UMNO Bahagian Seputeh Sambut Baik Usul Tubuh PTBWP

KUALA LUMPUR, 17 Jun – UMNO Bahagian Seputeh menyambut baik usul penubuhan Perbadanan Tanah Bumiputera Wilayah Persekutuan (PTBWP), kata ketuanya, Datuk Mohd Razlan Rafii. Jelasnya, para perwakilan menerima usul tersebut sebulat suara ketika Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Seputeh kerana ia adalah langkah strategik mempertahan dan memperkasa pemilikan hartanah bumiputera dalam bandar. “Syabas dan terima kasih para Perwakilan UMNO Bahagian Seputeh […]

» Read more

Lawatan Berimpak Tinggi Perkukuh Misi Melaka Sebagai Pusat Pelancongan Air

KUALA LUMPUR, 17 Jun – Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh mengetuai delegasi Kerajaan Negeri Melaka dalam satu lawatan kerja berimpak tinggi ke Venice, Itali, sebagai langkah strategik memperkukuh misi Melaka menjadi pusat pelancongan air lestari menjelang sambutan World Tourism Day dan World Tourism Conference 2025. Ujarnya menerusi hantaran dalam laman Facebooknya, lawatan rasmi ini turut disertai oleh […]

» Read more

UMNO Segambut Terus Perkukuh Semangat Kebersamaan, Khidmat Tanpa Henti

SEGAMBUT, 17 Jun – UMNO Bahagian Segambut terus membuktikan komitmennya dalam memperkukuh silaturrahim serta menyemarakkan semangat perpaduan di kalangan generasi muda sebagai usaha yang tidak pernah terhenti untuk menyemarakkan perjuangan parti. Hal tersebut direalitikan menerusi penganjuran Program Karom Tertutup Penchala, yang berlangsung meriah dengan penyertaan aktif daripada anak-anak muda tempatan. Ketua UMNO Bahagian Segambut, Datuk Mahadhir Sulaiman memuji usaha dan […]

» Read more

UMNO Perlu Tawan Kembali Sokongan Rakyat, Raih Undi Di Kawasan Bandar – Adzly Manas

KUALA LUMPUR, 17 Jun – Dalam tempoh dua dekad kebelakangan ini, UMNO berdepan dengan penolakan yang nyata di kawasan bandar dan separa bandar. Pengamal Undang-undang, Adzly Ab Manas berpandangan, ‘trend’ ini semakin ketara selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 dan 15,iaitu UMNO telah tewas di banyak kerusi Parlimen yang melibatkan kawasan majoriti penduduk bandar, pengundi muda, dan kelompok profesional. Katanya, […]

» Read more

Musliati Seru Terus Perkukuh UMNO, Raih Sokongan Golongan Muda

KOTA KINABALU, 17 Jun – Ketua UMNO Bahagian Kota Kinabalu, Musliati Moslimin menegaskan bahawa penglibatan aktif golongan muda, khususnya daripada Pergerakan Puteri UMNO, amat penting dalam memastikan kelangsungan perjuangan parti di Sabah. Beliau berkata demikian ketika merasmikan Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Kota Kinabalu yang telah berlangsung dalam suasana penuh semangat dan komitmen daripada para perwakilan. Menurut Musliati, keanggotaan […]

» Read more

Ahmad Zahid Rakam Takziah Kepada Keluarga Mendiang G. Palanivel

KUALA LUMPUR, 17 Jun – Timbalan Perdana Menteri merangkap Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mendiang Datuk Seri G. Palanivel, bekas Presiden MIC dan mantan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, yang telah meninggal dunia pagi tadi. Menurut Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO, pemergian mendiang bukan sekadar kehilangan seorang tokoh […]

» Read more

UMNO Wujud Bukan Kerana Kebencian, Sebaliknya Demi Perjuangan Bangsa

KUALA LUMPUR, 17 Jun – Ketua UMNO Bahagian Beruas, Datuk Dr Azhar Ahmad membidas bekas pemimpin parti yang menyifatkan UMNO tidak relevan, sambil menyifatkan ia sebagai tidak berasas. Menurut beliau, ini kerana kewujudan UMNO atas membawa perjuangan orang Melayu sejak zaman kemerdekaan dan ia diteruskan sehingga ke hari ini oleh para pendukung parti. “Kalaulah UMNO ni tidak relevan semua Pilihan […]

» Read more

Jangan Terpedaya Naratif Burukkan UMNO, Tolak Politik Sempit – Tengku Azman

KUALA LUMPUR, 17 Jun – UMNO Bahagian Bukit Bintang menegaskan komitmennya untuk terus mempertahankan Islam dan Melayu dalam perjuangan parti, serta menolak sekeras-kerasnya sebarang cubaan memecah-belahkan perpaduan demi kepentingan politik sempit. Ketuanya, Datuk Tengku Azman Tengku Zainol Abidin berkata, ahli parti perlu kekal bersatu dan berdisiplin dalam perjuangan, ibarat sebuah pasukan bola sepak yang hanya memasuki padang untuk mencapai kemenangan, […]

» Read more
1 118 119 120 121 122 4,624