Undang-undang Pembiayaan Politik Komprehensif Perlu Segera – Azalina

KUALA LUMPUR, 14 Jan – Malaysia perlu segera melaksanakan undang-undang pembiayaan politik yang komprehensif bagi mengurangkan risiko rasuah dan meningkatkan ketelusan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said. Bercakap pada Persidangan Pembiayaan Politik Antarabangsa pada Selasa, Azalina menekankan bahawa ketiadaan undang-undang khusus yang mengatur pembiayaan politik di Malaysia mewujudkan jurang yang signifikan […]

» Read more

Politik Khidmat Bakti Johan Berterusan Untuk Rakyat Dusun Tua

KUALA LUMPUR, 14 Jan – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dusun Tua, Datuk Johan Abd Aziz terus menyantuni penduduk di kawasan melalui program-program berbentuk kemasyarakatan serta ziarah kasih yang dilakukan. Sinonim dengan rutin menyantuni penduduk setempat di kawasannya, terbaharu beliau menziarahi Siti Edah Ibrahim atas pemergian suami tercinta Johan yang juga Ketua UMNO Bahagian Hulu Langat dalam kunjungan tersebut meluahkan […]

» Read more

Isu KK Mart: Pemuda UMNO Desak Tindakan Tegas Diambil

KUALA LUMPUR, 14 Jan – Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia mendesak kerajaan dan agensi berwajib mengambil tindakan tegas terhadap Pasaraya KK Mart. Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Fikhran Hamsi Mohamad Fatmi menegaskan bahawa penjelasan perlu diberikan terhadap proses pemeriksaan dan pengesahan halal yang dilanggar oleh pihak Pasaraya KK Mart. “Tindakan keras harus dikenakan untuk memastikan insiden seperti ini tidak berulang lagi. Perkara […]

» Read more

UMNO/BN Perlu Kekal Relevan, Jadi Tunjang Utama Harapan Rakyat

MERBOK, 14 Jan – Matlamat dan fokus yang diberikan oleh Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi cukup jelas mahukan UMNO/BN terus kekal relevan supaya menjadi tunjang dan kembali dominan dalam kerajaan, tegas Ketua UMNO Bahagian Sik, Datuk Muhamad Khizri Abu Kassim. Menurut beliau, UMNO/BN harus memainkan peranan utama dalam Kerajaan Perpaduan selepas melalui pilihan raya lalu. […]

» Read more

Guna Logo Halal Tidak Sah, Dr Akmal Gesa Tindakan Berat Dikenakan

KUALA LUMPUR, 14 Jan – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh menggesa agar tindakan berat dikenakan ke atas syarikat bertanggungjawab kerana menjual sandwich yang menggunakan logo halal tidak sah. Menerusi hantaran video yang dimuatnaik di laman Facebooknya, beliau mengucapkan terima kasih kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) kerana membuat pengesahan dengan tuntas mengenai isu tersebut. “Saya […]

» Read more

UMNO Ranau Prihatin, Santuni Mangsa Bencana Banjir Dan Tanah Runtuh

RANAU, 14 Jan – UMNO Bahagian Ranau terus komited meneruskan khidmat bakti yang telah sebati dengan perjuangan parti, tampil menyantuni mangsa bencana banjir dan tanah runtuh di kawasan ini. Ketua UMNO Bahagiannya, Datuk Junaidi Sahat, bersama-sama Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) bagi Kampung Lipoi, Kampung Libang, Kampung Bahab/Tudangan, dan Kampung Marakau telah mengadakan lawatan ke kawasan-kawasan yang terjejas. […]

» Read more

KK Mart Tidak Sensitif Isu Halal … Perlu Langkah Dan Tindakan Segera – Puteri UMNO

KUALA LUMPUR, 14 Jan – Memang benar, bagi umat Islam, makanan yang dimakan sangat penting kerana ia akan menjadi darah daging kita, dan sebarang kecuaian atau ketidaksesuaian dalam hal ini boleh memberi kesan serius terhadap pengamalan agama, Kata Pengerusi Biro Agama Puteri UMNO, Firza Syafiqa Mohd Puzi. Justeru katanya sejajar dengan isu yang tular mengenai status halal yang diragui pada […]

» Read more

Jangan Sekadar Main Wayang, PN Dicabar Buat Kenyataan Sokong Pengampunan Penuh Untuk Najib – Ghulam

KUALA LUMPUR, 13 Jan – Perikatan Nasional (PN) dicabar untuk melakukan kenyataan menyokong bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk diberikan pengampunan penuh, kata Ketua Penerangan UMNO Wilayah Persekutuan, Ghulam Muzaffar Ghulam Mustakim. Respon tersebut dinyatakan Ghulam kerana kehadiran mereka di Istana Kehakiman pada Isnin lalu kononnya untuk bersolidiriti kepada Najib namun menurutnya lebih dilihat sebagai wayang politik. […]

» Read more

KK Mart Masih Tidak Cakna? … Jaga Sensitiviti Umat Islam – Afzan Manaf

KUALA LUMPUR, 13 Jan – Kenyataan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh yang telah menyuarakan kebimbangan terhadap penjualan produk di KK Mart ekoran bukan sahaja melanggar piawaian halal tetapi turut menyinggung sensitiviti agama umat Islam di negara ini. Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Mohd Afzan Manaf menekankan kebimbangan itu terutamanya apabila produk berkenaan dijual di dalam […]

» Read more

Jeffery Nor Tegaskan Komitmen Bela Nasib Rakyat Sabah Berterusan

KOTA KINABALU, 13 Jan – Pengarah Jentera Pilihan Raya Negeri Sabah, Jeffery Nor Mohamed, menegaskan komitmennya untuk terus memberikan sokongan kepada komuniti setempat demi memastikan nasib mereka terbela. Menerusi program Tadika KEMAS Pulau Gaya sempena Hari Keluarga yang berlangsung di Pantai Tanjung Aru baru-baru ini, beliau menyatakan rasa gembira melihat keceriaan anak-anak kecil bersama ibu bapa mereka. “Inilah yang terbaik […]

» Read more
1 278 279 280 281 282 4,532