Johor Tuan Rumah ASEAN Tourism Forum (ATF) 2025, Platform Pelancongan Bertaraf Dunia – Onn Hafiz

JOHOR BAHRU, 16 Jan – Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, menyatakan rasa syukur dan bangga apabila Johor terpilih menjadi tuan rumah bagi Travel Exchange (TRAVEX) 2025 sempena ASEAN Tourism Forum (ATF) 2025, yang dirasmikan oleh Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Datuk Seri Tiong King Sing, di Persada Johor International Convention Centre, semalam. Acara bertaraf antarabangsa yang berlangsung […]

» Read more

PN Tiada Pemimpin Berkaliber Untuk Dilantik Sebagai PM – Puad

KUALA LUMPUR, 16 Jan – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berpandangan Perikatan Nasional (PN) tidak memiliki pemimpin yang berkaliber untuk dilantik sebagai Perdana Menteri. Menurut Puad, ini kerana tiada dalam kalangan pemimpin gabungan tersebut yang mempunyai hubungan baik dengan Istana Negara. Respon tersebut diberikan beliau ekoran kenyataan daripada Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Wan Ahmad […]

» Read more

Usaha Pemantapan Kesihatan Mental Melalui Program Psikologi Dilaksana – Dr Masliha

KUALA LUMPUR, 16 Jan – Sekretariat Wanita Profesional, dengan kerjasama Wanita UMNO  Bahagian Sungai Buloh dan Pusat Psikologi JiwaDamai, telah menganjurkan Program Bual Bicara Psikologi dan Literasi Kesihatan Mental, baru-baru ini. Ketuanya, Dr Masliha Harun berkata program ini berjaya mengumpulkan lebih 100 pemimpin wanita cawangan di Parlimen Sungai Buloh, menjadikannya satu inisiatif penting dalam memupuk kesedaran kesihatan mental dalam kalangan […]

» Read more

‘Eco Pemuda’ Beri Ruang Anak Muda Mula Berniaga – Pemuda Kuala Kangsar

KUALA KANGSAR, 16 Jan – Pemuda UMNO Kuala Kangsar terus bergerak ke depan dengan pelbagai perancangan serta pelaksanaan dalam usaha membantu anak-anak muda setempat khususnya dalam soal ekonomi. Terkini Ketua Pemudanya, Mohamad Arif Abdul Talib berkata Ekonomi Pemuda atau nama singkatannya Eco Pemuda memberi tumpuan kepada anak-anak muda untuk melibatkan diri dalam  perniagaan. Langkah itu menurut beliau sedikit sebanyak membantu […]

» Read more

Tiada ‘Team’ Dalam UMNO, Hanya Kebersamaan Dukung Agenda Perjuangan Parti – Dr Azhar

KUALA LUMPUR, 16 Jan – Ketua UMNO Bahagian Beruas, Datuk Dr Azhar Ahmad berkata ahli parti tetap menyokong penuh kepimpinan Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk memastikan perjuangan parti terus dilaksanakan dalam memperkasa agama, bangsa dan negara. Beliau yang juga Ahli Dewan Negara berkata ia bagi menafikan dakwaan segelintir pihak yang mengatakan bahawa ada kumpulan dalam UMNO. “Tiada […]

» Read more

Kerjasama UMNO/BN Realistik, Strategik Depani Dinamika Politik – Ghulam

KUALA LUMPUR, 15 Jan – Ketua Penerangan UMNO Wilayah Persekutuan, Ghulam Muzaffar Ghulam Mustakim menyifatkan UMNO/Barisan Nasional (BN) perlu realistik dalam menjalinkan kerjasama bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang. Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Batu berkata ini kerana ia mempengaruhi bilangan kerusi yang akan ditandingi UMNO/BN. “Kita kena faham dalam hubungan dengan Pakatan Harapan (PH) sudah ditetapkan […]

» Read more

#KitaGerakBersama… Masyarakat Perlukan Pembelaan Terus Dapat Tumpuan Di Jelebu

KUALA LUMPUR, 15 Jan – Penglibatan pelbagai pihak di Jelebu dalam usaha membantu beban mereka yang memerlukan adalah satu pendekatan yang bukan sahaja bermusim dan pada waktu tertentu sahaja. Sebaliknya tegas Ketua UMNO bahagian berkenaan, Datuk Seri Jalaluddin Alias ianya adalah dilaksanakan secara berterusan agar nasib mereka yang memerlukan mendapat perhatian serta tumpuan sewajarnya. “Alhamdulillah inilah yang kita mahu dan […]

» Read more

UMNO Beaufort Teruskan Khidmat Bakti, Aplikasi Dari Rakyat Kepada Rakyat

BEAUFORT, 15 Jan – Ketua UMNO Bahagian Beaufort, Datuk Awang Aslee Lakat terus memperkukuhkan semangat ‘Dari Rakyat kepada Rakyat’ yang telah sebati dengan UMNO melalui pelbagai inisiatif kebajikan dan bantuan di kawasan Parlimen P177 di sini. Beliau memaklumkan, menerusi Biro Kebajikan UMNO Bahagian Beufort aplikasi dan peranan penting dilaksana dalam memastikan saluran bantuan sampai kepada golongan yang memerlukan. “UMNO bukan […]

» Read more

Pendidikan Awal Kanak-kanak Bentuk Perkembangan Generasi Berdaya Saing, Akhlak Mulia – Khaidhirah

KUALA LUMPUR, 15 Jan – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rim, Datuk Khaidhirah Abu Zahar berpandangan pendidikan awal kanak-kanak amat penting bagi memberikan perkembangan pemikiran sebagai persiapan ke peringkat persekolahan sebenar. Katanya menerusi hantaran Facebook beliau yang berkongsi kehadirannya ke Majlis Apresiasi Tabika KEMAS DUN Rim bagi sesi 2024/2025. “Majlis ini adalah penghargaan kepada anak-anak kita yang telah menunjukkan pencapaian […]

» Read more
1 274 275 276 277 278 4,532