Politik Emosi Jejas Kemajuan Melayu, Khaled Nordin Seru Pendekatan Rasional Dan Berilmu

KUALA LUMPUR, 6 Jun – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menegaskan bahawa bangsa Melayu perlu keluar daripada kepompong politik berasaskan emosi jika ingin mencapai kemajuan sebenar dalam pelbagai bidang termasuk teknologi, ekonomi dan ilmu pengetahuan. Menurut beliau, politik yang terlalu bergantung kepada sentimen semata-mata hanya akan menjerumuskan orang Melayu ke lembah kelemahan dan kemunduran. “Kalau kita ingin […]
» Read moreMalaysia Perkukuh Keselamatan Sekolah Di Platform Global Pengurangan Risiko Bencana – Ahmad Zahid

GENEVA, 6 Jun – Malaysia hari ini menegaskan komitmen jangka panjangnya terhadap keselamatan pendidikan dalam forum antarabangsa apabila Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyampaikan kenyataan rasmi negara pada sesi Meja Bulat Menteri bertemakan “Keselamatan Sekolah” sempena Platform Global untuk Pengurangan Risiko Bencana di Geneva. Ahmad Zahid menekankan bahawa Malaysia komited memperkukuh daya tahan sistem pendidikan melalui […]
» Read moreTun Mahathir Perlu Henti Jadi ‘Hantu Penghasut’, Pecah Belah UMNO – Veteran UMNO

KUALA LUMPUR, 6 Jun – Veteran UMNO Malaysia hari ini menggesa Tun Dr Mahathir Mohamad supaya berhenti menjadi “hantu penghasut” yang cuba memecah belahkan UMNO dengan menyeru ahli-ahlinya meninggalkan parti keramat itu dan menyertai gabungan baharu yang didakwa bertujuan untuk penyatuan Melayu. Setiausaha Veteran UMNO, Datuk Mustapha Yaakub, berkata tindakan bekas Perdana Menteri itu yang suatu ketika dahulu meninggalkan UMNO […]
» Read moreAhmad Zahid Seru Umat Islam Manfaat Keberkatan Hari Arafah

KUALA LUMPUR, 6 Jun – Sempena Hari Arafah, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengajak umat Islam untuk bersama-sama bermuhasabah membersihkan hati, menundukkan ego serta memperbaiki hubungan sesama manusia dan Allah SWT. Ahmad Zahid berkata tanggal 9 Zulhijah setiap tahun adalah hari yang sangat istimewa dalam kalendar Islam kerana mengandungi keberkatan, keampunan dan rahmat daripada Allah SWT. “Peliharalah […]
» Read moreSekretariat Orang Melayu Gimik Politik Lama… UMNO Cukup Lengkap Perjuang Agenda Bangsa

KUALA LUMPUR, 5 Jun – Ketua Penerangan UMNO Wilayah Persekutuan, Gulam Muszaffar, menzahirkan penolakan terhadap penubuhan Sekretariat Orang Melayu yang diumumkan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad semalam, dengan menyifatkannya sebagai satu naratif lama yang berulang demi meraih kembali sokongan politik yang semakin merosot. Sidang media yang diketuai oleh bekas Perdana Menteri itu turut disertai oleh beberapa tokoh politik termasuk Presiden […]
» Read moreYang Keluar Parti Memilih Jadi Gelandangan… Rumah UMNO Terus Teguh – Nik Saiful

KUALA LUMPUR, 5 Jun – Ketua Penerangan UMNO Bahagian Ketereh, Nik Saiful Adli Burhan menjelaskan UMNO adalah parti berstruktur, berdisiplin dan memiliki barisan kepimpinan yang luas serta berkaliber di pelbagai peringkat. Menerusi satu kenyataan berkaitan situsi semasa, beliau berkata ramai tokoh UMNO yang berpengalaman dan berwibawa serta boleh diberi kepercayaan untuk meneruskan khidmat dalam kerajaan, selaras dengan semangat Kerajaan Perpaduan. […]
» Read moreMemperkukuh Kerjasama Malaysia-UNDRR Dalam Usaha Pengurangan Risiko Bencana Global

GENEVA, 5 Jun – Malaysia terus komited dalam memperkukuh kerjasama antarabangsa dalam pengurangan risiko bencana global menerusi pertemuan strategik antara Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, dan Penolong Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu merangkap Ketua Pejabat UNDRR, TYT Kamal Kishore. Pertemuan yang berlangsung di Pusat Persidangan Antarabangsa Geneva (CICG) itu memberi fokus kepada usaha memperkasa kerjasama antara […]
» Read moreKunjungan Hormat Penolong Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
Melaka Peruntuk RM700 Ribu Bagi Program Kecemerlangan SPM 2025

AYER KEROH, 5 Jun – Kerajaan Negeri Melaka terus komited dalam memperkasa pencapaian akademik pelajar apabila memperuntukkan sebanyak RM700 ribu bagi melaksanakan program kecemerlangan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) menerusi Inisiatif Bijak SPM Tahun 2025. Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, peruntukan ini melibatkan 95 buah sekolah menengah dan dijangka memberi manfaat kepada seramai 12,757 calon SPM […]
» Read more