Hari UMNO Ke-79: Sekolah Patriotik Bukti Kesungguhan Babit Generasi Muda – SUA

KUALA LUMPUR, 11 Mei – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menyifatkan Sekolah Patriotik UMNO (SPU) sebagai manifestasi komitmen kepimpinan dalam mengangkat kesinambungan perjuangan UMNO membabitkan generasi muda sebagai pewaris parti keramat ini. Beliau berkata menambahkan lagi kesungguhan apabila konvokesyen diadakan bersekali dengan sambutan Ulang Tahun UMNO yang ke-79. “Julung-julung kalinya diadakan seperti ini, terutamanya dengan ulang tahun […]

» Read more

UMNO Pragmatik Mendepani Dinamika Politik Hari Ini – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 11 Mei – Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata dalam meniti arus perubahan zaman yang kian mencabar, UMNO tidak boleh bersikap statik atau jumud. Ujar Timbalan Perdana Menteri itu, UMNO mesti pragmatik dan tidak boleh lagi bergantung pada pendekatan lapuk dalam mendepani kedinamikan landskap politik masa kini. “Kita perlu berani menyesuaikan strategi, pendekatan, dan gerak […]

» Read more

Ulang Tahun UMNO Ke-79: Semarakkan Semangat Perjuangan Parti

KUALA LUMPUR, 11 Mei – UMNO terus memperkukuhkan kekuatan akar umbi dengan menjadikan sambutan ulang tahun ke-79 sebagai medan penting untuk memperkasakannya. Hari ini, UMNO meraikan ulang tahunnya dengan penuh semangat dan iltizam yang bukan sahaja mengadakan majlis tahlil untuk kepimpinan terdahulu tetapi juga meraikan graduasi generasi baharu pewaris perjuangan UMNO.   Ulang tahun ini bukan saja mengenangkan sejarah perjuangan parti […]

» Read more

Ulang Tahun Ke-79: Wanita, Pemuda, Puteri UMNO Tekad Perkukuh Perjuangan

KUALA LUMPUR, 11 Mei – Tanggal 11 Mei 2025 menandakan ulang tahun ke-79 penubuhan UMNO, sebuah parti yang telah menjadi tulang belakang perjuangan kemerdekaan dan pembangunan negara sejak 1946. Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad dalam hantaran menerusi laman Facebooknya menyatakan bahawa UMNO kekal utuh kerana ia berakar di jiwa rakyat dan bernafas dalam denyut nadi perjuangan. […]

» Read more

Ulang Tahun Ke-79, UMNO Terus Komited Perjuang Bangsa Dan Agama – Khaled

KUALA LUMPUR, 11 Mei – Hari ini genap 79 tahun penubuhan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), sebuah parti yang telah memainkan peranan besar dalam pembangunan negara dan memperjuangkan kepentingan bangsa Melayu serta agama Islam sejak tahun 1946. Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dalam satu kenyataan sempena ulang tahun tersebut berkata, sepanjang tempoh hampir lapan dekad itu, UMNO […]

» Read more

UMNO 79 Tahun: Perkukuh Dasar Pro-Rakyat, Bina Keyakinan Generasi Muda

SEREMBAN, 11 Mei – UMNO hari ini menyambut ulang tahunnya yang ke-79, memperingati penubuhannya pada 11 Mei 1946 yang menjadi titik tolak kepada perjuangan kemerdekaan tanah air serta pembinaan negara Malaysia moden. Menurut Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias, ulang tahun ini bukan sekadar peringatan sejarah, tetapi juga pengiktirafan terhadap sumbangan besar UMNO dalam membentuk asas […]

» Read more

UMNO 79 Tahun: Terus Komited Perjuangkan Agama, Bangsa, Negara – Tengku Adnan

KUALA LUMPUR, 11 Mei – UMNO hari ini genap berusia 79 tahun, menandakan hampir lapan dekad perjuangan parti tersebut dalam membela agama, bangsa dan negara sejak penubuhannya pada 11 Mei 1946. Menurut Bendahari UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, ulang tahun ini merupakan waktu terbaik untuk rakyat, khususnya ahli parti, menghayati sejarah panjang perjuangan UMNO yang bermula sejak era […]

» Read more

Ulang Tahun Ke-79: Ahmad Zahid Seru Ahli Pertahan Legasi Perjuangan UMNO

KUALA LUMPUR, 10 Mei – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menzahirkan penghargaan kepada seluruh ahli dan penyokong parti sempena ulang tahun ke-79 UMNO yang akan disambut pada 11 Mei. Dalam satu kenyataan menerusi akaun Facebooknya, Ahmad Zahid berkata ulang tahun ini melambangkan kematangan serta kekuatan akar perjuangan UMNO yang telah sekian lama menjadi tunggak kepada pembentukan negara […]

» Read more

Hari UMNO ke-79: Sekolah Patriotik UMNO Anjakan Baharu Parti – Shahaniza

KUALA LUMPUR, 10 Mei – Sekolah Patriotik UMNO merupakan satu anjakan dan titik permulaan baharu kepada UMNO sempena menyambut Ulang Tahun yang ke-79 pada 11 Mei ini. Pengerusi Jawatankuasa Pemandu Sekolah Patriotik UMNO merangkap Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin berkata, ia adalah salah satu usaha untuk mengekalkan kerelevanan UMNO mengikut zaman. “Saya rasa sangat terharu […]

» Read more
1 179 180 181 182 183 4,623