UMNO Lahad Datu Terus Prihatin, Rakyat Perlukan Pembelaan Menyeluruh

LAHAD DATU, 23 Jun – Rakyat di Kampung Tampenau, Silam terus menyuarakan harapan dan keperluan mendesak agar kehidupan mereka diberi perhatian sewajarnya lantaran masih dihimpit dengan pelbagai masalah asas iaitu air bersih, jalan yang rosak teruk dan bekalan elektrik yang tidak stabil. Ketua UMNO Bahagian Lahad Datu, Sharif Musa Sharif Mabul menyuarakan keprihatinan dan simpati terhadap nasib masyarakat di sini […]

» Read more

Payung Besar: Sampai Bila Orang Melayu Nak Berpecah? – Mohd Sharkar

ISKANDAR PUTERI, 23 Jun – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsuddin mempersoalkan tindakan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang menubuhkan Sekretariat Orang Melayu kononnya dengan tujuan untuk menyatukan bangsa. Ujarnya, orang Melayu kini dilihat semakin berpecah dek kerana tertubuhnya banyak parti Melayu yang diasaskan dengan dendam dan perasaan tidak puas hati kepada parti […]

» Read more

Khidmat UMNO Bukan Retorik, Mohd Zaidy Buktikan Komitmen Melalui Tindakan

JEMPOL, 23 Jun – “UMNO hari ini tidak lagi boleh bersandar pada slogan semata-mata. Yang rakyat mahu lihat ialah kerja dan hasilnya,” tegas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeram Padang, Datuk Mohd Zaidy Abdul Kadir, yang terus melaksanakan gerak kerja berteraskan khidmat sebenar kepada rakyat. Beliau bersetuju dengan kenyataan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, bahawa gerakan UMNO […]

» Read more

UMNO Beaufort Terus Semangat Angkat Suara Rakyat Hadapi PRN17

BEAUFORT, 23 Jun – Ketua UMNO Bahagian Beaufort, Datuk Awang Aslee Lakat menegaskan bahawa Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 (PRN17) kali ini merupakan detik kebangkitan sebenar UMNO khususnya di kawasan Kuala Penyu dan Klias untuk kembali mengangkat suara rakyat yang sekian lama terpinggir. Dalam program Dry Run PRN17 yang melibatkan kesemua 24 Pusat Daerah Mengundi (PDM) dalam Parlimen Beaufort, Awang […]

» Read more

Dekati Anak Muda… Mohd Hairi Seru Pemuda UMNO Guna Gaya Kempen Baharu

KLUANG, 23 Jun – Pergerakan Pemuda UMNO diseru untuk menggunakan gaya dan kaedah kempen baharu dalam usaha menarik sokongan anak muda pada Pilihan Raya Negeri (PRN) mahupun Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang. Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Mohd Hairi Md Shah berkata, beliau turut menyeru Pergerakan Pemuda UMNO untuk merapatkan saf dan bergerak dalam satu pasukan bagi menjalankan […]

» Read more

Dinamika Pemikiran Anak Muda Penentu Masa Depan UMNO

GERIK, 23 Jun – UMNO perlu menerima hakikat generasi muda kini tidak lagi boleh dibuai dengan nostalgia mengenai jasa parti dalam memerdekakan seterusnya membina, membangunkan dan memajukan negara. Ujar Naib Presiden UMNO merangkap Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani, dinamika pemikiran anak muda yang mendapat nikmat kemajuan dan pendidikan secukupnya serta semakin kritis menjadi penentu kelangsungan masa […]

» Read more

Isu Rasuah Sabah: Tindakan Tepat, Semua Pihak Dalam Video Wajar Didakwa – Mohammad Azmi

KOTA KINABALU, 23 Jun – Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kota Kinabalu, Mohammad Azmi Amir Hussin menyambut baik tindakan tegas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam menyiasat serta mendakwa semua pihak yang terlibat dalam skandal rasuah di Sabah. Beliau menegaskan bahawa prinsip keadilan tidak seharusnya bersifat terpilih, dan sesiapa sahaja yang terbabit – sama ada pemberi atau penerima rasuah – wajib […]

» Read more
1 107 108 109 110 111 4,624