Dr Akmal Hargai Jasa, Bimbingan Bekas Pimpinan UMNO Jasin

JASIN, 1 Julai – Ketua UMNO Bahagian Jasin merangkap Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh mengucapkan terima kasih dan amat menghargai jasa bekas pimpinan bahagian itu yang memperkenalkannya kepada UMNO. Exco Kerajaan Negeri Melaka dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau itu berkata, individu yang bertanggungjawab membawanya kepada UMNO adalah bekas Ketua UMNO bahagian iaitu Datuk […]

» Read more

Malaysia Terajui Strategi Kerjasama Keselamatan Siber ASEAN 2026–2030

PUTRAJAYA, 1 Julai – Malaysia kini menerajui penyediaan Strategi Kerjasama Keselamatan Siber ASEAN 2026-2030, sebuah kerangka masa depan yang bertujuan memperkukuh daya tahan siber serantau secara kolektif, dan dijangka dilancarkan pada Sidang Kemuncak ASEAN akan datang. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata selaku Pengerusi ASEAN tahun ini, Malaysia telah meletakkan keselamatan siber sebagai satu daripada agenda […]

» Read more

“Radu Tetap Radu”: UMNO Pensiangan Komited Pastikan BN Menang PRN Sabah

NABAWAN, 1 Julai – Ketua UMNO Bahagian Pensiangan, Busiau Ampirak menegaskan bahawa UMNO dan Barisan Nasional (BN) tidak akan berganjak dalam usaha untuk memastikan kemenangan BN dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang. Beliau berkata, ini termasuklah merampas kembali kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Nabawan walaupun pada PRN yang lalu jentera UMNO diarah untuk membantu calon Perikatan Nasional (PN), namun […]

» Read more

Kerajaan Madani Komited Terhadap Kesejahteraan Warga FELDA – Azalina

KUALA LUMPUR, 1 Julai – Insentif yang telah diumumkan oleh Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi kepada para peneroka FELDA membuktikan bahawa Kerajaan Madani sentiasa komited terhadap kesejahteraan warga tersebut. Ahli Parlimen Pengerang merangkap Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said memaklumkan telah berlangsung Program Sambutan Hari Peneroka FELDA Madani peringkat Negeri […]

» Read more

Draf Pindaan Akta 134 Kini Di Fasa Akhir – Ahmad Zahid

PUTRAJAYA, 1 Julai – Penyediaan draf pindaan Akta Orang Asli 1954 (Akta 134) yang melibatkan isu pemilikan tanah masyarakat Orang Asli kini berada di fasa akhir, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. “Insya-Allah ia akan dimuktamadkan selewat-lewatnya September ini dan dibentangkan di Parlimen pada Mac 2026,” katanya yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah ketika berucap […]

» Read more

RTS: Detik Bersejarah kukuh Hubungan Malaysia-Singapura – Onn Hafiz

KUALA LUMPUR, 1 Julai – Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi beranggapan bahawa Projek Rapid Transit System (RTS) Link 01 merupakan detik bersejarah yang mengukuhkan hubungan dua hala Malaysia-Singapura. Menerusi hantaran di laman Facebooknya, beliau menzahirkan kesyukuran apabila dapat menyaksikan gimik pelancaran projek RTS Link 01 di Singapura pada Isnin. “Syukur Alhamdulillah, saya berbesar hati dapat menyaksikan gimik pelancaran […]

» Read more

Agenda Pembangunan Desa Malaysia Harus Jadi Contoh ASEAN – Ahmad Zahid

PUTRAJAYA, 1 Julai – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyatakan hasrat agar agenda pembangunan desa di Malaysia dapat dijadikan contoh kepada negara-negara serantau ASEAN. Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata kementeriannya akan terus mengangkat agenda tersebut ke peringkat serantau apabila sekali lagi menjadi tuan rumah ASEAN Multi- Stakeholder Dialogue on the ASEAN […]

» Read more

Rakyat Perlu Matang Nilai Permainan Politik Dibawa Pihak Lawan – Fakhruddin

PEKAN, 1 Julai – Ketua UMNO Bahagian Pekan, Datuk Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff menyifatkan kekalahan kerajaan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya ke-14 (PRU14) perlu dijadikan iktibar. Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bebar berkata ini kerana ia memberikan kesan kepada kerajaan sehingga menjejaskan kestabilan politik dan ekonomi negara. “Berdasarkan pengalaman kita sebelum ini sebagaimana kejatuhan BN, kesannya […]

» Read more
1 100 101 102 103 104 4,633