boleh berhenti berusaha dalam bersedia demi masa depan. “Bersama-sama kita membayangkan masa depan ASEAN pada […]

» Read more

Institusi Bawah MARA Dicadang Bangunkan Modul Khas Pak Lah

KUALA LUMPUR, 11 Julai – Majlis Amanah Rakyat (MARA) dicadang supaya membangunkan modul khas “Kepimpinan Pak Lah” sebagai pendekatan strategik memperkukuh agenda Melayu dan bumiputera berteraskan nilai ilmu, akhlak serta integriti yang diperjuangkan oleh Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata modul tersebut boleh diterapkan di institusi MARA seperti Maktab Rendah Sains […]

» Read more

Bangkitnya UMNO Terletak Pada Tindakan, Bukan Kata-Kata – Sollehin

BUKIT GANTANG, 10 Julai – Ketua UMNO Bahagian Bukit Gantang, Mohammad Sollehin Mohamad Tajie menegaskan bahawa UMNO kini berada dalam keadaan bersiap siaga dan tidak gentar untuk menghadapi sebarang kemungkinan, termasuk perlu bertanding di semua kerusi pada pilihan raya akan datang. Menurut beliau, kekuatan UMNO tidak harus bergantung kepada mana-mana pihak luar sebaliknya perlu dibina dari dalam parti itu sendiri. […]

» Read more
1 35 36 37 38 39 4,587