Isu Rasuah ADUN Sabah: Bung Moktar Gesa Kerajaan Lakukan Siasatan Terperinci

KUALA LUMPUR, 6 Feb – Ketua UMNO Sabah merangkap Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin menggesa kerajaan untuk melakukan siasatan terperinci mengenai isu rasuah membabitkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah. Menurutnya, terdapat ugutan telah dikeluarkan terhadap ‘whistleblower’ agar laporan tersebut ditarik balik dan digantikan kepada isu derma politik. “Semalam saya bersetuju dengan cadangan Ahli Parlimen Beluran, Ronald […]

» Baca lanjut

TVET: Kerajaan Komited Beri Akses Pendidikan, Peluang Untuk Pelajar SPM – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 6 Feb – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan kerajaan komited memastikan akses pendidikan dan latihan kemahiran berkualiti diberi kepada semua lapisan masyarakat khususnya pelajar lepasan SPM. Beliau yang juga Presiden UMNO untuk itu menyeru para pelajar dan ibu bapa agar merebut peluang pendidikan disediakan kerajaan termasuk pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET) […]

» Baca lanjut

Isu Kemasukan Pelarian: Kerajaan Komited Mantapkan Kawalan Keselamatan Maritim

KUALA LUMPUR, 6 Feb – Kerajaan komited untuk memantapkan lagi tahap kawalan keselamatan maritim susulan kes terbaharu pada Januari 2025 di Langkawi melibatkan kemasukan 196 etnik Rohingya dari Myanmar. Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata, keselamatan perairan negara telah dikawal oleh beberapa agensi. “Secara keseluruhannya, perairan maritim Malaysia berada dalam keadaan selamat dan terkawal serta […]

» Baca lanjut

YAKIN Teruskan Program Infaq Ramadan Dan Syawal, Sasar 2,000 Penerima – Syed Ibrahim

KUALA LUMPUR, 6 Feb – Yayasan Kebajikan Islam Nasional (YAKIN) meneruskan program tahunan Infaq Ramadan dan Syawal bagi membantu golongan asnaf, anak yatim serta pusat tahfiz. Pengerusinya, Datuk Seri Syed Ibrahim Kader, berkata program itu bukan sesuatu yang baharu, sebaliknya telah dilaksanakan sejak 14 tahun lalu sebagai inisiatif kebajikan berterusan yayasan tersebut. “Program infaq Ramadan dan syawal ini akan diberikan […]

» Baca lanjut

Ahli Parlimen Perlu Tunjuk Tingkah Laku Baik, Contoh Untuk Generasi Akan Datang

KUALA LUMPUR, 6 Feb – Veteran UMNO, Tan Sri Mohd Yusoff Latiff menggesa agar ahli-ahli Parlimen akur dengan titah Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim supaya berhemah dalam perbahasan di Parlimen. Beliau yang juga Presiden Persatuan Melayu Pulau Pinang (PEMENANG) berkata, kesemua ahli Parlimen sama ada daripada pihak kerajaan atau pembangkang perlu menunjukkan tingkah laku yang baik supaya menjadi contoh untuk […]

» Baca lanjut

Kenaikan Tarif AS: Kerajaan Ambil Langkah Proaktif, Eratkan Hubungan Perdagangan – Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR, 6 Feb – Kerajaan mengambil langkah proaktif dalam mengekalkan dan mengeratkan hubungan perdagangan dua hala dengan Amerika Syarikat supaya tidak dikenakan kenaikan tarif seperti yang berlaku kepada China, Kanada dan Mexico. Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, Amerika Syarikat merupakan rakan dagang Malaysia yang ketiga terbesar untuk tahun 2024. “Malaysia dan […]

» Baca lanjut

ADUN Kota Lakukan Ziarah Kasih Warga Emas Diuji Masalah Kesihatan

KUALA LUMPUR, 6 Feb – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota, Suhaimi Aini terus melaksanakan politik khidmat bakti dengan menyantuni rakyat melalui program kemasyarakatan dan ziarah kasih. Terbaharu ziarah beliau kali ini menfokuskan kepada golongan yang tidak bernasib baik khususnya mereka yang berhadapan ujian kesihatan. Kunjungan Suhaimi tersebut bagi bertanya khabar di samping menyampaikan bantuan bagi meringankan beban kewangan waris. […]

» Baca lanjut
1 235 236 237 238 239 4,523