Pertahankan Parti Keramat Orang Melayu

ALOR SETAR 28 JUN — Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mahdzir Khalid menyampaikan amanat kepada ahli UMNO untuk terus mempertahankan parti keramat orang Melayu ini ketika hadir merasmikan Persidangan Perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Pokok Sena di Bangunan Tunku di sini petang ini. Turut bersama Ketua UMNO Bahagian Pokok Sena Datuk Said Ali Said Rastan. Foto – MediaUMNO

» Read more

Tanda Penghargaan

RAUB 24 JUN—Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki menerima cenderahati dari Ketua Pemuda UMNO Bahagian Raub Fadzli Mohd Kamal sebaik selesai merasmikan Persidangan Tahunan  Berkelompok Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Raub di Dewan UMNO Bahagian Raub petang ini.-MediaUMNO

» Read more

“Tinggalkanlah Perjuangan Kalau Semata-mata Kerana Individu” – Najib

KUALA LUMPUR, 20 Jun – Bekas Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak dalam hantaran di Facebooknya dengan tegas memberi beberapa pesanan dan peringatan kepada ahli-ahli parti. “Tinggalkanlah perjuangan kalau semata-mata kerana individu. Lupakanlah persengketaan sesama kita. “Hapuskanlah keangkuhan yang hanya akan membawa padah. Hentikanlah perbalahan yang tidak membawa manfaatnya. “Itulah tanggungjawab kita sebagai ahli UMNO,” pesannya lagi […]

» Read more

Mesyuarat Perwakilan Bahagian : Lima Asas Jadi Agenda Pengukuhan Parti – Armand

SUBANG, 18 Jun – Lima asas menjadi agenda pengukuhan parti di peringkat akar umbi, ujar Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Armand Azha Abu Hanifah. Ujar Ketua UMNO Subang itu, perkara tersebut adalah berkaitan dengan perjuangan, penyatuan, pengukuhan, pelaksanaan dan perpaduan. “Lima perkara ini akan terus menjadi agenda utama pengukuhan parti khususnya UMNO Bahagian Subang bagi mengerakkan jentera ke arah Pilihan […]

» Read more

Persidangan Bahagian: Landasan Terbaik Hidupkan Roh Perjuangan Menuju PRU-15, Annuar

  KUALA LUMPUR, 17 Jun – Setiausaha Agung UMNO Tan Sri Annuar Musa berkata, persidangan mesyuarat UMNO bahagian-bahagian dan sayap-sayap yang telah bermula ini merupakan landasan terbaik untuk menghidupkan roh perjuangan dalam menuju ke Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15). Jelas beliau, semua bahagian yang bakal bersidang harus mengambil kesempatan ini untuk mengukuh dan merapatkan saf perjuangan selain mendengar amanat yang […]

» Read more

Menerima Kunjungan Delegasi CPC

  KUALA LUMPUR 13 Jun–Timbalan Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Mohamad Hasan menerima kunjungan hormat daripada delegasi Parti Komunis China yang diketuai oleh Ahli Biro Politik Jawatankuasa Pusat CPC Mr Li Xi di sini hari ini. Turut hadir Setiausaha Agung Barisan Nasional Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Timbalan Presiden MIC Datuk Seri M Saravanan, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri […]

» Read more

Bersama Delegasi CPC China

KUALA LUMPUR, 13 JUN — Timbalan Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Mohamad Hasan bergambar bersama dengan Ahli Biro Politik Jawatankuasa Pusat CPC HE. Mr Li Xi dan para delegasi ketika pertemuan di Pejabat beliau di Menara Dato’ Onn petang tadi. Turut hadir Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mahdzir Khalid, Ketua Wanita Barisan Nasional Datuk Dr Noraini Ahmad, Setiausaha Agung Barisan […]

» Read more

Kontroversi Dan Misteri SPRM

PERDANA Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memilih tarikh yang luar biasa untuk membuat pengumuman penting bagi satu jawatan yang penuh rahsia. Sehari sebelum sambutan hari raya Aidilfitri, kerajaan mengumumkan Latheefa Koya sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baharu. Pelantikan ini sangat luar biasa kerana Latheefa bukan penjawat awam seperti mana ketua-ketua SPRM sebelum ini. Walaupun terdapat ketua […]

» Read more

Tahun Melawat Johor 2020: Persediaan Kerajaan Negeri Hambar?

JOHOR BAHRU, 3 Jun – Bekas Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mempersoalkan keseriusan kerajaan negeri dalam mempromosikan negeri ini sempena Tahun Melawat Johor 2020 yang akan bermula dalam tempoh enam bulan. Ini kerana, menurut beliau yang juga Naib Presiden UMNO, sehingga kini belum ada sebarang pengumuman besar atau iklan awal yang menarik mempromosikan negeri ini kepada pelancong dibuat […]

» Read more
1 306 307 308 309 310 317