UMNO Rantau Panjang Prihatin, Sumbang Peralatan Audio Untuk Kegunaan Ramadan

RANTAU PANJANG, 4 Mac – Ketua UMNO Bahagian Rantau Panjang, Datuk Akbar Salim menyampaikan sumbangan berupa peralatan audio kepada Madrasah Ar-Rahman, di Simpang 3 Paloh, Chicha Tinggi, bagi kegunaan solat tarawih sepanjang bulan Ramadan. Menurutnya, sumbangan ini dapat memberi manfaat yang besar bagi memastikan para jemaah dalam menunaikan ibadah dengan lebih selesa. “Sumbangan ini bertujuan untuk kegunaan solat tarawih yang […]
» Baca lanjutMoU PRR: Babak Baharu Selesaikan Isu Perumahan Rakyat Pahang

KUALA LUMPUR, 4 Mac – Memorandum Persefahaman (MoU) yang ditandatangi untuk Program Residensi Rakyat (PRR) merupakan satu babak baharu untuk menyelesaikan isu perumahan rakyat, kata Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail. Menerusi hantaran di laman Facebooknya, beliau telah menyaksikan Majlis Menandatangani MoU antara Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bersama Kerajaan Negeri Pahang untuk Penyerahan dan Pengurusan […]
» Baca lanjutTempat Perlindungan Disedia Untuk Mangsa Dera Libatkan Kes Serius – Noraini

KUALA LUMPUR, 4 Mac – Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) sentiasa peka dengan isu keganasan rumah tangga dengan pelaksanaan pengukuhan penguatkuasaan undang-undang, menerusi pindaan Akta 521 yang meliputi aspek penderaan dan psikologi. Timbalan Menteri, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad memaklumkan melalui itu 42 tempat selamat telah disediakan bagi memberi perlindungan kepada mangsa dera yang melibatkan kes penderaan serius. […]
» Baca lanjutJohor Terus Perkukuh Peranan Hab Ekonomi Serantau – Onn Hafiz

KUALA LUMPUR, 4 Mac – Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata Pemukiman Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN (AEM) ke-31 di Desaru, Johor merupakan platform penting bagi negeri berkenaan. Kata beliau pemukiman berkenaan membuka ruang untuk Johor memperkenalkan inisiatif pelaburan berimpak tinggi, seperti sektor pembuatan berteknologi tinggi, ekonomi digital, dan tenaga hijau. “Syukur Alhamdulillah, saya bersama YB Senator Tengku Datuk Seri […]
» Baca lanjutSLU Akta Perkhidmatan Parlimen, Komitmen Kerajaan Laksana Reformasi – Azalina

KUALA LUMPUR, 4 Mac – Sesi Libat Urus (SLU) Akta Perkhidmatan Parlimen 2025 menjadi bukti kepada kesungguhan kerajaan untuk melaksanakan reformasi institusi Parlimen, kata Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi, Datuk Seri Azalina Othman Said. Beliau yang juga Ketua Penerangan UMNO Malaysia menerusi hantaran di laman Facebooknya memaklumkan bahawa sesi kedua SLU tersebut telah diadakan bersama pertubuhan bukan kerajaan. “SLU berkaitan […]
» Baca lanjut