Kadar Bayaran Balik Pinjaman Usahawan Wanita MARA Mencecah 93 Peratus – Dr Asyraf

KUALA LUMPUR, 24 Jun – Majlis Amanah Rakyat (MARA) telah melaksanakan 67 program pemerkasaan wanita di seluruh negara dengan penglibatan 10,700 peserta sejak tahun lalu, kata Pengerusi Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki. Beliau memaklumkan daripada jumlah tersebut, 6,654 usahawan wanita telah mendaftar perniagaan di SSM dan menerima pembiayaan melalui skim khas MARA seperti DanaNITA. “Paling membanggakan, kadar bayaran balik pinjaman […]

» Read more

Pemimpin Johor Perlu Dekati Rakyat Dengan Konsisten – Norshida

KUALA LUMPUR, 24 Jun – Naib Ketua Wanita UMNO Johor, Datuk Norshida Ibrahim melihat seruan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi agar pemimpin semua peringkat termasuk akar umbi untuk melaksanakan tanggungjawab sebaiknya amat tepat. Menurut beliau seruan tersebut menerusi pendekatan mesra dan mudah didekati tentunya memberi manfaat yang cukup besar kepada rakyat dan juga parti itu sendiri. […]

» Read more

Hanya Kesetiaan Padu Mampu Bangkitkan UMNO – Nurul Aslina

PEKAN, 24 Jun – Ketua Pergerakan Puteri UMNO Negeri Pahang, Nurul Aslina Saman  menegaskan bahawa ketaatan dan kesetiaan pada parti adalah asas yang penting serta memastikan kelangsungan kejayaan UMNO. Katanya yang berucap mewakili Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Datuk Nurul Amal Mohd Fauzi dalam mesyuarat Pergerakan Puteri UMNO Pekan, hanya dengan kesetiaan yang padu dan jitu dapat menghadapi cabaran dan […]

» Read more

KKDW Fokus Pemberdayaan Ekonomi Desa, Peningkatan Kemahiran Teknikal

KUALA LUMPUR, 24 Jun – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Mohd Razlan Rafii memaklumkan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) di bawah pimpinan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sentiasa konsisten dalam merangka dasar-dasar berimpak tinggi. Beliau berkata ia memberikan tumpuan kepada pemberdayaan ekonomi desa, peningkatan kemahiran teknikal, serta memperkukuh jaringan keusahawanan tempatan. “Antara fokus utama adalah melahirkan […]

» Read more

Pentingnya Peranan Wanita Dalam UMNO, Berjuang Demi Nasib Orang Melayu

KUALA LUMPUR, 24 Jun – Ketua Wanita UMNO Malaysia, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad menyifatkan betapa pentingnya peranan wanita yang dimainkan dalam sesebuah parti. Beliau yang juga Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata ini termasuk khidmat bakti diberikan oleh wanita dalam UMNO. “Setiap jerih perih mereka di dalam memperjuangkan nasib bangsa Melayu, agama Islam dan tanahair Malaysia perlu […]

» Read more

Persidangan UMNO: Bina Idea Bernas, Bawa Kebaikan Kepada Parti – Ashari

MUAR, 24 Jun – UMNO perlu dibina dengan idea-idea bernas yang membawa kebaikan kepada parti dan ia boleh dilontarkan ketika persidangan di peringkat bahagian masing-masing, kata Ketua UMNO Bahagian Muar, Datuk Ashari Sarip. Ujarnya, UMNO Bahagian Muar sentiasa bersama pucuk pimpinan parti dan menyokong segala usaha pemimpin tertinggi membawa suara akar umbi ke peringkat yang lebih tinggi. “Naib Presiden UMNO, […]

» Read more

Jadikan Politik Sebagai Ibadah: Gunakan Ruang Untuk Bantu Rakyat – Mohd Rafi

LABUAN, 24 Jun – Prinsip “Jadikan Politik Sebagai Satu Ibadah” bukan sekadar ungkapan, tetapi dibuktikan melalui tindakan oleh Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO merangkap Ketua UMNO Bahagian Labuan, Datuk Mohd Rafi Alli Hassan dalam membantu rakyat yang memerlukan. Dalam satu majlis penyerahan rumah Program Perumahan Rakyat Sementara (PPRS) kepada Puan Mariani di Kampung Lajau semalam, Mohd Rafi menzahirkan rasa syukur […]

» Read more

Naikkan Had Umur Puteri UMNO Bagi Teruskan Kesinambungan Kepimpinan

KUALA LUMPUR, 24 Jun – Exco Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Dayang Nurazlin Nordin menyifatkan had umur ahli Puteri perlu dilanjutkan sehingga 40 tahun bagi meneruskan kesinambungan kepimpinan sayap parti itu. Menurut beliau ini kerana ia penting bagi memastikan kelangsungan dan kemandirian parti pada masa hadapan. “Usul lanjutan had umur Puteri UMNO satu langkah yang perlu dinilai secara strategik demi memastikan […]

» Read more
1 105 106 107 108 109 4,624