241,758 Individu Sudah Lengkap Dua Dos Suntikan Vaksin COVID-19 – Dr Adham

KUALA LUMPUR, 2 April – Seramai 241,758 individu di dalam negara yang merupakan kumpulan fasa pertama Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin mereka setakat semalam. Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba berkata bagi tempoh sama, 498,468 individu telah menerima dos pertama, menjadikan jumlah keseluruhan pemberian dos pertama dan kedua vaksin COVID-19 di negara kini adalah […]

» Read more

215,395 Individu Sudah Lengkap Dua Dos Suntikan Vaksin COVID-19 – Dr Adham

KUALA LUMPUR, 1 April – Sebanyak 215,395 individu dalam kumpulan fasa pertama Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin mereka setakat semalam. Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba berkata bagi tempoh sama, 482,808 individu telah menerima dos pertama, menjadikan jumlah keseluruhan pemberian dos pertama dan kedua vaksin COVID-19 di negara kini adalah 698,203. Menerusi satu infografik […]

» Read more

PKPB Di Lima Negeri Dan Wilayah Persekutuan K.Lumpur Kekal, Rentas Negeri Masih Dilarang

KUALA LUMPUR, 30 Mac  – Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Selangor, Johor, Kelantan, Pulau Pinang, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur  disambung dua minggu lagi, manakala rentas negeri masih tidak dibenarkan. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata pengekalan status berkenaan di Sarawak bermula  30 Mac hingga 12 April manakala di lima negeri lagi  bermula Khamis […]

» Read more

Lebih 129,000 Orang Telah Lengkapkan Dua Dos Vaksin COVID-19

KUALA LUMPUR, 29 Mac  – Seramai 129,110 individu dalam negara telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin COVID-19 menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan setakat semalam, 28 Mac. Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba berkata bagi tempoh sama, 451,655 individu telah menerima dos pertama, menjadikan jumlah keseluruhan pemberian dos pertama dan kedua vaksin COVID-19 di negara kini adalah 580,765. Menerusi satu infografik yang […]

» Read more

UMNO Johor Mohon Kuasa Autonomi, Pembahagian Kerusi Tanpa Ikut Kuota

KUALA LUMPUR, 28 Mac – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor Datuk Ir Hasni Mohammad meminta agar pusat membenarkan Johor diberikan kuasa autonomi dalam menentukan strategi politik sama seperti yang dipohon oleh Pahang. Katanya, ini bagi memastikan mereka dapat merangka strategik agar parti mampu memenangi pilihan raya umum (PRU) akan datang termasuk di kawasan pemimpin tertinggi kerajaan. “Datuk Seri Presiden… […]

» Read more

Cubaan Permainan Kotor Gagal Pikat Ahli Parlimen Cameron Highland – Wan Rosdy

KUALA LUMPUR, 28 Mac – Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail mendedahkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) pernah cuba memberikan tawaran kepada Ahli Parlimen Cameron Highlands, Ramli Mohd Nor untuk keluar daripada UMNO. Wan Rosdy berkata, beliau mempunyai bukti kukuh bahawa parti itu telah memujuk Ramli untuk menyertai mereka, namun usaha tersebut tidak berhasil. “Mereka […]

» Read more
1 182 183 184 185 186 281