Wanita UMNO Selangor Mohon Isu Kuota 30 Peratus Diambil Perhatian

KUALA LUMPUR, 12 Jun – Wanita UMNO Negeri Selangor memohon agar isu perjuangan mengenai kuota 30 peratus calon wanita untuk Pilihan Raya Umum (PRU) ke-16 diambil perhatian dan dilaksanakan oleh pucuk pimpinan parti. Ketuanya, Datuk Halimaton Sa’adiah Bohan memaklumkan bahawa pelbagai program telah dilaksanakan Wanita UMNO Negeri Selangor sepanjang tahun 2023 sehingga 2025 untuk memperkukuhkan hubungan bersama masyarakat demi kekuatan […]

» Read more

UMNO Rakam Takziah, Ketua Wanita UMNO Sungai Besar Meninggal Dunia

KUALA LUMPUR, 10 Jun – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersama kepimpinan serta ahli-ahli UMNO mengucapkan takziah kepada keluarga Ketua Wanita UMNO Sungai Besar, Datuk Zubidah Maskor yang telah kembali ke rahmatullah hari ini. Ujar Ahmad Zahid menerusi hanataran di laman Facebooknya, pemergian Allahyarhamah merupakan satu kehilangan besar buat seluruh keluarga besar UMNO yang amat mengenali beliau […]

» Read more

Nahas Bas: Naib Ketua Wanita UMNO Ucap Takziah, PTPTN Sedia Bantu Keluarga Mangsa

KUALA LUMPUR, 9 Jun – Naib Ketua Wanita UMNO merangkap Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Datuk Seri Norliza Abdul Rahim menzahirkan rasa dukacita dan merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa tragedi nahas bas yang meragut nyawa 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) awal pagi tadi. Dalam kenyataan menerusi media sosialnya, Norliza menyifatkan insiden itu sebagai satu tragedi […]

» Read more

Ketua Wanita UMNO Sabah Gesa Kerajaan Negeri Selesaikan Isu Secara Menyeluruh

KOTA KINABALU, 5 Jun – Ketua Wanita UMNO Sabah, Datuk Noraini Idris menyeru Kerajaan Negeri Sabah agar segera tampil menyelesaikan isu kekurangan tempat letak kereta di hospital-hospital utama negeri ini secara menyeluruh, khususnya di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah (HWKKS), Likas. Menurut beliau, masalah ketiadaan parkir yang mencukupi bukan lagi isu baharu dan telah berlarutan terlalu lama sehingga menjejaskan kesejahteraan […]

» Read more

Wanita UMNO Tolak Politik Tidak Sihat – Noraini

KUALA LUMPUR, 1 Jun – Wanita UMNO Malaysia hari ini menegaskan mereka menolak  budaya politik tidak sihat demi kepentingan serta kestabilan negara. Ketuanya, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata  tindakan Senator Datuk Seri Utama Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz yang mengumumkan peletakan jawatan sebagai ahli UMNO untuk menyertai parti lain bertentangan dengan semangat politik stabil yang  diperjuangkan kerajaan hari ini. […]

» Read more

Wanita UMNO Sabah Terus Perkasa Sentuhan Kasih, Dekati Rakyat

KOTA KINABALU, 29 Mei – Wanita UMNO Sabah terus mengorak langkah mendekati masyarakat akar umbi menerusi pelbagai inisiatif kebajikan dan kemasyarakatan, selari dengan pendekatan “turun padang” yang menjadi teras perjuangan parti. Ketua Wanita UMNO Sabah, Datuk Noraini Idris berkata, menerusi program Sentuhan Kasih dan Ziarah Kasih, jentera Wanita telah turun padang menyantuni rakyat di pelbagai pelusuk negeri, bukan sekadar menyampaikan […]

» Read more

Wanita UMNO Sepanggar Sokong Yakub Kekal Wakili BN Di DUN Karambunai

SEPANGGAR, 20 Mei – Wanita UMNO Bahagian Sepanggar menyatakan sokongan penuh dan tidak berbelah-bahagi kepada Ketua UMNO Bahagian Datuk Yakub Khan sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.16 Karambunai dalam Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN-17) Sabah akan datang. Dalam satu kenyataan, Wanita UMNO Bahagian Sepangar berkata Yakub yang kini Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Karambunai dikenali […]

» Read more

Wanita UMNO Nadi Perjuangan, Tekad Pastikan Kemenangan Parti – Rahmah

SEPANGGAR, 18 Mei – Wanita UMNO yang terkenal sebagai nadi parti dan tulang belakang perjuangan akan mengerakkan sepenuhnya jenteranya dengan strategi tersusun serta kekuatan akar umbi yang padu dan iltizam tanpa kompromi. Menurut Ketua Wanita UMNO Bahagian Sepanggar Rahmah Rashid, dengan tekad yang bulat, seluruh jenteranya berikrar sebagai penggerak utama dalam misi memastikan kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya […]

» Read more

Wanita UMNO Sokong Penyelarasan Kemasukan SBP Dan MRSM Mulai 2026

KUALA LUMPUR, 23 April – Wanita UMNO Malaysia menyambut baik keputusan Kerajaan untuk menyelaraskan sistem kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) yang akan berkuat kuasa mulai Januari 2026. Ketuanya, Datuk Dr. Noraini Ahmad, dalam satu kenyataan berkata langkah yang diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, merupakan tindakan proaktif dalam memastikan […]

» Read more

Perang Saraf Terdesak Tidak Gugat Semangat Jentera Wanita UMNO

KUALA LUMPUR, 22 April – Wanita UMNO Malaysia mengambil maklum tindakan seorang bekas pemimpin Wanita UMNO negeri yang mengumumkan penyertaan ke dalam parti Pas ketika kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning sedang giat dijalankan. “Wanita UMNO berpandangan bahawa tindakan ini merupakan sebahagian daripada strategi perang saraf terdesak oleh pihak lawan, yang semakin buntu mencari sokongan […]

» Read more
1 2 3 4 5 409