Suarakan Pandangan Politik Secara Berhemah, Tertib – Syed Hussien

KUALA LUMPUR, 13 Mei – Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Syed Hussien Syed Abdullah berharap kepimpinan parti politik di negeri Johor untuk rasional dalam mengeluarkan kenyataan. Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mahkota malah berkata sebarang  pendapat perlu disuara secara berhemah demi menjaga keharmonian dalam berpolitik. “Saya menyeru agar semua pemimpin parti dalam negeri Johor bersikap matang, berdisiplin […]

» Read more

TVET Jadi Kunci Generasi Muda Hadapi Cabaran Masa Depan – Ariff Majid

KUALA LUMPUR, 13 Mei – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Mohd Ariff Abdul Majid menjelaskan beberapa perkara penting berkaitan usaha parti itu untuk memperkukuh kedudukan masyarakat Melayu dan Bumiputera. Menurutnya, salah satu tumpuan utama ialah memperkasakan pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET) bagi memastikan generasi muda Melayu dan Bumiputera mampu bertahan dalam cabaran masa hadapan. Katanya, langkah ini […]

» Read more

Malaysia Wajar Manfaatkan Kepengerusian ASEAN Bagi Tembusi Pasaran Halal – Ahmad Zahid

BUTTERWORTH, 12 Mei – Malaysia wajar memanfaatkan Kepengerusian ASEAN 2025 untuk mengembangkan pasaran produk halal sekali gus menembusi pasaran rantau itu yang mempunyal 600 juta penduduk. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata meskipun produk halal dari Indonesia dan Thailand dipasarkan di Malaysia namun barangan serupa negara ini tidak dapat memasuki pasaran ASEAN kerana usaha pemasaran yang […]

» Read more

PRN Sabah: BN Perhalusi Cadangan Bentuk ‘Grand Coalition’ PH-BN-GRS – Ahmad Zahid

KEPALA BATAS, 12 Mei – Barisan Nasional (BN) akan memperhalusi cadangan pembentukan gagasan mega atau grand coalition dengan Pakatan Harapan (PH) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang. Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, langkah itu termasuk menyantuni sebarang perbezaan antara ketiga-tiga gabungan berkenaan. “Terutamanya untuk memastikan kerusi-kerusi yang akan […]

» Read more

Sekolah Patriotik UMNO: Lahirkan Pemimpin Masa Depan, Kukuhkan Ideologi Parti

KUALA LUMPUR, 12 Mei – Buat julung-julung kali UMNO melaksanakan majlis graduasi Sekolah Patriotik UMNO, kata Exco Pemuda UMNO Malaysia, Wan Muhammad Zuhir Ghazali. Ujarnya, ia adalah satu momen yang cukup signifikan kepada parti dalam membelah arus zaman. “Sekolah Patriotik UMNO bukan sekadar ruang pembelajaran tetapi ia adalah medan membina jati diri, mencetak pemimpin dan menyambung nafas perjuangan. “Dalam dunia […]

» Read more

UMNO Cadang Tubuh Institut Kepimpinan Tun Abdullah Ahmad Badawi

KEPALA BATAS, 12 Mei – UMNO mencadangkan penubuhan sebuah institusi kepimpinan yang mengabadikan nama Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai pusat latihan dan penyidikan politik parti itu. Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata cadangan itu akan dibawa ke Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO bulan depan sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuhkan dan dokumentasi mengenal perjalanan politik serta […]

» Read more

Sekolah Patriotik Medium Terbaik Untuk Kukuhkan Jati Diri – Ahmad Jazlan

KUALA LUMPUR, 12 Mei – Sekolah Patriotik UMNO dilihat sebagai satu inisiatif penting bagi menyedarkan kembali masyarakat, khususnya golongan muda, mengenai peranan dan sejarah perjuangan UMNO, kata Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan, Datuk Seri Ahmad Jazlan Yaakub. Ahmad Jazlan yang juga Ketua UMNO Bahagian Machang berkata, ramai anak muda pada masa kini seakan-akan lupa dan tidak memahami peranan penting […]

» Read more

UMNO Bukan Sekadar Parti Politik Tetapi Wadah Perjuangan Bangsa

KUALA LUMPUR, 12 Mei – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Malaysia, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan tahniah kepada seluruh ahli dan pendokong UMNO di seluruh negara yang terus istiqamah, setia dan berjiwa besar dalam mendukung perjuangan parti ini. Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Lipis berkata, UMNO bukan sekadar parti politik tetapi adalah wadah perjuangan […]

» Read more

UMNO Ke-79: Terus Menjuarai Perjuangan Rakyat, Perkukuh Agenda Melayu/Islam

KUALA LUMPUR, 12 Mei – Bersempena ulang tahun UMNO ke-79 yang disambut 11 Mei saban tahun, Naib Ketua UMNO Bahagian Setiu, Mohd Iskandar Jaafar menyifatkan parti ini sebagai juara membabitkan Melayu dan Islam. Kata beliau ini kerana, UMNO melalui pemimpin dan sayap parti dilihat terus bersuara membela nasib rakyat melalui agenda dibawa pejuangan parti. “UMNO mempertahankan prinsip memperjuangankan agama bangsa […]

» Read more

Sekolah Patriotik UMNO Mampu Bawa Parti Maju Ke Hadapan – Nur Izati

KUALA LUMPUR, 12 Mei – Sekolah Patriotik UMNO dilihat mampu untuk membawa parti maju ke hadapan, kata Pelajar Terbaik Sekolah Patriotik UMNO bagi kumpulan Patriot 1, Nur Izati Md Nadzir. Beliau yang juga Ketua Pergerakan Puteri UMNO Negeri Terengganu menzahirkan keterujaan apabila telah dipilih sebagai pelajar terbaik dan mengucapkan terima kasih di atas penganugerahan tersebut. “Pertama sekali, saya terkejut dan […]

» Read more
1 176 177 178 179 180 4,622