Veteran UMNO Johor Berdiri Teguh, Nyata Sokongan Kepada Dr Akmal

KUALA LUMPUR, 20 Ogos – Veteran UMNO Johor berdiri teguh dan menyatakan sokongan penuh kepada Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Dr Muhamad Akmal Saleh berhubung isu kesilapan pemasangan bendera. Pengerusinya, Datuk Othman Jais menerusi satu kenyataan berkata, insiden kesilapan pemasangan bendera adalah perkara yang serius kerana ia melibatkan maruah dan kedaulatan negara. “Veteran UMNO Negeri Johor sebulat suara menyatakan sokongan […]

» Read more

Justice Bukan Public Revenge, Hormati Rule Of Law Kes Zara

RAMAI yang marah. Ramai yang kecewa. Semua orang mahu justice untuk arwah mangsa. Itu kita semua setuju. Tetapi mari kita tanya diri sendiri dengan jujur — apakah kita benar-benar mahu justice, atau sebenarnya kita sedang menuntut “public revenge” yang mengorbankan prinsip undang-undang? Kenapa saya kata begitu? Kerana dalam desakan kita untuk “mendedahkan” nama lima remaja yang dituduh, kita sebenarnya sedang […]

» Read more

Buli Bukan Isu Disiplin Tapi Jenayah Sosial, Jejas Generasi Masa Depan – Israk

KUALA LUMPUR, 20 Ogos – Ketua Penerangan UMNO Negeri Johor, Md Israk Abdullah menyambut baik komitmen Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi yang telah mengumumkan penubuhan Jawatankuasa Khas Anti-Buli Negeri Johor. Beliau berkata langkah tersebut amat bertepatan kerana buli bukan lagi isu disiplin semata-mata, sebaliknya satu jenayah sosial yang mampu merosakkan masa depan anak bangsa. “Menjunjung kasih atas titah […]

» Read more

UMNO Lahad Datu Teruskan Program Saling Mengasihi, Bukti Perjuangan Tidak Pernah Putus

LAHAD DATU, 20 Ogos – Ketua UMNO Bahagian Lahad Datu, Sharif Musa Sharif Mabul terus menggerakkan Program Saling Mengasihi dengan menyampaikan bantuan dan bakul makanan kepada para pemohon termasuk baru-baru ini di Kampung Sapagaya dan Kampung Turusan Silam. Beliau berkata, usaha ini adalah sebahagian daripada khidmat bakti UMNO yang telah sekian lama sebati dengan perjuangan parti iaitu memastikan rakyat tidak […]

» Read more

Grand Prix Buru Ikan Asing: Bukan Sekadar Hobi, Tapi Selamatkan Ekosistem – Khairul Azwan

PASIR SALAK, 20 Ogos – Ketua UMNO Bahagian Pasir Salak, Datuk Khairul Azwan Harun menyifatkan Program Grand Prix Memburu Ikan Asing sebagai salah satu pendekatan efektif dalam usaha memelihara ekosistem sungai dan memastikan habitat semula jadi terus subur. Beliau berkata, program yang dianjurkan Jabatan Perikanan Negeri Perak itu membawa mesej penting kepada masyarakat tentang kepentingan mengawal populasi spesies ikan asing […]

» Read more

MUDA Hilang Arah, Fitnah Terhadap Ahmad Zahid Cuba Alih Perhatian – Armand Azha

KUALA LUMPUR, 20 Ogos – Ketua UMNO Bahagian Subang, Datuk Dr Armand Azha Abu Hanifah berpendapat parti MUDA sebenarnya sudah hilang arah dan dilihat sebagai alat politik oleh tangan-tangan ghaib. Menurutnya, sepatutnya fokus utama parti itu adalah memperjuangkan isu-isu penting yang dekat dengan generasi muda seperti pendidikan, ekonomi, sosial, budaya, kesukarelawanan dan kos sara hidup; bukannya memainkan isu politik yang […]

» Read more

Pemuda UMNO Terus Bersolidariti Bersama Dr Akmal – Sollehin

KUALA LUMPUR, 20 Ogos – Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia menegaskan pendirian untuk berdiri teguh bersama ketuanya, Datuk Dr. Akmal Saleh yang bakal berdepan pertuduhan di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam, Pulau Pinang pada 22 Ogos ini. Menurut Ketua Penerangannya, Mohammad Sollehin Mohamad Tajie, pendakwaan terhadap Dr. Akmal di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dilihat sebagai satu bentuk intimidasi politik untuk menutup […]

» Read more

Sabah Perlu Fokus Perpaduan, Bukan Medan Alih Isu Politik – Dr Anil Sandhu

KUALA LUMPUR, 20 Ogos – Sabah tidak harus dijadikan medan untuk politik alih isu lebih-lebih lagi hal yang berpunca dari luar negeri ini, kata Bendahari Pemuda UMNO Negeri Sabah, Datuk Seri Dr Anil Sandhu. Menerusi satu kenyataannya, Anil Sandhu berkata semua pemimpin ada tanggungjawab lebih besar, menjaga kestabilan politik dan mengutamakan rakyat. “Barisan Nasional (BN) khususnya Pemuda, kekal komited untuk […]

» Read more

Keadilan Hak Setiap Individu Sejak Lahir, Bukan Keistimewaan Untuk Segelintir – Azalina

KUALA LUMPUR, 20 Ogos – Keadilan bukanlah keistimewaan yang hanya dinikmati oleh segelintir pihak sahaja sebaliknya ia adalah hak setiap individu sejak lahir, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said. Beliau berkata terdapat keperluan mendesak untuk melakukan reformasi kerana masih terdapat 4.5 bilion orang di seluruh dunia yang tidak dapat menikmati perlindungan […]

» Read more

Henti Budaya Buli, Salur Aduan Di Platform Disediakan – Onn Hafiz

JOHOR BAHRU, 20 Ogos – Kerajaan Johor menggesa orang ramai memainkan peranan aktif dalam membanteras budaya buli dengan menyalurkan aduan melalui platform khas yang disediakan pihak berkuasa. Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata setiap laporan yang dibuat mampu menyelamatkan nyawa serta masa depan anak-anak yang menjadi mangsa. “Sekiranya melihat, mendengar atau menjadi mangsa buli, jangan berdiam diri. Gunakan hotline […]

» Read more
1 2 3 4 4,633