Persidangan UMNO: Menghadapi Cabaran, Menginspirasikan Perubahan

KUALA LUMPUR, 7 April – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, mengucapkan selamat bersidang kepada seluruh perwakilan UMNO Cawangan-cawangan, Wanita, Pergerakan Pemuda dan Puteri di seluruh negara yang akan berlangsung bermula hari ini hingga 25 Mei 2025. Dalam hantaran menerusi media sosialnya sempena bermula mesyuarat Cawangan tersebut, beliau mengajak seluruh anggota parti untuk memanfaatkan persidangan ini. “Bersama kita […]

» Baca lanjut

Sambutan Raya Sekampung Eratkan Perpaduan Masyarakat – Awang Aslee

BEAUFORT, 7 April – Ketua UMNO Bahagian Beaufort, Datuk Awang Aslee Lakat, memenuhi jemputan ke Majlis Sambutan Raya Sekampung di Kampung Palu-Palu, Kuala Penyu dan menyantuni masyarakat setempat. Majlis yang dianjurkan bersama oleh KRT Kampung Palu-Palu, Masjid Nurhidayah, JPKK Kampung Palu-Palu, dan Persatuan Masyarakat Berunai Sabah (PMBS) Kuala Penyu Sabah ini telah disempurnakan oleh Ahli Parlimen Beaufort, Datuk Siti Aminah […]

» Baca lanjut

PRK DUN Ayer Kuning: BN Lancar Jentera, Umum Calon Petang Ini

TAPAH, 7 April – Barisan Nasional (BN) hari ini akan melancarkan jentera pilihan raya serta mengumumkan calon bagi menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) N.48 Ayer Kuning. Acara tersebut dijadual akan berlangsung dalam satu program di Command Center BN Perak, Dewan Serbaguna Kampung Tersusun Hj Tahir, Temoh, Tapah. Majlis ini bakal disempurnakan oleh Pengerusi BN merangkap Timbalan […]

» Baca lanjut

Persidangan UMNO: Medium Perkukuh Muafakat Perjuangan Bangsa – Jalaluddin

KUALA LUMPUR, 7 April – Hari ini bermula musim persidangan UMNO dan ia bukan sekadar sebuah ketetapan atau prosedur parti. Demikian tegas Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias yang menganggap persidangan ini sebagai medium penting dalam memperkasakan perjuangan agama, bangsa, dan tanah air. Justeru, beliau yang juga Ahli Parlimen Jelebu mengingatkan kepimpinan dan ahli parti di […]

» Baca lanjut

Bung Moktar Tinjau Mangsa Banjir Di Pangkalan Bukit Garam

KINABATANGAN, 7 April – Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin telah meluangkan masa meninjau keadaan mangsa-mangsa banjir yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Pangkalan Bukit Garam, susulan hujan lebat berterusan yang melanda kawasan tersebut sejak beberapa hari lalu. Dalam lawatan tersebut, Bung Moktar yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan sempat meluangkan masa beramah mesra dan bertanya khabar […]

» Baca lanjut

Syawal Tanda Kemenangan, Istiqamah Laksanakan Ibadah

KUALA LUMPUR, 7 April – Kehadiran bulan Syawal menandakan berakhirnya bulan Ramadan yang penuh rahmat dan keberkatan. Ia juga tanda kemenangan buat umat Islam dalam melaksanakan ibadah puasa dan mengharungi segala ujian dan cabaran dalam melaksanakan perintah Allah SWT. Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Mohamad Alamin menzahirkan ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh rakyat Malaysia yang beragama Islam […]

» Baca lanjut

Mesyuarat UMNO Cawangan, SUA Ucap Selamat Bersidang

KUALA LUMPUR, 7 April 2025 — Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki mengucapkan selamat bersidang kepada seluruh perwakilan UMNO Cawangan, Wanita, Pergerakan Pemuda dan Puteri di seluruh negara yang akan mula bersidang bermula hari ini sehingga 25 Mei 2025. Dalam satu kenyataan, beliau menekankan bahawa tempoh persidangan ini bukan sekadar memenuhi rutin organisasi tahunan, tetapi merupakan satu medan […]

» Baca lanjut

Tragedi Putra Heights Bukti Rakyat Malaysia Bersatu Tanpa Mengira Kaum – Mohd Sharkar

KUANTAN, 7 April – Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohd. Sharkar Shamsudin menegaskan bahawa tragedi kebakaran paip gas di Putra Heights baru-baru ini jelas membuktikan semangat perpaduan rakyat Malaysia yang kukuh tanpa mengira kaum, agama mahupun latar belakang. Menurut beliau, dalam suasana getir ketika insiden itu berlaku, rakyat tempatan tampil berganding bahu menghulurkan bantuan dan sokongan kepada mangsa yang […]

» Baca lanjut
1 108 109 110 111 112 4,482