PRK Ayer Kuning: Manifesto Dr. Ustaz Yusri Realistik, Perlu Disokong – Abdul Rahman

TAPAH, 24 April – Timbalan Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan menyatakan keyakinan penuh terhadap calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, Dr. Ustaz Yusri Bakir, yang menurutnya membawa pendekatan realistik dan bersifat menyeluruh dalam manifesto pilihan rayanya. Katanya, manifesto Dr. Ustaz Yusri yang merangkumi tiga tekad dan tujuh tawaran disusun dengan cara […]

» Read more

Mohd Razlan Nasihat Pas Jangan Perguna Agama Untuk Semua Isu

TAPAH, 24 April – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Mohd Razlan Rafii menasihatkan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang untuk tidak mempergunakan agama dalam cubaan menjuarai semua isu. Ini kerana katanya, saranan Abdul Hadi agar haji ditangguhkan demi kemenangan Islam pada Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning ini tidak memberi kesan memandangkan […]

» Read more

PRK: Manifesto Pembangunan Mudah Dilaksana Jika Pilih Calon BN – Ahmad Maslan

TAPAH, 24 April – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan menegaskan bahawa manifesto calon Barisan Nasional (BN), Ustaz Yusri Bakir untuk membawa agenda pembangunan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning mudah dilaksanakan sekiranya beliau diberi mandat pada Pilihan Raya Kecil (PRK) ini. Beliau yang juga Ketua Sekretariat War Room berkata, agenda tersebut akan lebih […]

» Read more

Ahmad Zahid Raikan Aidilfitri Bersama Keluarga Besar MARA

KUALA LUMPUR, 24 April – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkesempatan menyambut Aidilfitri bersama warga Majlis Amanah Rakyat (MARA) dalam Majlis Serumpun Lebaran MARA 2025 yang berlangsung petang tadi. Majlis yang meriah itu bukan sahaja menyemarakkan semangat Syawal, malah menjadi platform penting dalam memperkukuhkan silaturahim dan semangat perjuangan demi masa depan bumiputera. “Majlis ini menjadi ruang […]

» Read more

Lapor SPR Jika Ada Pelanggaran Peraturan Pilihan Raya – Saarani

TAPAH, 24 April – Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) boleh mengemukakan laporan rasmi kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sekiranya berlaku penyalahgunaan jentera kerajaan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning. Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata sebarang dakwaan melibatkan pelanggaran peraturan pilihan raya perlu dibuat ke saluran yang betul supaya siasatan dapat […]

» Read more

Pertemuan Zahid-Prabowo Perkukuh Solidariti Serantau

JAKARTA, 24 April – Pertemuan antara Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Indonesia, Prabowo Subianto semalam bukan sekadar urusan diplomatik biasa, tetapi dilihat memperkukuh lagi solidariti serantau dan hubungan persahabatan sedia terjalin antara dua negara. Disambut penuh mesra di Istana Merdeka, Jakarta, Prabowo menerima kehadiran Ahmad Zahid sebagai kawan lama dari masa muda, mencerminkan keakraban […]

» Read more
1 217 218 219 220 221 4,629