Untuk UMNO Kekal Relevan… Ahli Parti Digesa Terus Setia

PORT DICKSON, 16 Jun – Untuk memastikan UMNO kekal relevan dan diterima semula oleh rakyat, ahli serta akar umbi digesa untuk terus menaburkan kesetiaan mereka terhadap parti. Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, pada masa yang akan datang UMNO berkeupayaan untuk bangkit semula meskipun sedang diuji pada ketika ini. “Kalau kita ada kuasa dan kita tidak pernah […]

» Read more

Semangat BN: UMNO Tidak Tinggal MCA, MIC Ketika Susah Dan Senang

PORT DICKSON, 15 Jun – Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan bahawa parti itu tidak akan pernah meninggalkan rakan-rakan komponennya iaitu MCA dan MIC ketika susah mahupun senang. Beliau yang juga Presiden UMNO berkata, MCA dan MIC menjadi pemangkin kepada BN ketika UMNO pernah berpecah kepada dua kumpulan pada tahun 1987. “Sewaktu UMNO berpecah dua […]

» Read more

UMNO Perlu Kekal Relevan Depani Dinamika Politik – Dr Shafei

KUALA LUMPUR, 15 Jun – Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Mohd Shafei Abdullah menyifatkan UMNO perlu kekal relevan dalam mendepani dinamika politik baharu. Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Wangsa Maju berkata ia penting bagi membawa agenda perjuangan rakyat. “Sekarang bersama Kerajaan Perpaduan kita mesti terus pastikan agar UMNO itu terus relevan. “Mesti bercita-cita supaya […]

» Read more

Keberadaan UMNO/BN Dalam Kerajaan Untuk Agenda Perkasa Orang Melayu

KUALA LUMPUR, 15 Jun – Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan memaklumkan keberadaan UMNO/Barisan Nasional (BN) dalam kerajaan bagi membawa perjuangan parti melalui pemerkasaan agenda Melayu. Beliau berkata ini dilakukan seiring dengan perkembangan semasa termasuk membabitkan generasi muda melalui pendekatan dilakukan menteri UMNO. “Kita perlu bangkit dan kuat dengan cara tidak berada luar daripada kerajaan. (Berada dalam kerajaan) Banyak […]

» Read more

UMNO Perlu Berubah, Kuasai Teknologi Maklumat Untuk Kekal Relevan – Azalina

KUALA LUMPUR, 15 Jun – Ketua Penerangan UMNO, Datuk Seri Azalina Othman Said menegaskan UMNO perlu menerima hakikat bahawa landskap politik hari ini menuntut perubahan, khususnya dalam cara berkomunikasi dengan rakyat melalui aplikasi teknologi maklumat dan media sosial. Menurut beliau yang juga Menteri Undang-undang dan Reformasi Institusi, UMNO telah lama menjadi medan melahirkan pemimpin yang berwibawa dan memperjuangkan nasib agama, […]

» Read more

2,197 Cawangan UMNO Johor Selesai Bersidang, Bukti Akar Umbi Kekal Setia

JOHOR BAHRU, 15 Jun – Sebanyak 2,197 cawangan UMNO di Johor selesai bersidang sekali gus membuktikan akar umbi parti itu kekal utuh dan setia, kata Pengerusi UMNO Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi. Beliau berkata mesyuarat itu menjadi titik tolak pembaharuan dalam memperkukuh gerak kerja dan semangat perjuangan parti di negeri kelahiran UMNO itu. “Ini bukan sekadar angka, ini adalah bukti […]

» Read more

Usaha Raih Sokongan Generasi Muda Tanggungjawab Semua

KUALA LUMPUR, 15 Jun – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata usaha mendapatkan sokongan generasi muda mesti menjadi agenda utama UMNO. Menurut Timbalan Menteri Dalam Negeri itu, tanggungjawab tersebut tidak boleh diletakkan seratus peratus di atas bahu Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO sahaja. “Mengambil kira generasi muda menjadi kumpulan penting yang akan menentukan kemenangan […]

» Read more
1 142 143 144 145 146 4,644