Seruan Penyatuan Melayu … Tun Mahathir Digesa Jangan Wariskan Perpecahan Politik

KUALA LUMPUR, 5 Jun – Langkah Tun Dr Mahathir yang mengumumkan jawatankuasa sekretariat orang Melayu bukan sahaja menimbulkan pelbagai persoalan malah memperlihatkan hakikat yang sebenar sejarah sebelum ini. Penolong Setiausaha Pemuda UMNO, Hafiz Ariffin menerusi perkongsian di Facebooknya berkata generasi masa kini tidak seharusnya lagi dibebani dengan perpecahan politik yang sama sekali tidak menguntungkan. “Saya setuju masyarakat Melayu perlu bersatu […]
» Read moreKetua Wanita UMNO Sabah Gesa Kerajaan Negeri Selesaikan Isu Secara Menyeluruh

KOTA KINABALU, 5 Jun – Ketua Wanita UMNO Sabah, Datuk Noraini Idris menyeru Kerajaan Negeri Sabah agar segera tampil menyelesaikan isu kekurangan tempat letak kereta di hospital-hospital utama negeri ini secara menyeluruh, khususnya di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah (HWKKS), Likas. Menurut beliau, masalah ketiadaan parkir yang mencukupi bukan lagi isu baharu dan telah berlarutan terlalu lama sehingga menjejaskan kesejahteraan […]
» Read moreSemangat Kebersamaan Jadi Kunci Kejayaan Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat – Rais Yasin

TANGGA BATU, 5 Jun – Semangat kebersamaan dalam kalangan pemimpin akar umbi, jentera parti dan komuniti setempat menjadi faktor utama kejayaan pelaksanaan Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) DUN Sungai Udang yang berlangsung dari 18 hingga 30 Jun 2025. Demikian kata Ketua UMNO Bahagian Tangga Batu merangkap Exco Kerajaan Negeri Melaka, Datuk Rais Yasin yang melaksanakan Majlis Makan Malam Penghargaan […]
» Read morePutera UMNO Malaysia Perkukuh Kepimpinan Baharu, Fokus Perkasa Anak Muda – Azman Azeez

KUALA LUMPUR, 5 Jun – Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Mohamad Khairul Azman Abdul Azeez berkata Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia telah melantik barisan kepimpinan Putera UMNO Malaysia yang baharu dan beberapa exco serta pengurusan yang telah dipilih. Beliau yang juga Ketua Putera UMNO Malaysia menjelaskan bahawa kini dalam proses perbincangan dengan ketua-ketua Pemuda UMNO Negeri-negeri untuk pelantikan pengerusi Putera UMNO […]
» Read moreDangkal… Jangan Politikkan Isu Tanah Rizab Melayu Di Johor – Mohd Lassim

SRI GADING, 5 Jun – Ketua UMNO Bahagian Sri Gading, Datuk Mohd Lassim Burhan, menyelar cadangan Timbalan Pengerusi Amanah Johor yang menggesa Kerajaan Negeri Johor menukar status Tanah Rizab Melayu (TRM) kepada hak milik kekal seperti dilaksanakan di Negeri Sembilan, sambil menyifatkan pandangan itu sebagai dangkal dan tidak memahami realiti serta sensitiviti rakyat Johor. Menurut beliau, Johor mempunyai pendekatan tersendiri […]
» Read moreUMNO Sabah Tegas Tolak Politik Oportunis, Kekal Pertahan Prinsip – Suhaimi

LIBARAN, 5 Jun – UMNO Sabah tidak akan tunduk kepada permainan persepsi politik yang cuba dicipta oleh mana-mana pihak khususnya pihak lawan termasuklah mereka yang disifatkan sebagai tidak berprinsip dan oportunis. Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir yang juga Ahli Parlimen Libaran berkata demikian dan menegaskan bahawa UMNO Sabah tidak gentar untuk bersuara walaupun bersendirian, namun tetap konsisten memperjuangkan […]
» Read moreTransformasi Agenda MARA, Fokus Peluang Baharu di UK Dan Jerman – Dr Asyraf

KUALA LUMPUR, 5 Jun – Ramai pihak melahirkan rasa terkejut susulan pengumuman Majlis Amanah Rakyat (MARA) berhubung keputusan untuk menghentikan sementara penghantaran pelajar baharu ke Amerika Syarikat. Pengerusinya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menjelaskan bahawa keputusan itu dibuat selepas penelitian terhadap dasar dan polisi terkini Kerajaan Amerika Syarikat yang kini dilihat semakin ketat dan tidak menentu, khususnya dalam aspek halangan […]
» Read more