UMNO Cawangan Tiang Seri Perjuangan Parti, Kekal Teguh – Aminuddin

JITRA, 13 Julai – Akar umbi yang diterajui Ketua-ketua UMNO Cawangan adalah tiang seri kepada perjuangan parti dan kekal teguh setia sehingga kini, ujar Ketua UMNO Bahagian Kubang Pasu Datuk Aminuddin Omar. Katanya, walau dalam apa jua keadaan sama ada ketika senang atau susah, mereka tetap setia mempertahankan parti tanpa sedikit pun mengalah bahkan terus menggerakkan Cawangan dengan penuh tanggungjawab. […]

» Read more

UMNO Belajar Dari Kesilapan, Jangan Biar Sejarah Berulang – Megat Zulkarnain

SELAYANG, 13 Julai – Pengerusi UMNO Negeri Selangor, Datuk Megat Zulkarnain Omardin menegaskan bahawa kekalahan UMNO pada Pilihan Raya Umum (PRU) yang lalu bukan sahaja berpunca daripada penolakan rakyat, tetapi lebih mendukacitakan apabila terdapat pengkhianatan dalam kalangan ahli parti sendiri. Menurut beliau, tindakan segelintir ahli yang sanggup menikam parti dari dalam telah menjadi punca utama kepada keruntuhan keyakinan rakyat terhadap […]

» Read more

‘Tok Ajak’ Sifatkan Bersidang Bukan Sekadar Mesyuarat … Perkukuh Perjuangan

KOTA MELAKA, 13 Julai – Ketua UMNO Kota Melaka, Datuk Abdul Razak Abdul Rahman berkata kehadiran perwakilan pada mesyuarat UMNO bahagian berkenaan bukan sekadar untuk bermesyuarat, tetapi lebih jauh daripada  itu untuk memperkukuh tekad dan semangat perjuangan. Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telok Mas seterusnya berkata Ini bukan perkara kecil malah  merupakan satu bentuk pengorbanan masa, tenaga, […]

» Read more

UMNO Tidak Akan Tinggalkan Rakan Komponen BN – Ahmad Zahid

SUNGAI BULOH, 13 Julai – Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menegaskan, UMNO akan terus setia bersama rakan komponennya dalam Barisan Nasional (BN) iaitu MCA, MIC dan Friends of BN dalam apa jua keadaan. Sehubungan itu, Ahmad Zahid yang juga Pengerusi BN menyeru agar parti komponen tidak mengambil langkah terburu-buru termasuk mengugut untuk meninggalkan gabungan ketika berdepan cabaran politik […]

» Read more

UMNO Kelantan Perlu Buang Pemikiran Kalah Walaupun Lama Jadi Pembangkang – Zambry

KOTA BHARU, 13 Julai – Ahli UMNO di Kelantan perlu membuang pemikiran kalah dan kekal setia kepada perjuangan parti meskipun sudah lama berada di kerusi pembangkang, kata Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Zambry Abdul Kadir. Beliau berkata, tindakan sesetengah pihak yang mudah berputus asa dan melompat parti selepas kekalahan adalah satu kesilapan besar yang menjejaskan kekuatan parti. “Ada […]

» Read more

Depani Realiti Politik Baharu, Perkukuh UMNO Untuk Kembali Dominan – Ahmad Zahid

SELAYANG, 12 Julai – Timbalan Perdana Menteri merangkap Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan bahawa UMNO perlu berani mendepani realiti politik baharu dengan memperkukuh perpaduan dalaman dan menjalin kerjasama erat bersama rakan komponen bagi memastikan kembali dominan dalam Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) akan datang. Beliau berkata demikian ketika menyempurnakan Perasmian Mesyuarat UMNO Bahagian Selayang yang diadakan […]

» Read more
1 30 31 32 33 34 4,586